Konflik Diri Part 3 – Kembali Kepada Allah swt

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku….

Kita sering melafazkan innalillah, setiap kali ada kematian. Sekarang ini di zaman teknologi lagi mudah kita taip sepantas kilat perkataan innalillah dan al-Fatihah. Tapi adalah kita ikhlas? Adakah kita membaca dan sedekahkan kepada si mati atau sekadar satu tulisan?

Ok, kita lupakan apa yang saya tulis, andaikan saja semua yang menulis seperti di atas ikhlas dan bersedekah dan berselawat ke atas si mati. Amin.

Fahamkan kita akan perkataan yang kita lafazkan, Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un, maksudnya adalah Kita adalah milik Allah swt, dan kepada-nya kita kembali’. Setiap kali musibah atau masalah inilah yang patut kita lafazkan agar mengingatkan diri kita dan orang lain agar kembali kepada Allah swt.

‘Bila kena bala baru nak ingat Allah swt ke?’ itu adalah antara kata-kata sinis yang akan berdengung di telinga. Biarlah mereka, kita doakan mereka yang terbaik, yang penting kita ikhlas dalam apa yang kita lakukan. Kita berusaha dan berserah kepada yang maha kuasa.

Apapun masalah yang kita hadapi kembali kepada Allah swt. Ambil wudhuk dan lakukan solat sunat dan berdoakan kepada Allah swt. Insyallah kita akan lebih tenang. Dekatkan diri kepada Allah swt.

Usahakan untuk perbanyakkan solat malam.

PS: Pesanan untuk diri sendiri untuk cuba mendekati diri dengan Allah swt.

Aku bukan lah pakar dalam bab pemakanan dan kesihatan. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan
Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.