Menulis Untuk Berkongsi

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Saya mula membuat blog pada tahun 2007 dengan menggunakan blogspot, dan mula aktif berblog setahun kemudian dengan menggunakan domain blogspot juga. Namun saya akui tulisan saya dahulu memang rojak, karut, hentam keromo dan merapu. Memang boleh dikatakan 89% bahasa pasar saya gunakan.

Pada tahun 2011 saya telah tukarkan blog saya kepada domain berbayar dan masih menggunakan hosting blogspot. Cadangnya cuba untuk melakukan penjenamaan semula namun saya akui saya gagal melakukannya. Lagipun penwujudan blog dulu sememangnya tanpa perancangan yang terperinci dan akibatnya rojak dan pasar di sana. Dan kini sudah terabai beberapa lama tanpa kemaskini kerana buntu idea.

Kewujudan Daddydee.net

Belajar dari pengalaman lalu, saya cuba mewujudkan satu blog yang lebih tersusun dan didorong oleh nafsu cemburu apabila melihat ramai blogger professional seperti denaihati dan ariffshah menggunakan self-hosting wordpress, saya ikuti langkah ini walaupun ilmu wordpress saya adalah kosong.

Pada Mei 2012, saya telah mendaftarkan daddydee.net. Setapak demi setapak saya pelajari selok belok wordpress. Memang sukar pada mulanya dan kini saya rasakan masih kurang ilmu saya tentang wordpress. Banyak lagi yang perlu saya pelajari.

Pada mulanya, saya juga tercari-cari apakah yang sebenarnya ingin saya tulis dalam blog ini. Dalam masa tercari-cari akan identiti untuk menulis dalam blog ini saya telah menerima tawaran untuk berkursus. Dan sifu saya yang mengajar kursus tersebut iaitu Tuan Shamsudin Kadir telah membuka minda saya. Pesan beliau pada saya adalah ‘Baca buku untuk tambahkan ilmu, Kemudian cuba menulis kongsikan ia. Insyallah akan lebih berkat dan bermanafaat ilmu itu’.

Tulis Untuk Berkongsi

Dari situ, saya mengorak langkah mulakan menulis untuk berkongsi ilmu saya yang tidak seberapa ini dan secara tidak langsung menambahkan ilmu saya sendiri.

Sebenarnya, Bahasa Melayu dan English saya adalah amat teruk. Tidak kiralah dalam menulis ataupun pertuturan. Dan kini saya cuba meningkatkan ilmu saya dalam Bahasa. Melalui blog ini juga saya cuba sebaiknya untuk menggunakan Bahasa Melayu dan sesekali saya menulis dalam English, tujuannya tiada lain melainkan untuk menajamkan lagi gaya penulisan saya yang tidak seberapa ini.

Gaya bahasa yang formal yang saya gunakan dalam blog ini, insyallah akan saya kekalkan dan jadikan ia sebagai identiti blog daddydee.net yang tidak seberapa ini. Diharapkan saya akan kekal bersemangat untuk memperjuangkan blog ini dan tuan-tuan/cik puan-cik puan akan selesa membaca blog kecil saya ini.

Saya ucapkan ribuan terima kasih pada tuan/cikpuan semua yang sudi menyokong blog ini. Terima kasih banyak-banyak. Saya amat suka.

Terima kasih pada tuan Eizil kerana menganjurkan satu kontest yang amat menarik ini.

 

 

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Buat duit dengan blog bukan suatu mitos, ia
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan
Assalaamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku sekalian... denaihati.com Denahati.com satu

Blogging Untuk Lepaskan Tension

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku

Sebagai pekerja lapan hingga lima, lima hari seminggu, hidup saya kadangkala penuh dengan jadual yang agak padat. (Agak padat kerana saya rasakan kerja sekarang agak rileks sedikit dari dahulu.)  Memang agak memenatkan. Melayan kerenah pegawai atasan dan melayan kerenah pelanggan. (Bukan ingin mengeluh sekadar berkongsi).

Blogging… Adalah salah satu cara saya melepaskan tension kerja dan kehidupan seharian saya. Dengan menulis dan membaca blog, hidup saya terasa sedikit berisi. Ya dengan blogging. 

Mungkin sekarang saya masih bersemangat untuk berblog, dan saya sendiri sampai bila saya akan terus bersemangat. Saya harap semangat ini akan kekal dan tidak akan luntur.

Mengeluarkan wang untuk hosting dan domain, bagi saya suatu yang tidak membeban setakat ini. Ya lah selagi saya masih berminat untuk berblog saya sanggup keluarkan duit walaupun duit dikeluarkan adalah lebih banyak dari duit yang masuk (income). Jealous juga melihat blogger berjaya mendapat income yang tinggi dari blogging, tapi jealous bukan buat saya ingin plagiat, atau hack mereka tapi buatkan saya lebih bersemangat untuk terus maju ke depan.

Lihatlah bagaimana blogger berjaya seperti denaihati.com, eyriqazz.com, redmummy.com, ariffshah.com dan ramai lagi. Mereka semuanya hebat-hebat belaka. (Dah join kontest eyriqazz vs denaihati)

Dengan berblog saya rasa saya lebih ramai kawan. Walaupun hakikatnya saya tidak kenal mereka secara realiti tetapi secara maya saya kenal mereka. Tak ramai pun sebenarnya blogger yang saya pernah jumpa, hanya beberapa orang sahaja. Ada yang telah berhenti blogging, ada yang masih aktif berhubung melalui facebook / twitter. Apapun semua blogger adalah hebat. Kerana tak semua orang mampu menulis. (Tulisan saya pun masih lemah)

Membaca blog dapat menambahkan sedikit ilmu. Ya, tak semua yang dalam dunia ini kita tahu. Tapi dengan berkongsi dapatlah menambahkan ilmu saya yang kurang ini.

Dalam blog, macam-macam yang kita boleh temui seperti tempat makan yang baru, tips-tips hebat (blogging, parenting, working, gadget, photograph dan lain-lain), nasihat yang berguna dan panduan hidup. Macam-macam, boleh dikatakan semua ada.  Sama ada kita mahu ataupun tidak saja. Kalau nak carilah, banyak yang boleh kita dapat.

Dunia blogging tidak pernah membosankan bagi saya walaupun sudah 4tahun berlalu. Pasang surut itu biasa, norma seorang manusia.

Sekian dulu, buat masa ini.

 

 

Assalamualaikum dah salam inspirasi buat semua saudaraku... Bina Identiti Blog dan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Kesukaran untuk menulis blog adalah apabila kekeringan idea.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... 'Wah, dah jadi blogger sekarang?' Tegur seorang kawan