Gadjet Impian Playstation 4 dan GoPro Hero 4

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Dua gadjet impian saya pada tahun 2015 adalah Playstation4 dan GoPro Hero 4. Dua gadjet unik ini menjadi sasaran utama untuk tahun 2015.

Kenapa dua Gadjet ini menjadi gadjet impian saya?

Saya memang seorang kaki game sejak dari zaman kanak-kanak lagi, teringat zaman sekolah rendah saya sering kena marah dengan ma abah sebab tak tidur malam berjaga sebab main game Playstation. Game kegemaran saya pastinya PES dan Tekken.

Gadjet Impian PS4 Bundle Batman
Gadjet Impian PS4 Bundle Batman

Bila dah dewasa dah jadi seorang ayah, hobi bermain video game tetap subur di hati saya. Keinginan untukbermain game masih ada, nafsu pada game masih membuak-buak. Tambahan pula bila tengok resolusi grafik game Playstation 4 yang memang awesome.

Maaf walaupun kaki game, PC game bukan pilihan saya kecuali Red Alert, Football Manager dan Monopoly. Hehehe…

Gadjet Impian GoPro Hero 4
Gadjet Impian GoPro Hero 4

Walaupun sudah ada DSLR Canon dah hampir 4 tahun, dan sangat berpuas hati dengan jasanya, terutama dalam merakam momen penting dalam kehidupan saya. Momen terpenting adalah saat anak saya membesar. Tapi skill DSLR belum master lagi….Kecewa.

DSLR membenarkan saya untuk kreatif dalam merakam foto tapi tidak terlawan dengan feature unik yang ada pada GoPro Hero 4 yang sangat hebat. Kecil cili padi yang padu dan jitu mampu merakam dari pelbagai sudut yang hebat. Dan paling best kalau dapat merakam saat lakukan aktiviti lasak.

DSLR nak selfie dan selfiesh susah sikit tapi mudah kalau guna GoPro kan? Hehehe… Mana tau dengan GoPro akan bantu saya jana wang guna Instagram pula. Hehehehe….

Harapnya tahun 2015, saya dapat memiliki dua gadjet impian saya ini.

Impian untuk miliki Superbike masih saya simpan.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku...
Assalamualaikum dan Salam Inpirasi buat semua saudaraku... Perang gadget dua gergasi gadget mobil terbesar dunia
[caption id="" align="aligncenter" width="700"] Jangan lupa asal usul
Dulu pernah buat satu entri 'Alarm Kereta Tak Berfungsi Selepas Tukar Bateri, Ini Penyelesaiannya', ingat

Kenapa Perlu Tukar Kerja

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Apakah matlamat tukar kerja?
Apakah matlamat tukar kerja? (ihsan: google)

Kali ini saya ingin berkongsi pandangan dan pengalaman saya sendiri sepanjang menempuh dunia pekerjaan ini, tukar kerja pasti bukan suatu benda yang asing lagi dalam hidup saya sebenarnya. Tambahan jika di awal-awal sayan berada di dalam dunia pekerjaan dulu tapi sekarang pemikiran saya sudah berubah, mungkin juga pengalaman mematangkan diri saya.

Jujur saya katakan saya adalah manusia yang panas baran, sesiapa yang mengenali saya secara peribadi mungkin tahu hal ini. Dulu, saya cukup pantang di cabar atau berasa kurang selesa dengan keadaan atau suasana pasti saya akan memilih untuk tukar kerja, sanggup naik turun pejabat untuk temuduga demi satu kepuasan iaitu ‘WANG’. Wang adalah faktor utama beralih arah dalam kerjaya.

Kunci kejayaan terletak pada diri kita. (Sumber: Google)
Kunci kejayaan terletak pada diri kita. (Sumber: Google)

Ok, tutup cerita saya, apa yang saya ingin kongsikan disini adalah beberapa persoalan yang perlu ditanyakan pada diri saudara sekalian sebelum tukar kerja:

  • Apakah matlamat kita dalam kerjaya ini? – Bagi saya matlamat adalah persoalan utama dalam kerja, pastikan kita mempunyai matlamat kita sendiri bukan sekadar pergi kerja balik kerja dapat gaji sahaja. Ini juga mengelakan kita dari duduk diam di zon selesa.
  • Apakah syarikat akan dapat membantu kita mencapai matlamat kita? – Setiap syarikat mempunyai visi, misi dan polisi mereka yang tersendiri, jadi pastikan ia adalah selari dengan matlamat kita.
  • Berapa lama jangka untuk mencapai matlamat? – Tetapkan tempoh masa yang akan kita perlukan untuk mencapai matlamat.
  • Adakah khidmat dan kemahiran kita benar-benar diperlukan? – Biasanya pada awalnya kita akan bersemangat untuk berkhidmat dan menyumbang segala jasa dalam membangunkan syarikat, tapi adakah kita benar diperlukan?
  • Adakah pendapatan yang diberikan adalah bebraloi? – Pendapatan jangan dilihat dari segi duit semata lihat juga dari segi pengalaman, ilmu dan peluang yang disediakan oleh syarikat.

Saya sendiri jarang bertanyakan soalan soalan ini pada diri saya sebelum saya tukar kerja, kebanyakan sebab saya tukar kerja adalah kerana tidak tahan dengan kerenah seseorang dalam organisasi itu, tidak kiralah orang itu bos kita atau rakan sejawat. Dan adakah dengan menukar kerja masalah saya akan selesai? Jawapanya adalah TIDAK. Kerja saya tidak boleh mengharapkan orang lain menyukai diri saya dan dapat menerima saya tapi saya yang mesti menerima diri saya dan cuba ubah diri agar diterima oleh orang lain. Saya tidak dapat mengubah orang lain tapi dapat mengubah diri sendiri. Sekian.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Teknik menjual diri? Ya, teknik menjual diri untuk
Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan