Cara Mengenalpasti MCB Telah Rosak

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Berikutan pertanyaan dari seorang pembaca di entri Cara Menggantikan MCB di Rumah, hari ini saya kongsikan cara mengenalpasti MCB telah rosak.

Soalan dari pembaca: mengenalpasti MCB telah rosak
Soalan dari pembaca: mengenalpasti MCB telah rosak

Saya bukanlah pakar dalam hal elektrik tapi untuk kerja-kerja sivil Insyallah. Sebab sivil adalah bidang saya belajar dan kerja. Elektrik apabila kerja perlu ambil tahu. Jadi pengetahuan tu terhad la sikit. Apapun, saya akan cuba bantu yang saya mampu.

Contoh MCB
Contoh MCB

Cara untuk mengenalpasti MCB telah rosak adalah seperti berikut:

  • Tiada arus mengalir selepas MCB – apabila tiada arus mengalir dalam sesuatu litar sedangkan litar yang lain mempunyai arus. Cara untuk memastikan adalah menggunakan alat pengesan arus atau test pen.
  • Jejentik suis MCB telah keras – apabila anda cuba untuk menaikkan jejentik suis MCB telah keras maka ia manandakan MCB itu hampir rosak. Bolehlah gantikan dengan MCB yang baru.
  • Jejentik suis MCB tidak berfungsi juga menunjukkan MCB itu telah rosak.

Semoga dapat mengurangkan kekeliruan para pembaca ya.

Kalau nak ada kerja-kerja pendawaian kecil atau renovasi boleh berhubung terus dengan saya (0182477971 – zaidi) untuk yang sekitar Seremban atau PJ sahaja. Insyallah akan cuba memberikan khidmat yang terbaik.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi kontraktor bukan suatu yang mudah, apa yang
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Jika saya ditanya penting ke floor trap? Jawapan
Toilet Toilet  
Posted with WordPress for BlackBerry.

Hari Ahad Yang Memenatkan…

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Menjadi ‘weekend husband’ sememangnya banyak masa lapang di habiskan dengan keluarga yang tersayang. Jarang sangat ada masa keluar bersama kawan-kawan, rugi juga menjadi ‘weekend husband’ ni. Masa selama 5 hari seminggu tanpa anak isteri dan hanya 2 hari je dapat bersama yang tersayang.

Tapi 26 October 2015, adalah hari Ahad yang memenatkan, saya terpaksa melanggar pantang… hehehe… Terpaksa keluar berjumpa dengan kawan untuk selesaikan 3 perkara:

  1. Post M-Prolabs pada Hari Ahad – Ada seorang pelanggan membuat pesanan M-Prolabs Alpha Capsule pada hari Sabtu malam dan meminta saya melakukan pengeposan segera. Alhamdulillah, pengeposan dapat dilakukan kerana PosLaju Brickfields beroperasi pada hari Ahad. Memang amat membantu peniaga online seperti saya apabila PosLaju tetap beroperasi pada hari Ahad hingga jam 4 petang. Dan pada entri ini di tulis pelanggan telah nyatakan yang M-Prolabs telah diterima.
  2. Proposal Perangcangan Senggaraan Bangunan – Bertemu dengan seorang kawan lama yang sedang menyiapkan kertas kerja cadangan penyelenggaraan bangunan. Perbincangan hampir 2 jam. Jadi bidang terjun untuk advise beberapa isu on teknikal part bukan satu benda yang boleh dipandang remeh. Dan banyak isu yang perlu di berikan perhatian. Malaysian mind set – Build a million dollar building and never think on maintenance.(nanti saya cerita dalam entri yang lain). Syukur alhamdulillah pertemuan pertama menampakkan laluan yang cerah harap semuanya jadi nyata.
  3. Bersama Client Unit Trust – Nak kata bersama pelanggan baru pun tidak juga, kerana sepatutnya pertemuan ini telah lama berlangsung tapi dek kerana client cuti bersalin pertemuan ditangguhkan. Alhamdulillah dapat client yang mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Client berhasrat mengeluarkan simpanan KWSP untuk dilaburkan dalam Unit Trust. Next, insyallah pelaburan tunai. Semoga semuanya lancar.
Hari Ahad yang Memenatkan - Packing M-Prolabs bersama Gift
Hari Ahad yang Memenatkan – Packing M-Prolabs bersama Gift

Hari Ahad yang memenatkan tapi penuh matlamat dan memberi impaks positif dalam hidup saya. Syukur alhamdulillah.

Saya tidak mengharapkan hari yang sibuk tapi mengharapkan hari yang sukses.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Ramai yang masih meangangap Pelaburan dan Simpanan adalah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kirakan setiap sen yang
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Hidup ini mesti ada matlamat, sama juga dalam
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Apabila menyebut unit amanah atau unit trust ramai

Floor trap penting ke? Perlu pasang floor trap?

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Jika saya ditanya penting ke floor trap? Jawapan saya adalah penting. Dan jika ditanya perlu pasang floor trap? Jawapan saya perlu pasang floor trap dan guna floor trap. Bukan letak buat hiasan tapi penutupnya dibuka untuk beri aliran air yang laju.

Floor trap adalah amat penting dan sangat berguna. Tidak kira floor trap jenis apa sekali pun sama ada jenis PVC atau stainless steel ia sama saja.

Floor Trap tidak kira apa bentuk, rupa, bahan atau harga fungsi nya amat penting sekali
Floor Trap tidak kira apa bentuk, rupa, bahan atau harga fungsi nya amat penting sekali

Ramai yang menganggap komponen kecil ini tidak berguna dan menyusahkan. Ramai peniaga di lot kedai di bawah seliaan saya dapati membuka floor trap ini. Alasan mereka floor trap ini menyusahkan dan menyebabkan air mengalir perlahan.

Floor trap sebenarnya berfungsi memerangkap sebarang sampah dari memasuki saluran paip air buang dan menyebabkan saluran paip air buang tersumbat. Sampah yang tersangkut di floor trap perlu dibersihkan seeloknya setiap hari.

Jika floor trap tidak digunakan akan menyebabkan paip saluran air buang akan tersumbat. Jika bernasib baik, paip yang tersumbat akan kembali lancar selepas menggunakan pelocok dan mengunakan sedikit bahan kimia yang sesuai. Dan lebih bertuah jika paip perlu dipotong dan digantikan kerana telah rosak atau saluran yang makin mengecil.

Floor trap harganya tidak mahal. Untuk floor trap jenis PVC boleh didapati dengan harga RM3.00 saja. Tapi jika floor trap tidak digunakam dan menyebabkan saluran paip air buang tersumbat kita perlu membayar kos yang tinggi sehingga boleh mencecah RM1,000 tengok pada jenis kes.

Jadi jangan ingat komponen kecil dan murah seperti floor trap ini tidak penting. Fikir dulu sebelum melakukan tindakan yang tidak patut.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Saya bukan orang elektrik dan memang takut dengan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Pertamanya, saya ingin mengucapkan takziah pada keluarga allahyarham
Posted with WordPress for BlackBerry.