Beza Kaya Dan Miskin

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Orang perempuan Malaysia mungkin tak seperti dalam video ini kan? Materialistik. Hehehe…

Tapi ini adalah realiti kehidupan, saat senang dan ada kepentingan kita akan didatangi orang ramai orang, saat kita susah tinggallah bersendirian.

Renungkan.

Perancangan Kewangan : Kirakan Setiap Sen Yang Keluar

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Kirakan setiap sen yang keluar dari poket anda
Kirakan setiap sen yang keluar dari poket anda

Hari ini saya ingin sambung lagi soal Perancangan Kewangan yang pernah saya tulis dulu. Tips pertama telah saya berikan kini saya ingin kongsikan Tips Kedua iaitu Kirakan Setiap Sen Yang Keluar.

Memang kalau kita lihat tips ini seperti orang kedekut atau tahi hidung masing atau tangkai jering. Tapi sebenarnya tidak, ini adalah langkah paling penting dan mujarab iaitu dengan mengira setiap sen yang keluar. Kerana walaupun 1 sen yang keluar tetap duit.

Dengan merekodkan setiap perbelanjaan kita, kita akan dapat mengenalpasti yang manakah perbelanjaan yang tidak perlu dan yang manakah yang perlu. Dengan langkah ini, kita dapat mengeluarkan atau mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup kita.

Saya sendiri ada perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup dahulu seperti membeli komik-komik kegemaran seperti Pendekar Laut, Juara Wira, Alam Perwira, Senjata Misteri dan lain-lain. Saya dulu adalah kaki komik juga, dan hampir kesemua koleksi komik diatas ada dalam simpanan saya dulu tapi kesemuanya saya sudah bakar. Kenapa saya bakar? Sebab saya nak tamankan zaman komik beralih kepada buku dan ebook.

Kirakan setiap sen yang keluar dari poket - 2
Jangan biarkan duit keluar tanpa dihitung

Untuk komik, saya berbelanja lebih kurang RM 3.00 seminggu untuk satu komik. Komik terbit seminggu sekali maknanya lebih kurang RM 12.00 sebulan untuk komik yang dibaca selama 5 minit, untuk setahun pula saya berbelanja RM 144.00 setahun. RM 144.00 mungkin satu nilai kecil bagi sesetengah orang tapi kalau lima buah komik saya beli serentak adalah RM 720.00 setahun duit saya habiskan untuk beli komik.

Bayangkan kalau RM 720.00 saya laburkan untuk penambahan unit amanah saya. Kalau untuk 10 tahun saya buat penambahan unit amanah dengan nilai kosisten sebanyak RM 720.00, bermakna saya sudah laburkan RM 7,200.00. Itu nilai yang belum di kira dengan pulangan. Katakan pulangan minimanya adalah 10% setahun? Kirakanlah nilai pulangannya.

Laburkan duit untuk SEO dengan Kitab SEO Merah Jambu
Laburkan duit untuk Ilmu Pelaburan Saham

Sekurangnya duit untuk anak saya daftar masuk universiti telah ada nanti. Bukan begitu? Cuba kirakan untuk kos-kos perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup anda pula seperti rokok.

Jika anda tidak ingin melabur, mungkin dengan mengeluarkan perbelanjaan yang tidak perlu anda akan mampu membeli barangan impian seperti:

  • Anda boleh membeli laptop seperti Imac, Alienware secara tunai
  • Anda boleh membeli beg tangan PRADA, LV atau Gucci
  • Anda boleh melancong ke Paris, London, New York
  • Anda boleh tunaikan haji dan umrah
  • Anda boleh membeli theme wordpress yang hebat untuk blog anda
  • Lain-lain lagi anda senaraikan barang impian anda….
Quote hebat dari Warren Buffet
Quote hebat dari Warren Buffet

Caranya mudah saja sebenarnya, gunakan buku atau excell. Sediakan kolumn meingukut bulan, dan senaraikan perbelanjaan tetap. Sediakan ruang untuk perbelanjaan yang diluar jangkaan seperti kereta rosak, baiki rumah dan lain-lain. Senaraikan setiap perbelanjaan dan kos nya. Atau anda boleh gunakan apa kaedah sekalipun yang penting anda harus mengira setiap sen yang keluar dari poket anda.

Ini bukan untuk menilai anda perbelanjaan tapi untuk menjejaki perbelanjaan harian, mingguan, bulanan dan tahunan anda.

PS: Kita perlu berusaha untuk membebaskan diri kita dari masalah kewangan serta yang berminat untuk tahu berkenaan unit trust boleh hubungi saya daddydee at gmail dot com

Perancangan Kewangan : Tetapkan Matlamat Kewangan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Hidup ini mesti ada matlamat, sama juga dalam pengurusan kewangan kita juga perlu tetapkan matlamat kewangan. Tetapkan matlamat kewangan diletakkan sebagai tips utama dalam perancangan kewangan kerana dalam apa-apa hal yang kita lakukan kita perlu ada matlamat dan tujuan, sama juga dalam perancangan kewangan.

Tetapkan matlamat kewangan
Tetapkan matlamat kewangan

Tetapkan satu matlamat yang jelas yang ingin kita capai. Sebagai contoh dalam 5 tahun lagi saya ingin memiliki sebuah rumah banglo 2 tingkat. Matlamat kita adalah mengumpul dana untuk memiliki banglo 2 tingkat. Jadi kita akan bekerja keras dan berusaha untuk mencapainya.

Ada juga yang bermatlamat untuk bebas dari segala hutang yang ada. Mungkin hari ini mereka dibelengu masalah hutang seperti hutang peribadi atau kad kredit. Jadi matlamatnya adalah untuk bebas dari masalah hutang dan kewangan.

Sebolehnya tetapkan satu matlamat yang bersifat peribadi yang akan memberi kesan yang mendalam dalam diri kita yang memberi kita satu kepuasan. Dengan cara ini dapat membantu kita untuk lebih fokus dan mencapai apa yang kita impikan.

Disiplin menyimpan dan menabung merupakan satu perkara yang sukar sebenarnya terutama bagi orang seperti saya, itulah sebabnya kita perlu tetapkan matlamat yang jelas. Bila sudah ada matlamat baru kita boleh merangka stategi seterusnya.

PS: Kita perlu berusaha untuk membebaskan diri kita dari masalah kewangan serta yang berminat untuk tahu berkenaan unit trust boleh hubungi saya daddydee at gmail dot com

Cara Pengiraan Dividen ASB

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Entri kali ini adalah bagi menjawab persolan yang dikemukakan oleh ciknaktahu di ruangan komen entri ASB Loan : Cara Saya, soalanya adalah seperti di bawah:

Komen ciknaktahu
Komen ciknaktahu – saya baru ke baru loan asb ni baru setahun saya nak tanya bagaimana nak  guna duit dividen tu blk ek? bagaimana nak tahu berapa banyak dividen kita dapat?

Walaupun saya tidaklah pakar dalam bidang ini, saya cuba berkongsi setakat yang saya tahu. Maaf sekiranya jawapan yang saya berikan ini tidak tepat dan silalah betulkan.

ASB
ASB

Soalan ciknaktau adalah berapa banyak dividen kita dapat?, jadi disini saya ingin kongsikan cara pengiraan dividen ASB adalah:

Contohnya Pengiraan Dividen:

Dividen = (Purata baki minima terendah setahun) x (Pendapatan ASB)

Diveden adalah 7.75 per unit:

Januari : RM 5,100.25

Februari : RM 5,100.25

Mac : RM 5,100.25

April : RM 105,100.25

Mei :  RM 105,100.25

Jun : RM 105,100.25

Julai : RM 105,100.25

Ogos : RM 105,100.25

Sept : RM 105,100.25

Oct : RM 106,650.25

Nov : RM 106,650.25

Dis : RM 106,650.25

Purata bagi minima adalah :RM 965,853.00 / 12 = RM 80,487.75

Jumlah dividen yang diterima adalah = (RM 80,487.75)(7.75%) = RM 6,237.80

Contoh Pengiraan Bonus :

Bonus = (Purata baki minima terendah bagi 10 tahun) x (Bonus ASB)

Bonus adalah 1.15 sen per unit

Katakanlah purata baki minima terendah bagi 10 tahun adalah  RM 100,000.00

Bonus = (RM 100,000.00) x (1.15%) = RM 1,150.00

Jadi jumlah pendapatan ASB boleh dianggarkan dengan mencampurkan jumlah Dividen ditambah dengan jumlah Bonus ASB.

Diharap cara pengiraan dividen ASB yang saya terangkan di atas ini dapat membantu.

Untuk pengeluaran dividen ASB hasil dari pinjaman ASB (loan ASB) boleh dibuat seperti biasa. Jumlah pendapatan yang dipaparkan adalah jumlah simpanan kita dicampur dengan jumlah pinjaman. Cuma jumlah pinjaman itu tidak pernah dipaparkan dalam buku akaun ASB kita.

Diharapkan penerangan saya di atas ini dapat membantu dan menjawab soalan. Saya tidaklah arif tentang ASB ini, masih lagi mempelajari ilmu selok belok ekonomi dan kewangan ni. Masih banyak yang perlu saya pelajari.

Pendapatan ASN 2012

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pendapatan ASN
Agihan Pendapatan ASN

1.23 juta pelabur Amanah Salam Nasional (ASN) akan menerima agihan pendapatan ASN bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 sebanyak 6.30 sen seunit. Ini menunjukkan peningkatan 0.25 sen berbanding agihan pendapatan ASN tahun lalu.

Pelabur ASN boleh mengemaskini akaun bermula 2 Januari 2012. Berapa pendapatan ASN yang saudara terima tahun ini?

Sepertimana ASN, agihan pendaptan ASB juga menunjukkan peningkatan. Ini suatu tanda yang cukup positif.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi. Pasti semua pelabur ASN gembira dengan pengagihan Pendapatan ASN tahun ini. Walaupun saya bukan pelabur ASN saya tumpang gembira. Mungkin ini satu petanda baik untuk melakukan pelaburan bagi mereka yang belum melabur. Mulakan pelaburan saudara sekalian sekarang. Jangan tunggu-tunggu.