Memilih Pekerjaan? Kerja Kerajaan atau swasta?

Konfliks dalam memilih haluan kerja. Aku rasa ramai yang menghadapi menda camni. Aku pun menghadapi situasi seperti ini. Nak memilih antara kerja kerajaan atau swasta. Aku dua-dua penah aku lalui dan pandangan aku dua-dua ada pro and con dia.
Kerja Kerajaan atau swasta?
Kerja Kerajaan atau swasta?
Ini adalah pandangan peribadi aku, bagi yang masih konfius nak pilih kerja kerajaan atau swasta?

Continue reading “Memilih Pekerjaan? Kerja Kerajaan atau swasta?”

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah matlamat tukar kerja?
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Teknik menjual diri? Ya, teknik menjual diri untuk
Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan

Kenapa Perlu Tukar Kerja

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Apakah matlamat tukar kerja?
Apakah matlamat tukar kerja? (ihsan: google)

Kali ini saya ingin berkongsi pandangan dan pengalaman saya sendiri sepanjang menempuh dunia pekerjaan ini, tukar kerja pasti bukan suatu benda yang asing lagi dalam hidup saya sebenarnya. Tambahan jika di awal-awal sayan berada di dalam dunia pekerjaan dulu tapi sekarang pemikiran saya sudah berubah, mungkin juga pengalaman mematangkan diri saya.

Jujur saya katakan saya adalah manusia yang panas baran, sesiapa yang mengenali saya secara peribadi mungkin tahu hal ini. Dulu, saya cukup pantang di cabar atau berasa kurang selesa dengan keadaan atau suasana pasti saya akan memilih untuk tukar kerja, sanggup naik turun pejabat untuk temuduga demi satu kepuasan iaitu ‘WANG’. Wang adalah faktor utama beralih arah dalam kerjaya.

Kunci kejayaan terletak pada diri kita. (Sumber: Google)
Kunci kejayaan terletak pada diri kita. (Sumber: Google)

Ok, tutup cerita saya, apa yang saya ingin kongsikan disini adalah beberapa persoalan yang perlu ditanyakan pada diri saudara sekalian sebelum tukar kerja:

  • Apakah matlamat kita dalam kerjaya ini? – Bagi saya matlamat adalah persoalan utama dalam kerja, pastikan kita mempunyai matlamat kita sendiri bukan sekadar pergi kerja balik kerja dapat gaji sahaja. Ini juga mengelakan kita dari duduk diam di zon selesa.
  • Apakah syarikat akan dapat membantu kita mencapai matlamat kita? – Setiap syarikat mempunyai visi, misi dan polisi mereka yang tersendiri, jadi pastikan ia adalah selari dengan matlamat kita.
  • Berapa lama jangka untuk mencapai matlamat? – Tetapkan tempoh masa yang akan kita perlukan untuk mencapai matlamat.
  • Adakah khidmat dan kemahiran kita benar-benar diperlukan? – Biasanya pada awalnya kita akan bersemangat untuk berkhidmat dan menyumbang segala jasa dalam membangunkan syarikat, tapi adakah kita benar diperlukan?
  • Adakah pendapatan yang diberikan adalah bebraloi? – Pendapatan jangan dilihat dari segi duit semata lihat juga dari segi pengalaman, ilmu dan peluang yang disediakan oleh syarikat.

Saya sendiri jarang bertanyakan soalan soalan ini pada diri saya sebelum saya tukar kerja, kebanyakan sebab saya tukar kerja adalah kerana tidak tahan dengan kerenah seseorang dalam organisasi itu, tidak kiralah orang itu bos kita atau rakan sejawat. Dan adakah dengan menukar kerja masalah saya akan selesai? Jawapanya adalah TIDAK. Kerja saya tidak boleh mengharapkan orang lain menyukai diri saya dan dapat menerima saya tapi saya yang mesti menerima diri saya dan cuba ubah diri agar diterima oleh orang lain. Saya tidak dapat mengubah orang lain tapi dapat mengubah diri sendiri. Sekian.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Teknik menjual diri? Ya, teknik menjual diri untuk
Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan

Teknik Menjual Diri Semasa Temuduga

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Teknik menjual diri? Ya, teknik menjual diri untuk menarik perhatian bakal majikan ketika proses temuduga kerja bukan teknik menjual diri untuk aktiviti tidak sihat seperti pelacuran atau mak nyah. Sila ambil maklum, teknik itu masih belum saya terokai akan saya kongsi jika ada.

Teknik menjual diri
Teknik menjual diri

Sebenarnya saya pun sudah lama tidak di temuduga, kalau dulu semasa baru lepas habis belajar memang banyak kali temuduga boleh dikatakan hampir setiap hari dan boleh mengagak apa soalan yang bakal ditanyakan. Sebab saya hanya minta jawatan yang sama dan mempunyai skop kerja hampir sama jadi boleh lah agak soalan yang bakal di tanya.

Tapi itu dulu, sekarang bila dah lama tak di temuduga dan bakal di temuduga kembali memang agak gemuruh sebenarnya. Kalau tanya setakat soalan kerja harian Insyallah dapat saya goreng tapi kalau bertanyakan luar skop kerja atau bertanyakan soal rekabentuk atau teknikal memang mati kutu saya. Sebab telah lama meninggalkan bab ini, otak pun dah agak berkarat sebab lama tidak di asah. Pekali-pekali atau pemalar dalam sesuatu rumus pun sudah saya lupa bagaimana nak lakukan kalkusi. Hehehehe

Apa pun, hari ini saya ingin kongsikan sedikit Teknik Menjual Diri semasa temuduga:

  • Tiba awal ke tempat temuduga – ini tips biasa yang saya warisi dari guru dan lecturer saya. Bukan setakat untuk menunjukkan kita orang yang jenis menghargai masa tapi menunjukkan kita bersungguh mahukan jawatan tersebut. Lagipun kalau datang awal kalau ada yang terkurang sempat lagi kita betulkan dan buang rasa gemuruh.
  • Jaga Penampilan Diri – ‘Dont Judge The Book by Its Cover’ tapi itu kata pepatah hakikatnya manusia suka menilai dari luaran – dari penampilan diri kita. Jadi pastikan semasa sesi temuduga kita berpakaian kemas dan sopan. Kalau lelaki biasanya biarlah bertali leher. Pastikan juga kombinasi warna adalah menarik, elakkan warna yang suram dan warna yang menyakitkan mata.
  • Buat ‘Home Work’ – Lakukan sedikit ‘home work’ dengan mengkaji tentang background syarikat, visi dan misi syarikat, core business syarikat kalau boleh dapat background founder or CEO syarikat pun bagus juga. Ini menunjukkan kita berminat dengan kerja tersebut.
  • Buat Latihan – Kalau boleh buat latihan bercakap, boleh latih dengan kawan atau di hadapan cermin. Ini adalah untuk memastikan kita lebih yakin dan bersedia.
  • Jaga Kelakuan – Jaga kelakuan semasa dalam bilik temuduga dan tunjukkan tahap professionalism kita yang tinggi.
  • Bertanya Soalan – Biasa di akhir sesi akan ada sesi soal jawab. Jadi tanyalah soalan kepada penemuduga, pastikan soalan yang releven.

Itu sedikit Teknik Menjual Diri semasa temuduga yang boleh saya kongsikan. Ingat ‘First Impression’ sangat penting.

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan

Blogger Sebagai Kerjaya

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai kerjaya? Jika ditanya pada saya jawapan saya adalah tepuk dada tanya dalam diri anda. Ramai yang sudah berjaya dengan blog, dan ramai juga blogger yang sudah menjana ribuan ringgit hanya dari blog seperti Titan, Redmummy, Denaihati dan Beutifulnara

Siapa tahu dengan duit dari hasil blogging boleh buat bayar hutang PTPTN kan? Dan siapa tahu mungkin rezeki kita pula selepas ini untuk merasa duit hasil blog. Siapa tahu?

Malah ramai juga blogger-blogger hebat Malaysia mula terpampang di dada akhbar. Malah sekarang ini ramai pihak yang mula mengangkat blogger, dan mengiktiraf sumbangan blogger. Banyak anugerah yang telah diwujudkan bagi menghargai blogger-blogger Malaysia yang menjadi nadi penentu di mada depan.

Blogger sebagai kerjaya boleh ke?
Blogger sebagai kerjaya boleh ke?

>>>Rahsia Blogger Hebat<<<

Kalau dilihat peringkat antarabangsa juga ramai sudah blogger yang menjadikan blogger sebagai kerjaya mereka. Menjadikan blog sebagai sumber kewangan utama mereka. Salah satu nama yang memang tidak asing lagi adalah Seth Godin.

Sememangnya tiada yang mustahil dengan hanya menulis kita mampu menjemput rezeki. Siapa tahu kita juga mampu menjadi seperti nama-nama hebat di atas? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu?

Blogger sebagai kerjaya -  Jatuh bangun adalah lumrah dunia, tapi jangan pernah sesekali mengalah terus berjuang dan berjuang
Blogger sebagai kerjaya – Jatuh bangun adalah lumrah dunia, tapi jangan pernah sesekali mengalah terus berjuang dan berjuang

Bagi saya pula blog adalah medan untuk saya menjemput rezeki. Dalam penulisan blog ini saya tidak meletakan duit sebagai sasaran utama tapi meletakkan rezeki sebagai sasaran utama saya.

Penwujudan asal blog ini adalah berteraskan ‘Knowledge Is Power’, saya wujudkan blog ini sebagai medan perkongsian ilmu. Berkongsi segala ilmu yang saya pelajari dan lalui bersama pembaca blog ini disamping menambahkan lagi ilmu saya.

Penulisan blog yang meletakkan sasaran utama adalah rezeki, memberikan saya lebih ketenangan dan kebebasan dari menulis. Ini saya pelajari melalui pengalaman lepas saya, penulisan yang tanpa arah tujuan dan haru biru kerana saya meletakkan duit sebagai sasaran saya. Walaupun, saya pernah menyertai satu projek ‘blook’ (book + blog, suatu yang pernah popular suatu masa dulu sebelum wujudnya ebook), tiada kepuasan yang saya capai.

Ya, kini saya amat puas dalam penulisan saya hari ini, walaupun traffic blog saya tidak segah mana sekadar nyawa-nyawa ikan, walaupun duit yang diperolehi dari hari blog tidak setinggi mana, saya tetap puas. Saya puas dengan rezeki ilmu yang saya perolehi hari ini.

Blogger sebagai kerjaya saya untuk berkongsi ilmu yang bermanafaat. Itulah tujuan kita ke dunia untuk menjadi khalifah di alam dunia ini.

#DuitRaya dari denaihati.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... 'Wah, dah jadi blogger sekarang?' Tegur seorang kawan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Apa khabar semua? Kuala Lumpur telah dilanda jerebu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Anda kenal Sop Nama Saya? Ok Sop tengah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kejayaan tidak mengenal siapa, tapi siapa yang mahukan

Memburu Impian

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan kesihatan mak mertua yang tidak begitu baik membuatkan masa untuk online saya agak terganggu. Daddydee.net telah terbiar pada minggu lepas demi menguruskan keluarga, aktiviti blogwalking saya juga terganggu akibatnya trafik blog agak merudum pada minggu lepas. Inshaallah minggu ini saya akan terus memburu impian, kembali berusaha.

Memburu Impian - Kejar cita-cita anda
Memburu Impian – Kejar cita-cita anda

Itu lumrah kehidupan, ada saja halangan datang menduga kita untuk menguji tahap kesabaran kita menghadapi dugaan dari Allah swt. Bagi saya itu semua tidak menghalang saya untuk memburu impian saya untuk berjaya dalam dunia online dan offline.

Sebulan dalam 2013 telah berlalu, kini bulan Februari sudah menjelma, bagaimana pencapaian saudara saudari ku sekalian sehingga kini? Sudah berapa peratus azam 2013 sudah tertunai? Apakah langkah seterusnya saudara saudari sekalian dalam memburu impian?

Dalam dunia online, saya masih lagi berusaha untuk menjenamakan blog Daddydee.net ini dengan acuan saya. Saya cuba menjenamakan dengan gaya penulisan gaya bahasa Melayu yang kelihatan agak formal. Tagline blog belum lagi saya gunakan, Inshaallah akan saya umumkan kemudian apabila header baru saya sudah siap. Memburu impian saya dalam dunia online untuk mejadi 10 blogger terbaik Malaysia masih banyak yang perlu saya lakukan. Kalian bagaimana?

Dalam dunia offline, bulan Februari akan bermula satu kesibukan bagi saya dalam memburu impian. Banyak yang akan saya lakukan bermula Ferbruari, kembali bergelar sebagai seorang pelajar sudah satu kejutan bagi saya. Setelah sekian lama meninggalkan dunia pengajian, kini saya kembali untuk belajar. Saya memohon ke hadrat ilahi agar saya dipermudahkan menerima ilmu.

Dalam dunia pekerjaan pula, banyak lagi yang perlu saya lakukan. Banyak lagi ilmu yang perlu saya tuntut untuk memantapkan pekerjaan saya. Bagi saya ilmu dan pengalaman adalah ubat terbaik untuk berjaya dalam pekerjaaan. Sebagai, penasihat unit amanah dan juga seorang pekerja senggaraan, masih banyak ilmu yang saya perlukan.

Video Memburu Impian, salah satu lagu kegemaran saya.

Dalam memburu impian, jangan pernah mengalah. Tidak kira berapa kali kita jatuh tersungkur itu tidak penting, yang penting adalah bagaimanakah kita bangun kembali untuk memburu impian. Ingat, usaha tangga jaya.

Saya mendoakan agar impian kita semua akan tercapai. Selamat berusaha dan berjaya saudaraku semua.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Teringat pada zaman muda mudi dulu masa bujang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mula membuat blog pada tahun 2007 dengan
Assalaamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku sekalian... denaihati.com Denahati.com satu