Konflik Diri Part 2 – Berperang Dengan Diri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Berperang dengan diri - Jadilah diri sendiri
Berperang dengan diri – Jadilah diri sendiri

Entri ini adalah rentetan entri sebelum ini Konflik Diri Part 1, bersangkutan dengan email dari seorang pembaca blog saya. Saya sebenarnya bukan pakar motivasi, pakar psikologi atau pakar segala pakar, saya masih lagi seorang manusia yang masih lagi belajar. Belajar hingga akhir nyawa.

Saya tidak kenal akan pengirim email ini, jadi apa yang saya simpulkan di sini mungkin kurang tepat, apa yang boleh saya simpulkan apa masalah sebenar adalah diri sendiri. Konflik diri yang paling sukar adalah apabila kita berperang dengan diri sendiri. Musuh utama kita adalah diri.

Diri Sendiri adalah Musuh Sebenar

Apa yang membuatkan diri kita memotivasikan diri kita? Adakah dengan menghadiri ceramah motivasi dari pakar motivasi terkenal seperti Nick Vujicic? Adakah ianya akan mengubah 100% persepsi minda kita? Jika ya, anda adalah manusia hebat.

Kalau tanya saya tidak, mereka semua tidak boleh mengubah diri kita tapi diri kita sendiri, hanya kita boleh mengubah diri kita ke arah yang baik atau buruk, mana saja yang kita pilih, mana yang kita mahu.

Berperang dengan diri
Berperang dengan diri

Walaupun kita telah membayar beribu untuk memotivasikan diri dan membeli pelbagai buku untuk memotivasikan diri, kekadang tiada langsung kesan. Hanya bersemangat seketika saja, sesetengah orang sesatu ceramah hanya melekat tidak sampai seminggu. Hanya hilang begitu saja. Kenapa? Kerana tiada inisiatif dalam diri untuk mengubah diri sendiri.

Sebab itu saya katakan, diri sendiri adalah musuh diri kita. Jika kita berjaya mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri kita, kita akan berjaya, berjaya untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Apa bila kita kenal siapa diri kita, kita pasti tidak akan mempedulikan lagi apa yang akan diperkatakan oleh orang lain kerana kita lebih kenal siapa diri kita. Apapun celaan, cacian atau makian malah pujian yang mendatang tidak akan sekali akan melemahkan diri kita kerana kita tahu siapa kita.

Kenapa orang lain mencela, memaki atau mencaci kita? Kerana kita lebih baik dari mereka, tidak perlu kita membalasnya. Mereka sebenarnya dengki dan cemburu dengan diri kita kerana kita lebih baik dari mereka sebab itu mereka menghambur kata kesat kepada kita. Jadi persetankan mereka semua. Kamu adalah kamu.

Berperang dengan diri, untuk menjadikan kamu yang lebih baik. Mengenal diri kamu yang sebenar dan kembalilah kepada Allah swt

Bangga dengan diri sendiri bukannya bangga diri.