Main Dengan Makcik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Dulu makcik sangat menyayangi aku, dia sangat baik dengan ku. Boleh kata hari-aku aku main dengan makcik. Makcik pun suka main dengan aku. Aku layan je, siapa tak suka main kan? Tapi kebelakangan ini tidak lagi.

Makcik merupakan anak bongsu yang sangat manja, sama juga dengan aku . Dari segi rupa paras makcik ni memang lawa orang nya, sekali pandang ada ala-ala Heliza Helmi dua kali pandang dah ala-ala supermodel Kate Moss. Memang cantik banget orang kata. Makcik merupakan ulat buku dan banyak masanya di habiskan dengan buku.

>>>Rahsia Jana Duit Dengan SEO<<<

Bermain dengan makcik - Rupa makcik yang iras Heliza Helmi
Bermain dengan makcik – Rupa makcik yang iras Heliza Helmi

Aku biasa tengok makcik habiskan baca satu buku setebal 830 mukasurat dalam masa satu hari, buku yang mampu menjadi senjata ketika diserang anjing dihabiskan dalam masa satu hari. Sangat-sangat wow. Semua buku makcik ada, ada yang dia beli dan ada juga yang dia pinjam antara Sebenarnya Aku Isteri Dia… , Ombak Rindu, Sehangat Asmara, Lagenda Budak Setan dan banyak lagi.

Tapi itu dulu sebelum makcik kenal muka buku. Sejak kenal muka buku, makcik dah slowkan dia punya speed baca buku, lebih banyak dengan muka buku.

Walaupun makcik sudah sibuk dengan muka buku dan buku buku lain termasuk buku lima. Dia tetap ada masa bermain dengan aku. Aku memang suka sangat main dengan makcik. Boleh dikatakan setiap malam aku main dengan makcik.

“Man” panggil makcik setiap kali sebelum tidur dari bilik dia. Aku macam biasalah yang menurut perintah, dengan muka gatal akan terkedek-kedek berlari anak menyelinap senyap-senyap ke bilik makcik.

Masuk saja dalam bilik tidur, aku terus saja terkam makcik.

“Rindu sangat kat Man.” kata makcik memulakan tutur nya.

“Kan best kalau kita boleh setiap masa bersama Man.” sambung makcik membisikkan di telinga kiri aku.

Makcik dengan selamba saja akan mulakan tugasnya. Dia akan belai-belai manja seluruh tubuh aku, usap-usap badan aku dan yang paling aku tak tahan bila dia main belakang leher aku. Aku hanya membiarkan makcik melakukan apa saja yang dia suka. Dia suka, aku lagi suka main dengan makcik.

hidup biar bahagia
hidup biar bahagia

Boleh dikatakan setiap malam kami melakukan aktiviti itu. Biasanya makcik dengan mak ayah dia saja di rumah, hanya kadang-kala saja bila musim cuti akan ramai lah adik-beradik makcik yang lain pulang dengan anak buah mereka. Kalau masa ramai orang makcik, akan senyap-senyap kejutkan aku supaya orang lain tidak perasan.

Tapi kini, semua itu tinggal kenangan. Makcik sudah tinggal di bandar Kuala Lumpur dan mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata. Aku juga sudah ketemui pasangan baru iaitu Minah, yang juga kucing betina kesayangan makcik Bedah sebelah rumah dan kami mempunyai dua anak iaitu Hitam dan Putih. Aku sangat bahagia dengan Minah dan anak-anak.

Ok, nanti aku ceritakan macam mana detik perkenalan aku dengan Minah pula. Bye

Al Fatihah Buat Kawan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat saudaraku semua…

Dua tiga hari ini, perasaan untuk kembali aktif dalam silat amat mebuak-buak. Terasa ingin kembali ke gelanggang latihan menggerakkan tulang empat kerat yang sudah lama tidak membuka langkah tari silat. Memang sudah agak lama saya meninggalkan ia, hampir 7tahun.

Dulu zaman sekolah ada juga belajar tapi hanya separuh jalan saja dan apabila masuk ke universiti peluang itu kembali terhidang. Jadi saya rebutlah ia, walaupun agak lewat. Tapi dalam belajar atau untuk berubah tiada istilah lewat sebenarnya. Selagi ada kemahuan disitu pasti ada jalan, hanya i’tikad dan usaha yang kita perlukan.

Penglibatan saya tidak lama apabila terpaksa berhenti selepas menjalani pembedahan apendiks, atas nasihat doktor dan nasihat dari ma abah saya.

Dua hari lepas saya terkenangkan kembali rakan seperguruan yang sama-sama belajar. Kekadang serius kekadang main-main. Senyum tawa rakan latihan di gelanggang. Persahabatan di gelanggang di bawa keluar, erat hubungan atas dasar persaudaraan persilatan dan sesama Islam.

Namun, ajal maut siapa yang tahu. Salah seorang sahabat lama yang tidak bersua muka dan berhubung rupanya telah kembali ke rahmatullah pada bulan Mei yang lalu. Tapi, saya hanya mengetahuinya pada dua hari lepas. Maaf saya wahai sahabat kerana tidak sempat kita bersua. Terasa amat kejamnya saya kerana baru dua hari lepas saya mengetahui berita kepergian Allahyarham.

Al Fatihah.

Al Fatihah buat kawan, Allahyarham M. AlHafiz B. Zulkifly. Bersama kita mendoakan kesejahteraan Allahyarham moga-moga Allahyarham dicucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham.

Al Fatihah.