Bangga Dengan Diri Bukan Bangga Diri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

‘Jangan terlalu bangga diri, jangan terlalu rendah diri tapi bersederhana’ dulu agak sukar untuk diri saya memahami apakah maksud ungkapan pesanan ma abah saya ini. Tapi hari-hari yang berlalu yang mematangkan saya membuatkan saya makin faham apakah yang tersirat disebalik ungkapan indah ma abah ini.

Terlalu rendah diri kita mungkin akan dipijak dan akan dipergunakan oleh orang di sekeliling kita demi kepentingan mereka. Terlalu merendah diri menampakkan kita bagai lemah di mata orang lain dan membuatkan kita senang dibuli. KIta ada maruah kita ada harga diri jangan biarkan ia dipijak.

Bangga dengan diri
Bangga dengan diri

Terlalu bangga diri pun tidak boleh, terlalu bangga diri membuatkan orang tidak selesa untuk bersama kita. Tidak selesa mendekati kita. Tidak kurang juga yang berasa bangga diri apabila mereka mencapai satu matlamat hidup mereka. Saya sendiri pernah ditegur oleh seseorang, dia berkata ‘Jangan kau ingat nak tipu aku, aku pun ada ijazah’.

Ijazah, Master atau PhD bukanlah satu ukuran tinggi rendahnya ilmu seseorang, bagi saya ia tidak lebih dari satu sijil tauliah tapi bukan ukuran tinggi ilmu. Sebagai contoh seorang Jurutera muda mungkin tahu mereka bentuk bangunan dan tahu secara teori sifat konkrit, tapi seorang buruh lebih mahir dalam kerja mengikat bata, bancuh simen dan juga sifat simen. Seorang jurutera muda belum tentu boleh anggarkan tinggi dinding tapi buruh boleh. Tak percaya boleh cuba?

Ketinggian ilmu bukan dari sekeping sijil tapi juga betapa dalamnya pengalaman seseorang itu dalam sesuatu bidang. Jadi jangan terlalu bagga diri dengan apa yang kita ada dan memandang rendah pada orang lain disekeliling kita, mereka mungkin akan jadi cikgu kepada kita secara tidak langsung.

Oleh itu, jangan bangga diri tapi bangga dengan diri, bangga dengan apa yang telah kita capai dan sumbangkan kepada masyarakat disekeliling kita. Nikmatilah kenikmatan yang kita capai setiap kali kita memberi manafaat kepada orang lain. Ingat ‘Tak akan hilang bisa ular menyusur akar’.

Jalan terbaik adalah secara bersederhana, insyallah kita akan disenangi oleh semua yang di sekeliling kita.

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Setiap orang ada hobi yang tersendiri, ada minat
Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan pada pasukan bola
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah

Kerana Saya Bodoh

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Saya bodoh? Ya, saya bodoh sebab itu pada usia mencecah 3 siri ini saya masih bergelar pelajar. Masih lagi belajar untuk menuntut ilmu.

Ya, saya bodoh.
Ya, saya bodoh.

Siapa yang kenal saya di dunia luar pasti kenal siapa saya sebenarnya? Saya memang pemalas. Saya tidak akan boleh beri fokus dalam kelas, paling lama 30 minit saja. Selepas itu saya akan terawangan, akan terbang ke planet Marikh.

Saya bukan pelajar terbaik. Saya tidak pernah dapat tittle ‘Best Student’, walau saya layak mendapat itu semasa PMR tapi cikgu saya lupa menyebut nama saya. Saya tidak kecewa, kerana cikgu itu pengajar saya. Memang saya tidak glamer sebab itu saya dilupakan, watak picisan siapa akan kenang? Betul tak?

Semasa di Universiti, CGPA saya sekadar cukup makan saja. Anugerah Dekan jangan kata bau, mimpi pun belum tentu. Saya belajar untuk dapat segulung ijazah dan graduasi pada masa. Saya tidak mahu tangguh pengajian walaupun saya pernah cuti sakit sebulan.

Jika ditanya apa yang saya belajar, memang saya tidak tahu kerana saya belajar untuk lulus saja. Setiap fakta dan formula saya hafal dan hadam. Tidak pernah tanya mengapa ia begitu? Apakah puncanya? Kenapa perlu ada pekali? Tidak pernah saya tanya walaupun saya bodoh dan saya tidak tahu.

Belajar jangan pernah jemu belajar
Belajar jangan pernah jemu belajar

Semasa dunia pekerjaan saya mula terdedah kepada cabaran dunia pekerjaan. Benar kata orang dalam kehidupan kita praktis tidak sampai 10 peratus pelajaran yang kita belajar di Universiti di praktis di tapak.

Kerana saya bodoh juga kini saya kembali belajar, kembali bergelar pelajar. Akan cerdikkah saya selepas sambung belajar? Tidak sama sekali. Saya bodoh dan semakin bodoh sebenarnya.

Setiap kali saya memasuki kuliah saya akan berasa semakin bodoh. Semakin banyak yang saya pelajari semakin banyak yang saya tidak tahu. Seolah saya semakin bodoh. Memang benar kata Allah swt ilmu dimuka bumi ini terlalu banyak bagi mereka yang ingin merebutnya.

Carilah ilmu, carilah ilmu. Biar kita tampak bodoh tapi berisi, dari yang tampak bijak tapi lompong.

Buat adik-adik yang masih bergelar pelajar, nikmati dunia student anda sebaiknya. Hargai setiap detik yang dilalui ia amat berharga.

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hujung minggu seperti biasa, rutin harian saya akan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Belajar Sambilan perlu bijak
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Syukur alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan, betul kata
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Keputusan UPSR Tahniah pada semua adik-adik yang telah

Tetapkan Visi Kita

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian…

Sebelum ini, saya ada membicarakan tentang angan-angan. Angan-angan akan melahirkan satu idea yang kreatif. Tapi sekiranya idea yang kreatif tidak dimanupulasi dengan visi dan misi yang tepat ianya akan menjadi sia-sia. Jadi hari ini, saya ingin berkongsi satu lagi cara saya, iaitu tetapkan visi kita.Tetapkan visi kita secara harian itu lebih baik.

Jalan jaya, kejayaan, kehebatan
We makes our own path of glory.

Dalam hidup kita, kita selalu mendengar istilah VISI dan MISI dalam piagam pelanggan mana-mana orginisasi swasta mahupun kerajaan. Mengapakah perlu ada semua ini? Salah satu tujuannya adalah untuk memotivasikan pekerja dan menyakinkan pelanggan.

Maksud VISI dan MISI

  • Visi – tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan
  • Misi –  tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan

Dalam kehidupan seharian kita pun perlu ada matlamat sebenarnya. Apakah visi kita? Apakah visi kita untuk jangka panjang mahupun jangka pendek?

Sebagai insan yang berwawasan kita pun mesti ada visi kita yang tersendiri. Sebagai contoh :

Contoh 1 : Blogger 

Visi : Ingin Memperolehi Unique Visitor 10,000 per hari dan Mencapai Alexa Rank > 10

Misi :

  1. Membuat entri yang menarik secara konsisten
  2. Pingkan entry ke ping website 
  3. Mengadakan kontest menarik untuk menambahkan jumlah backlick

Contoh 2 : Suri Rumah Tangga 

Visi : Membuatkan Suami Bertambah Sayang

Misi :

  1. Memasak makanan kegemaran suami
  2. Menjaga tutur kata ketika bertutur
  3. Sentiasa membuatkan suami tersenyum
  4. Menghormati suami serta menerima seadanya
  5. Menyayangi suami seikhlas hati

Contoh 3 : Site Supervisor

Visi : Memastikan Project Sentiasa Maju 10% dari Perancangan

Misi :

  1. Memastikan pekerja bekerja dengan efisien
  2. Penggunaan masa yang terancang, teratur dan mengikut perancangan
  3. Setiap pekerja mesti tahu visi mereka pada hari itu
  4. Meningkatkan produktiviti kerja
  5. Sentiasa peka dengan perubahan cuaca
Pilhan kita, pilih mana satu
Failure or Success, you decide??
Sebenarnya, dalam kehidupan seharian sebolehnya kita mestilah mempunyai VISI HARIAN. Tidak kira samaada kita berkerja ataupun belajar, tetapkan visi harian kita setiap awal pagi ataupun sebelum tidur. Tetapkan apakah yang ingin kita capai pada penghujung hari keesokan harinya.
Dengan penetapan visi harian ini, hari kita tidak akan terasa kosong. Dan kehidupan kita akan teras lebih terisi dan terancang. Setiap detik yang kita lalui pasti kita akan rasa lebih berharga.
Entri ini bukan menegur orang lain, tapi diri saya sendiri juga. Dahulu, saya sering datang kerja dengan kepala yang kosong tanpa matlamat. Saya akan ‘follow the flow’. Pergi kerja dan balik kerja. Saya tidak tahu apa yang saya capai pada hari tersebut. Tiada ertinya. Waktu 8 hingga 5 saya bagaikan tiada pengisiannya. 
Tapi kini, saya mula merangka apakah yang ingin saya capai pada jam 5 petang nanti seawal pagi. Dan Alhamdulillah, masa saya lebih terisi dan tiada waktu-waktu lompong. Pengisian yang baik dapat memberikan saya satu kepuasan selepas menghabiskan 8jam di pejabat. Saya juga merasakan diri saya lebih berguna dan mampu memberi manafaat pada orang lain.
The path of glory is yours. Ayuh tetapkan visi kita, biar hidup lebih berisi.

Perkongsian ini hanyalah penceritaan pengalaman saya. Tidak lebih dari itu. Tiada langsung niat untuk menyakitkan hati sesiapa. Moga-moga perkongsian kali ini memberi manafaat pada kepada semua.

Sekian terima kasih

Assalamulaikum dan salam inpirasi buat semua saudaraku... Adakah kita tahu? Andai
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Bagaimanakan diri kita hari ini? Adakah hari ini
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi.... Senarai peserta bagi Giveaways Pertama Daddydee.net adalah : keretahitam jebengotai budakfelda