Inovasikan diri majukan diri

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Bagaimanakan diri kita hari ini? Adakah hari ini kita lebih baik dari semalam atau sama saja? Atau sememangnya kita sama dari dulu sampai sekarang.

Inovasikan diri Majukan diri
Inovasikan diri Majukan diri

Bosan dan malangnya kita jika kita hanya sama dari dulu hingga sekarang. Tiada perubahan tiada peralihan. Sedangkan kita sendiri bosan dengan barang yang sama seperti perabut sama, kereta sama dan lain-lain. Bagaimana orang lain melihat kita yang tiada perubahan? Tidak bosankan mereka disekeliling kita?

Perubahan diri kita bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita untuk majukan diri kita. Ubah diri untuk kepentingan diri kita, untuk kesejahteraan kita, untuk ketenteraman kita. Ubah ubah ubahlah diri.

Kita sering menyebut inovasi? Kita lakukan inovasi dipejabat. Lakukan inovasi dalam ciptaan kita. Tapi pernahkan kita inovasikan diri majukan diri?

Inovasikan diri majukan diri. Dari seorang yamg ego menjadi seorang yang humble. Dari seorang samseng menjadi seorang ustaz. Dari seorang pemalas kepada pemikir hebat. Dari seorang pemarah kepada penyabar.

Ayuh kita inovasikan diri kita untuk memajukan diri, menjadikan hari kita hari ini lebih baik dari semalam. Menjadi seorang manusia yang lebih dekat kepada Allah swt.  Insyallah tiada yang rugi semuanya demi kebaikan kita.

Posted from WordPress for Android

Contest SEO Eridy

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku….

Contest SEO kembali lagi kali ini adalah Contest SEO Eridy yang dianjurkan oleh Eridy.com. Lama juga saya sudah tidak menceburkan diri dalam Contest apatah lagi Contest SEO.

Saya sebenarnya masih lagi newbie dalam SEO ni, bak kata orang tua-tua masih lagi budak ingusan dalam SEO ini. Banyak lagi yang perlu saya terokai dalam dunia SEO dan blogging ini. Penyertaan Contest SEO ini adalah percubaan saya bukan nak menang tapi kalau dah menang itu rezeki. Melihat ramai otai-otai SEO telah join Contest SEO Eridy ni rasa geram dan gatal tangan pula saya nak turut sama memeriahkan.

Contest SEO Eridy
Contest SEO Eridy

Contest SEO Eridy: Tips Untuk Menang

Bukan nak berlagak bukan nak sombong. Saya rasa setiap peserta Contest SEO Eridy pasti telah memasang stategi, teknik dan taktikal yang hebat hebat belaka. Itu pasti.

Lihat saja nama peserta setakat ini bukan calang-calang semuanya, ada yang telah menjadi penulis E-Book SEO yang tak perlu saya sebutkan lagi nama gergasi SEO ini. Dan ramai juga peserta contest kali ini adalah alumni kelas WordPress Akedemi Denaihati. Dengarnya dalam seminar WordPress ini banyak juga ilmu SEO terhebat didedahkan, saya pun rugi tidak sempat lagi sertai seminar ini.

Apapun sedikit tips untuk menang yang saya ingin kongsikan untuk contest SEO Eridy adalah:

  • Jangan Putus Asa
  • Jangan Takut Mencuba
  • Jangan Mudah Jemu
  • Berusaha-Berusaha-Berusaha dan Terus Berusaha

Ini adalah tips untuk hidup dalam dunia ini dan dunia blog.

Habuan Contest SEO Eridy

Hadiah untuk contest ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00

Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Untuk maklumat lanjut boleh ke blog Eridy.com

Cara Pengiraan Dividen ASB

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Entri kali ini adalah bagi menjawab persolan yang dikemukakan oleh ciknaktahu di ruangan komen entri ASB Loan : Cara Saya, soalanya adalah seperti di bawah:

Komen ciknaktahu
Komen ciknaktahu – saya baru ke baru loan asb ni baru setahun saya nak tanya bagaimana nak  guna duit dividen tu blk ek? bagaimana nak tahu berapa banyak dividen kita dapat?

Walaupun saya tidaklah pakar dalam bidang ini, saya cuba berkongsi setakat yang saya tahu. Maaf sekiranya jawapan yang saya berikan ini tidak tepat dan silalah betulkan.

ASB
ASB

Soalan ciknaktau adalah berapa banyak dividen kita dapat?, jadi disini saya ingin kongsikan cara pengiraan dividen ASB adalah:

Contohnya Pengiraan Dividen:

Dividen = (Purata baki minima terendah setahun) x (Pendapatan ASB)

Diveden adalah 7.75 per unit:

Januari : RM 5,100.25

Februari : RM 5,100.25

Mac : RM 5,100.25

April : RM 105,100.25

Mei :  RM 105,100.25

Jun : RM 105,100.25

Julai : RM 105,100.25

Ogos : RM 105,100.25

Sept : RM 105,100.25

Oct : RM 106,650.25

Nov : RM 106,650.25

Dis : RM 106,650.25

Purata bagi minima adalah :RM 965,853.00 / 12 = RM 80,487.75

Jumlah dividen yang diterima adalah = (RM 80,487.75)(7.75%) = RM 6,237.80

Contoh Pengiraan Bonus :

Bonus = (Purata baki minima terendah bagi 10 tahun) x (Bonus ASB)

Bonus adalah 1.15 sen per unit

Katakanlah purata baki minima terendah bagi 10 tahun adalah  RM 100,000.00

Bonus = (RM 100,000.00) x (1.15%) = RM 1,150.00

Jadi jumlah pendapatan ASB boleh dianggarkan dengan mencampurkan jumlah Dividen ditambah dengan jumlah Bonus ASB.

Diharap cara pengiraan dividen ASB yang saya terangkan di atas ini dapat membantu.

Untuk pengeluaran dividen ASB hasil dari pinjaman ASB (loan ASB) boleh dibuat seperti biasa. Jumlah pendapatan yang dipaparkan adalah jumlah simpanan kita dicampur dengan jumlah pinjaman. Cuma jumlah pinjaman itu tidak pernah dipaparkan dalam buku akaun ASB kita.

Diharapkan penerangan saya di atas ini dapat membantu dan menjawab soalan. Saya tidaklah arif tentang ASB ini, masih lagi mempelajari ilmu selok belok ekonomi dan kewangan ni. Masih banyak yang perlu saya pelajari.

Keluarga atau Kerja?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi samua saudaraku…

Apa khabar semua? Lama sudah rasanya tidak menulis pepanjang. Dilema yang menghantui diri saya membuatkan semuanya bagai terbantut. Kehidupan seharian dan juga kehidupan alam maya saya.

Dilema yang saya hadapi ketika ini adalah untuk memilih antara kerjaya saya ataupun keluarga saya. Dua elemen penting dan paling berharga dalam hidup saya.

Ramai yang bertanya kenapa saya sering bertukar tempat kerja selama 5 tahun saya bekerja. Saya akui kekadang saya membuat keputusan yang melulu dan terburu-buru. Dan saya akui ada pilihan dan keputusan saya buat tidak tepat dan perih juga akibatnya. Semua itu pengalaman hidup yang amat bernilai dalam hidup.

Semasa bujang sememangnya kerjaya adalah utama bagi saya. Saya kejar setiap peluang yang terhidang. Kekadang terjatuh juga dalam longkang semasa mengejar. Sentiasa berusaha untuk memajukan diri saya.

Keutamaan Saya Sekarang….”FAMILY”

Selepas berkahwin dan mempunyai anak. Rasanya semuanya hampir berubah. Kerjaya sememangnya penting tetapi keluarga lagi penting bagi saya. Keluarga segalanya bagi saya. Setiap yang saya lakukan saya perlu utamakan keluarga dahulu. Kemajuan kerjaya sememangnya penting tapi kelangsungan dan masa bersama keluarga lagi penting.

Kini keluarga adalah segalanya bagi saya dan mereka adalah yang paling utama. Saya ingin melihat setiap detik anak saya membesar.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Penderaan Kanak-Kanak : Bukalah Mata dan Hati

Dua minggu lepas, kita semua dikejutkan dengan penyebaran video penderaan bayi oleh seorang ibu muda dalam Facebook dan blog. Ramai yang meluahkan kata-kata ketidakpuashatian terhadap tindakan ibu muda itu. Itu baru satu kes, sebenarnya banyak lagi kes sebegini terjadi di negara kita.

Pendapat Daddydee pun semua ini tidak patut berlaku. Terlalu kejam sangat. Kesian pada anak kecil yang masih belum mengerti. Memukul untuk mengajar tidaklah salah tapi kalau sampai mencederakan itu adalah satu kesalahan.

Memukul untuk mendidik dan mengajar tidak salah tapi kalau sampai memudaratkan dan mencederakan adalah suatu yang tidak patut.

Semasa saya kecil dulu (umur 7-8 tahun) bapa saya pun selalu memukul saya. Tapi pukulan itu sekadar mengajar saya supaya tidak melakukan kesilapan itu lagi. Saya tidak salahkan bapa saya kerana itu salah saya.

Dalam umut 7-8 tahun kita sudah boleh mula menilai baik dan buruk. Kalau umur 0-3 tahun, mereka masih tidak mengerti. Hidup mereka pun masih banyak dalam khayalan mereka sahaja. Mahu seronok saja.

penderaan kanak-kanak
Statistik penderaan kanak-kanak

Kalau di lihat pada statistik kes penderaan kanak-kanak di Malaysia yang di keluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia menunjukkan negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang paling banyak kes penderaan kanak-kanak dilaporkan.

Dimanakan silapnya?? Adakah kerana kemajuan menyebabkan kita semakin hilang sifat perikemanusiaan? Seperti mana yang kita tahu, Kuala Lumpur dan Selangor merupakan lubuk emas bagi penduduk negara ini mencari rezeki.

Atau benarkah seperti yang dilaporkan bahawa semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah tekanan mental. Sama ada sedar atau tidak.

Apa pun puncanya. Tepuk dada tanya hati. Sampaikah hati kita untuk melihat kanak-kanak yang tidak berdosa dihukum. Selamatkan mereka. Bantulah mereka, perjalanan mereka masih panjang. Ayuh kita bersatu hentikan penderaan kanak-kanak ini. Jadilah masyarakat yang penyayang dan bersatu demi generasi akan datang.

Sekian.