Sukan Untuk Perpaduan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku….

Sukan untuk perpaduan
Sukan untuk perpaduan

Sukan untuk perpaduan, itu adalah tujuan utama sukan diwujudkan dan diadakan. Selain dari mencari siapa kuat dan siapa juara, sukan adalah satu cara untuk mengeratkan perpaduan antara negara, negeri, bangsa, kaum dan agama.

Tapi sekarang ini saya melihat sifat penyokong bola sepak negara kita jadi sebaliknya, mereka gunakan sukan untuk medan memulakan api pergaduhan. Saya lihat cukup banyak sentimen kenegerian disebarkan secara viral dalam media sosial.

Penyokong A mengata Negeri B, Penyokong C kutuk penyokong D. Apakah semua ini?

Kita rakyat Malaysia. Satu negara yang sama, sama bangsa, sama agama pula tu. Sibuk mengata sana sini. Begaduh. Seronok sangat melihat orang bergaduh sebab apa yang kita mulakan? Hebat sangat ke?

Tak perlu nak mengata orang negeri D mencari rezeki atau merempat di negeri F untuk cari rezeki. Kata orang negeri D menumpang dia negeri B. Apakah semua ini?

Majukan minda kita, matang sikit dalam berkata atau berbicara. Usah nak bergaduh sebab bola sampai nak mengata negeri itu negeri ini. Kita rakyat Malaysia. Buangkan sentimen kenegerian yang melampau.

Sukan untuk perpaduan : Sukan mampu mengamankan bumi
Sukan untuk perpaduan : Sukan mampu mengamankan bumi

Jadikan sukan untuk perpaduan bukan perpecahan. Bersatu kita wahai Rakyat Malaysia, besatu kita wahai Melayu dan bersatu kita wahai Umat Islam. Utuhkan perpaduan kita, kukuhkan persatuan kita. Jangan biar kita pecah ranap.

Setakat mengata manja kepada penyokong Manchester United, Liverpool atau Arsenal tu biasalah untuk eratkan silaturrahim, sebab kami tetap lepak semeja minum kopi.

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Budak Kampung Yang 'Bodoh'... 'Bodo mung' dah lali
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah matlamat tukar kerja?
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 57. Alhamdulillah

Gomo Kelate Gomo : Kelantan Tewaskan JDT

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

This is Kota Bharu. Gomo Kelate Gomo. Sorakan yang bergema bagi meraikab kemenangan pasukan Kelantan The Red Warriors. Saya juga amat gembira melihat pasukan Kelantan tewaskan JDT, Kelantan menang 6-1 ke atas JDT.

Gomo Kelate Gomo
Gomo Kelate Gomo

Kelantan tewaskan JDT di Stadium Sultan Muhammad IV dengan 6-1 selepas mereka tewas 2-4 di Stadium Larkin. Dengan kemenangan ini pasukan Kelantan bakan berdepan dengan ATM dalam perlawanan separuh akhir.

Dalam perlawanan malam ini, pasukan Kelantan mempamerkan aksi terbaik mereka. Saya amat kagum dengan persembahan dari Piya, Inderaputera dan juga Norfarhan, tapi sedikit kecewa dengan tindakan Dickson yang kurang bijak dan kurang professional. Tindakan Dickson bagai memperkecilkan pemain negara kita dan memperkecilkan bola sepak kita. Mungkin tindakannya hanya untuk menghiburkan penyokong tapi bagi saya ada yang tidak perlu di situ.

Sekali lagi, tahniah buat pasukan Kelantan kerana berjaya layak ke semi final. Gomo Kelate Gomo, gomo biar sapa jadi jogho.

Tidak lupa takziah kepada saudara Al Hafiz atas pemergian anak tersayang. Al fatihah.

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... JDT dikhabarkan sudah mengambil Pablo Aimar. Team lain
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sedih dan kecewa dengan kekalahan pasukan Harimau Malaya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna