Gaza: Isu Kemanusian Bukan Agama

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pray For Gaza : Free Gaza
Pray For Gaza : Free Gaza

Selamat Hari Raya Aidifitri dan Maaf Zahir Batin terlebih dahulu sebelum saya meneruskan penulisan ini. Ampun maaf saya pinta, tahun ini sekadar beraya di kota tidak dapat balik ke Tumpat Kelantan tahun ini, Insyallah Hari Raya Qurban kita ketemu.

Dalam kita bergembira berhari raya, umat Islam di Gaza menyambutnya dalam ketakutan dan kesedihan dek kerana serangan kejam dari tentera zalim Zionis, semoga Allah swt melindungi umat Islam di sana. Semoga akan diberikan kemenangan kepada umat Islam di Palestin.

Saya tahu apabila berbicara soal serangan rejim zionis keatas Gaza pasti masih ada yang menyatakan alah itu hanya soal mereka di sana, soal umat Islam sahaja, bagi yang berfikiran begini ayuh celik mata dan bangkit. Ya, ini mungkin soal serangan Zionis ke atas saudara Islam kami di Gaza, tapi ianya bukan soal agama semata tapi juga isu kemanusian. Jangan sempitkan pemikiran.

Gaza: Isu Kemanusian
Gaza: Isu Kemanusian

Walaupun sebenarnya, pemikiran saya sedikit berubah apabila mengenali seorang sahabat sekelas yang berasal dari Palestin, tapi saya percaya seorang insan yang saya kenali bukan alasan untuk saya menilai seluruh rakyat Palestin. Sememangnya saya amat simpati dengan apa yang menimpa saudara seagama kita di sana.

Bayangkan seandainya perkara yang sama menimpa kita, saat kita sedang sedap memakan lemang ketupat bersama keluarga tetiba peluru menghujani rumah kita bunyi dentuman bom sana sini. Apakah perasaan kita? Fikir-fikirkan. Ini soal kemanusian, hak mereka sedang dirampas oleh rejim Zionis yang zalim.

Adalah tidak mustahil apa yang berlaku di sana, hari ini juga akan berlaku pada kita jua nanti jika masyarakat kita terus berpecah belah dan mementingkan diri.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Berperang dengan diri -
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sirap limau pastinya satu minuman yang tidak asing
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Iklan percuma di blog Daddydee.net. Ya, saya ingin

Ramai Yang Menangis Hari Ini

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Apa khabar semua saudaraku? Semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya. Pagi ini pastinya ramai yang menangis, menangis dek kerana kekalahan teruk pasukan bola sepak Brazil di tangan German pada peringkat separuh akhir piala Dunia 2014. Kekalahan 7-1, Brazil di tangan German pasti satu kekalahan yang memalukan dan sukar diterima, tambahan dengan status tuan rumah dan juga gergasi bola sepak yang mengalami kekalahan besar di peringkat separuh akhir. Adakah ketiadaan Neymar dan Thiago Silva yang telah menjejaskan Brazil? Atau memang sudah itu layaknya untuk Brazil?

Apa yang pasti pasti ramai yang menangis? Menangis sebab pasukan disokong kalah, menangis sebab negara mereka kalah, menangis sebab kalah judi. Sedih dan pasrah.

Dalam kita bersorak gembira dan duka seketika menonton Piala Dunia 2014, ramai saudara kita diluar sana sedang sengsara, sedang menderita. Di tanah Gaza, rakyat Palestin terus dibedil oleh rejim zionist, ramai yang menjadi korban, ramai yang kehilangan saudara. Di Myammar, umat Islam disana terus menjadi korban dalam penghapusan etnik Rohingya.

Bumi Gaza di Bom
Bumi Gaza di Bom

Wahai saudaraku, jangan terlalu alpha jangan terlalu leka dengan hiburan dan keseronokan yang di hidangkan kepada kita, sehingga kita lupa akan kesusahan saudara seagama kita diluar sana. Ingat sedang kita bersorak gembira meraikan gol, mereka disana menangis dan dalam ketakutan dek kerana hujanan peluru dan bom. Nyawa mereka menjadi taruhan, puluhan ratusan malah ribuan nyawa tidak berdosa bakal menjadi korban. Anak kecil yang baru mahu mengenali dunia juga menjadi mangsa.

Ramai yang menjadi korban
Ramai yang menjadi korban di Gaza

Wahai saudaraku, ayuhlah kita angkat kedua tangan kita tadahkan kehadrat Ilahi memohon doa agar semua saudara kita diluar sana dilindungi dari sebarang kekejaman dan jatuhlah rejim rejim zalim itu.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Pertempuran di Lahad Datu dan sekitar Sabah antara
Stress? Semua orang ada stress. Masalah? Semua orang ada masalah. Marah? Semua orang ada perasaan
Kenyataan yang memang sukar lagi diubah terutamanya dalam mentaliti orang kita, iaitu: Menang Disanjung Kalah

Berani Kerana Benar

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

‘Berani kerana benar, takut kerana salah’. Itu ungkapan yang selalu saya dengar sewaktu saya membesar, bukan sekadar ungkapan kosong, bukan omongan semata. Tapi itu prinsip hidup yang cuba diterapkan dalam hidup saya oleh orang sekeliling saya pada masa itu.

Ma abah selalu sangat berpesan kepada saya setiap pagi sebelum pergi ke sekolah, ‘Gi skolah ngaji, ngaji sungguh. Jange malas. Kalu dok saloh jange takut. Tok soh takut ko oghe, takut tuhe jah.’* (Pergi sekolah belajar, bekajar bersungguh-sungguh. Jangan malas. Kalau kita tidak salah jangan takut. Usah takut pada manusia, takut hanya pada Allah swt.)

Pesan ma abah saya ‘Kalau tidak salah jangan takut’, itulah berani kerana benar.

‘Berani kerana benar, takut kerana salah’ yang saya faham adalah jangan takut untuk menegakkan kebenaran walaupun ianya amat pahit. Kerana percayalah kebenaran akan tetap terserlah cuma lambat atau cepat sahaja.

Sekarang ini, ungkapan ‘berani kerana benar, takut kerana salah’ makin jarang saya dengari. Apakah kebenaran makin tenggelam dek pembohongan? Apakah ungkapan azimat ‘berani kerana benar, takut kerana salah’ sudah terhakis dek teknologi? Atau ianya sudah tidak releven lagi? Atau mungkin ia bukan lagi pegangan anak muda sekarang?

*Loghat kelate.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pray For Gaza :
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa khabar semua saudaraku? Semoga semuanya sihat sejahtera
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah