Membesarkan Anak Membentuk Kesabaran

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

‘Nanti dah besar, dah ada anak, tahulah kamu.’ itu selalu ma cakapkan dulu, bila saya marahkan adik atau tidak pedulikan adik. Ya, kini saya faham apa maksud ma itu dulu, membesarkan anak memang memerlukan kesabaran dan anak membentuk kesabaran dalam diri saya.

anak membentuk kesabaran
Permata hati hidupku

Saya akui saya bukan seorang anak dan bapa yang baik, saya seorang yang panas baran. Tapi alhamdulillah, hasil dari bimbingan dan sokongan isteri ianya beransur kurang. Dan bila sudah mempuyai anak, anak mebentuk kesabaran saya. Dari anak seorang sehingga anak dua.

Cabaran membesarkan anak memang besar dan satu nikmat yang hebat. Mereka yang pernah laluinya pasti tahu perasaannya. Melihat anak tersenyum gembira, teletah mereka, kerenah mereka menghilangkan sejuta masalah dalam kepala. Nikmat tidak terhingga sebenarnya dan membentuk jati diri saya juga.

Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat sabar ini dan terima kasih kepada Isteri dan Anak-Anak yang banyak membentuk diri saya sekarang ini. Tanpa mereka urusan ini lebih sukar.

Saya sentiasa berdoa agar sifat sabar ini akan kekal dalam diri saya. Hanya dengan bantuan dari Allah swt sajalah semua ini boleh terjadi, tiada apa yang dapat menghalangnya.

Semoga nikmat sabar ini akan kekal dalam diri saya.