Bagus ke Belajar Kemahiran?

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Belajar Kemahiran Bagus Ke?
Belajar Kemahiran Bagus Ke?

Teringat soalan akak dalam entri Kasihnya Ibu, akak ada bertanya ‘Dia belajar kemahiran, bagus ke?’. Dan soalan ini bukan akak ini sahaja tanya saya malah ada beberapa orang yang bertanya soalan sama pada saya. Mereka takut dan ragu untuk menghantar anak mereka untuk belajar kemahiran kerana pada hemat mereka belajar mesti di Universiti atau mesti ada ijazah atau diploma sekurangnya untuk masa depan yang cerah.

‘Bagus ke belajar kemahiran?’ Jawapan saya ‘Bagus’.

‘Cerah ke masa depan belajar kemahiran? ‘ Jawapan saya ‘Cerah’.

Bagi saya belajar apa pun bagus. Belajar apa pun cerah. Tidak kiralah belajar kemahiran peringkat sijil ke diploma ke ijazah ke semuanya bagus. Ilmu adalah bagus dan amat berguna tidak kira kemahiran atau teori asal namanya ilmu memang bagus. Ilmu amat berharga.

Saya juga ingin tegahkan bahawa belajar kemahiran punya kelebihan yang tersendiri sebab tidak semua orang yang ada kemahiran. Jadi orang yang tidak berkemahiran sanggup bayar orang berkemahiran untuk kerja kerja tertentu. Kekadang kita rasa hal tu mudah seperti tukar lampu, tukar kepala pili, tukar float valve tangki air, cuci S-trap sinki dan lain lain, tapi ada orang yang langsung tak tahu lakukan hal ini. Jadi inilah perlunya orang yang ada kemahiran. Jadi jangan pandang rendah orang yang belajar kemahiran.

Masa depan cerah atau tidak itu bezanya pada usaha kita. Sijil sijil yang ada sebagai pengesah saja tapi membezakan adalah usaha kita. Lebih usaha lebih lah peluang untuk berjaya.

2017 dah melabuhkan tirainya. Dan 2018, langkah baru akan mulakan dengan rentak baru. Sejarah hanya
Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah