Dari Kuantan Ke Seremban: Kembara yang indah

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Selepas 10 bulan bermastautin di bumi Pahang, saya kini bemastautin pula di Seremban. Mulai bulan Disember 2015 saya mula bekerja di Seremban.

Berkhidmat untuk orang Negeri Sembilan khususnya dan orang Malaysia amnya.

Dari Kuantan Ke Seremban

Mula saya berpindah ke Seremban ramai menyangka saya adalah dari Negeri Sembilan atau Melaka. Tidak sebenarnya, saya orang Kelantan a.k.a. Awe Kelate.

Dari Kuantan Ke Seremban : Kembara ini tetap indah
Dari Kuantan Ke Seremban : Kembara ini tetap indah

Datang ke Seremban kerana tugas, kerana di tugaskan untuk berkhidmat di sini. Walaupun bukan pilihan utama saya tapi saya terima dengan hati terbuka.

Suka dalam duka juga, suka sebab dapat berpindah ke Seremban lebih dekat dengan keluarga walaupun masih lagi sebagai weekend husband. Duka sebab kena tinggalkan Kuantan, saya sudah biasa dengan Kuantan dan sudah penuh aktiviti di sana.

Duduk di Seremban, aktiviti saya masih kosong. Kebanyakan masa malam saya habiskan dengan membaca buku dan melakukan temujanji dengan prospek Unit Trust dan Takaful. 10 cara menghabiskan waktu malam sebagai weekend husband masih belum dapat di praktikkan.

Kalau di Kuantan, tiap-tiap malam saya habiskan masa di Oasis Gym. Memang best, dengan kawan-kawan yang sempoi. Di Seremban, aktiviti gym masih belum bermula. Insyallah suatu masa nanti. Mungkin saya akan beraktiviti di Kapten Gym sebab itu yang paling dekat dengan rumah sewa saya.

Memang lain sebenarnya, rasa duduk di Kuantan dan Seremban, apapun masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguap, masuk kandang rimau…

Dari Kuantan Ke Seremban… Mana pun kita dicampakkan mana pun kita ditempatkan, terima dengan hati dan minda yang positif, insyallah ada hikmahnya.

Di setiap tempat itu pasti kita akan menimba ilmu yang berbeza yang pengalaman yang lebih hebat.

Dari hari ke hari biarlah kita menjadi insan yang lebih baik. Bersedialah untuk majukan diri ke depan.

PS: Sesiapa yang berminat nak dapatkan khidmat nasihat untuk pelaburan Unit Trust atau Takaful boleh hubungi saya Kosong 18247797 Satu

Gaza: Isu Kemanusian Bukan Agama

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pray For Gaza : Free Gaza
Pray For Gaza : Free Gaza

Selamat Hari Raya Aidifitri dan Maaf Zahir Batin terlebih dahulu sebelum saya meneruskan penulisan ini. Ampun maaf saya pinta, tahun ini sekadar beraya di kota tidak dapat balik ke Tumpat Kelantan tahun ini, Insyallah Hari Raya Qurban kita ketemu.

Dalam kita bergembira berhari raya, umat Islam di Gaza menyambutnya dalam ketakutan dan kesedihan dek kerana serangan kejam dari tentera zalim Zionis, semoga Allah swt melindungi umat Islam di sana. Semoga akan diberikan kemenangan kepada umat Islam di Palestin.

Saya tahu apabila berbicara soal serangan rejim zionis keatas Gaza pasti masih ada yang menyatakan alah itu hanya soal mereka di sana, soal umat Islam sahaja, bagi yang berfikiran begini ayuh celik mata dan bangkit. Ya, ini mungkin soal serangan Zionis ke atas saudara Islam kami di Gaza, tapi ianya bukan soal agama semata tapi juga isu kemanusian. Jangan sempitkan pemikiran.

Gaza: Isu Kemanusian
Gaza: Isu Kemanusian

Walaupun sebenarnya, pemikiran saya sedikit berubah apabila mengenali seorang sahabat sekelas yang berasal dari Palestin, tapi saya percaya seorang insan yang saya kenali bukan alasan untuk saya menilai seluruh rakyat Palestin. Sememangnya saya amat simpati dengan apa yang menimpa saudara seagama kita di sana.

Bayangkan seandainya perkara yang sama menimpa kita, saat kita sedang sedap memakan lemang ketupat bersama keluarga tetiba peluru menghujani rumah kita bunyi dentuman bom sana sini. Apakah perasaan kita? Fikir-fikirkan. Ini soal kemanusian, hak mereka sedang dirampas oleh rejim Zionis yang zalim.

Adalah tidak mustahil apa yang berlaku di sana, hari ini juga akan berlaku pada kita jua nanti jika masyarakat kita terus berpecah belah dan mementingkan diri.

Konflik Diri Part 2 – Berperang Dengan Diri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Berperang dengan diri - Jadilah diri sendiri
Berperang dengan diri – Jadilah diri sendiri

Entri ini adalah rentetan entri sebelum ini Konflik Diri Part 1, bersangkutan dengan email dari seorang pembaca blog saya. Saya sebenarnya bukan pakar motivasi, pakar psikologi atau pakar segala pakar, saya masih lagi seorang manusia yang masih lagi belajar. Belajar hingga akhir nyawa.

Saya tidak kenal akan pengirim email ini, jadi apa yang saya simpulkan di sini mungkin kurang tepat, apa yang boleh saya simpulkan apa masalah sebenar adalah diri sendiri. Konflik diri yang paling sukar adalah apabila kita berperang dengan diri sendiri. Musuh utama kita adalah diri.

Diri Sendiri adalah Musuh Sebenar

Apa yang membuatkan diri kita memotivasikan diri kita? Adakah dengan menghadiri ceramah motivasi dari pakar motivasi terkenal seperti Nick Vujicic? Adakah ianya akan mengubah 100% persepsi minda kita? Jika ya, anda adalah manusia hebat.

Kalau tanya saya tidak, mereka semua tidak boleh mengubah diri kita tapi diri kita sendiri, hanya kita boleh mengubah diri kita ke arah yang baik atau buruk, mana saja yang kita pilih, mana yang kita mahu.

Berperang dengan diri
Berperang dengan diri

Walaupun kita telah membayar beribu untuk memotivasikan diri dan membeli pelbagai buku untuk memotivasikan diri, kekadang tiada langsung kesan. Hanya bersemangat seketika saja, sesetengah orang sesatu ceramah hanya melekat tidak sampai seminggu. Hanya hilang begitu saja. Kenapa? Kerana tiada inisiatif dalam diri untuk mengubah diri sendiri.

Sebab itu saya katakan, diri sendiri adalah musuh diri kita. Jika kita berjaya mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri kita, kita akan berjaya, berjaya untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Apa bila kita kenal siapa diri kita, kita pasti tidak akan mempedulikan lagi apa yang akan diperkatakan oleh orang lain kerana kita lebih kenal siapa diri kita. Apapun celaan, cacian atau makian malah pujian yang mendatang tidak akan sekali akan melemahkan diri kita kerana kita tahu siapa kita.

Kenapa orang lain mencela, memaki atau mencaci kita? Kerana kita lebih baik dari mereka, tidak perlu kita membalasnya. Mereka sebenarnya dengki dan cemburu dengan diri kita kerana kita lebih baik dari mereka sebab itu mereka menghambur kata kesat kepada kita. Jadi persetankan mereka semua. Kamu adalah kamu.

Berperang dengan diri, untuk menjadikan kamu yang lebih baik. Mengenal diri kamu yang sebenar dan kembalilah kepada Allah swt

Bangga dengan diri sendiri bukannya bangga diri.

Minum Sirap Limau Sambil Layan SirapLimau.com

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sirap limau pastinya satu minuman yang tidak asing lagi bagi kita semua rakyat Malaysia yang marhain ini. Minuman yang cukup sinonim dengan kita pergi ke mana saja pasti ada saja minuman sirap limau di hidang, tempat kenduri, kedai makan sampai ke restoren mewah semua tempat ada menghidangkan sirap limau. Saya juga suka minum sirap limau ni. Senang kata semua suka sirap limau ni.

Dari Sirap Limau Ais ke SirapLimau.com

Dari blog AhmadFaizal.com iaitu tentang satu contest review blog SirapLimau.com. Bila memula dengar nama blog yang unik iaitu SirapLimau.com saya agak terkesima, nama blog yang amat unik dan menarik iaitu satu nama yang sinonim dan dekat bagi kita rakyat Malaysia iaitu Sirap Limau Ais, nama blog yang memang akan mudah melekat dihati pembaca.

Review SirapLimau.com
Review SirapLimau.com

Bila dengar nama SirapLimau.com saya agak tetanya apakah kelainan yang akan dihidangkan oleh blog ini. Apakah kehebatan blog ini berbanding blog hebat lain yang telah lama bertapak di Malaysia dan dunia? Apakah kelainan nya? Apakah Strategi Laut Biru blog ini?

Hidup Suami Isteri itu indah
Hidup Suami Isteri itu indah

Be Different Be The One – itulah yang boleh saya gambarkan blog SirapLimau ini. Saya mulanya andaikan blog ini hanya blog bersahaja dengan nama blog siraplimau yang sama seperti blog kebanyakan. Tapi ternyata saya salah. Blog ini memang menghidangkan kelainan kepada pembaca seiring dengan nama Sirap Limau yang menjadi hidangan harian begitu juga blog ini yang sesuai di baca sebagai panduan kita seharian terutama bagi pasangan suami isteri.

Blog SirapLimau mengetengahkan isu-isu kekeluargaan dan kehidupan suami isteri. Isu yang sememangnya hangat pada hari ini pada abad ini, terutama isu perceraian. Isu perceraian amat kritikal sekarang ini terutama dalam kalangan kita umat Islam.

Petikan Berita Harian, 10 Ogos 2013,

Kuala Lumpur: Tiga kes perceraian berlaku dalam kalangan pasangan beragama Islam di negara ini dalam tempoh satu jam.

Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, berkata maklumat diperoleh hasil kajiannya terhadap statistik perceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi 2011.

Ia berikutan purata 70 kes perceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi 2011.
 

Bayangkan betapa kritikalnya masyarakat kita hari ini apabila 3 kes perceraian dalam masa 1 jam. Sungguh kritikal keadaanya, sungguh kritikal, lagi kritikal apabila kes perceraian ini semakin meningkat setiap tahun.

Statistik Perceraian
Statistik Perceraian

Komen untuk SirapLimau.com

Walau bagaimanapun, dari beberapa entri SirapLimau yang bagi saya tidak patut ada. Ya kita merasakan sesetengah cerita yang kita kongsikan sebagai sempadan tapi bayangkan sekiranya cerita yang kita kongsikan sebagai sempadan itu jadi panduan. Apa pula akan jadi? Bagai kita mengajar orang untuk melakukan perkara yang tidak elok.

Lagi molek kiranya penulis melakukan lebih banyak tapisan dalam entri yang ingin diketengahkan bukan sekadar untuk trafik tapi memikirkan penulisan ini sebagai satu medan jihad, menyebarkan ilmu yang bermanafaat. Sebolehnya juga cubalah penulis menulis dengan rujukan seperti Al-Quran, Hadith, statistik, rujukan atau kata-kata bijak pandai.

Penulisan yang memberi ilmu yang bermanafaat memberikan kita pahala, begitu jugalah yang sebaliknya.

Konklusi

Semoga dengan wujudnya blog seperti SirapLimau.com akan mampu menjadi satu sumber inspirasi dan panduan buat semua pembaca terutama nya pasangan suami isteri dalam mengharungi hidup berkeluarga yang indah dan berliku ini. Saya harap usaha murni penulis blog SirapLimau terus maju jaya dalam penulisan dan berjaya membantu banyak pasangan di dunia dan Malaysia khususnya.

Semoga berjaya SirapLimau.com

Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com dan Tareeq Al Jannah

Iklan Percuma Di Blog Daddydee.net

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Iklan percuma di blog Daddydee.net. Ya, saya ingin melakukan iklan percuma dan blog post secara percuma di blog saya bagi siapa yang berminat. Tiada bayaran akan dikenakan jangan risau. Bukan kata saya baik hati sebab saya adalah manusia yang ‘Biar Kejam Jangan Keji’.

Iklan percuma di blog daddydee.net
Iklan percuma di blog daddydee.net

Mulai tahun 2014, saya akan membuka kuota untuk iklan percuma di blog ini, namun begitu beberapa syarat yang ingin saya tetapkan di sini:

  • Iklan percuma ini dibuka untuk mengiklankan aktiviti tanpa keuntungan sahaja. Iklan Shaklee, iklan MLM, iklan ubat kuat, iklan puaskan isteri akan di ‘reject’ tanpa kompromi. Parti politik juga akan di ‘reject’.
  • Iklan berunsur kemasyarakatan adalah diutamakan seperti aktiviti gotong royong rumah orang asli, kutipan derma rumah anak yatim and etc.
  • Admin berhak menyelidik kesahihan iklan dan berhak menolak iklan jika terdapat keraguan. Senang cerita ikut suka hati admin nak terima atau tidak.
  • Admin berhak untuk pblish di mana-mana blog yang admin suka sama ada daddydee.net atau janawang.net.
  • Untuk permohonan boleh hubungi admin di ruangan contact.
  • Tarikh akhir : To be advise

Apapun, saya memohon maaf jika aktiviti saya ini menimbulkan rasa tidak puas hati pada rakan blogger bukan niat nak mencantas tapi sekadar ingin melakukan sedikit amal kerana saya memang tidak boleh untuk menghadirkan diri dalam program kemasyarakatan dalam masa ini. Insyallah di masa depan. Jadi dengan program ini saya harap dapat membantu saudara saya di luar sana.

Dengan aktiviti ini bukan bermakna semua blogpost saya percuma, tidak sama sekali. Blogpost pengiklanan tetap saya utamakan yang berbayar dan mungkin saya akan terima yang percuma jika kena dengan caranya.

Blogging saya bukan untuk saya tapi untuk semua.

PS: Bersama kita doakan semua saudara kita yang menghadapi banjir selamat hendaknya.

PS2: Jom likes page bisnes online saya MAH Shopz.