Tag Archives: kung fu panda

Kartun : Hiduplah Umpama Bunga Raya

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Cerita kartun dan jiwa daddydee memang tak boleh pisahkan, dari kanak-kanak hingga dewasa daddydee memang suka kartun. Antara kartun yang memang daddydee suka adalah Kamen Rider, Transformers, X-Men, One Pieces, Power Rangers, Naruto, BoboiBoy, Shin Chan, Kung Fu Panda dan lain-lain. Kekadang membebel juga my wife sebab saya tengok kartun. Tapi saya pekakkan telinga saja.

CIMB sudi beri Galaxy S3….Anda mahu??

Kung Fu Panda

Kung Fu Panda

Hari ni saya nak kongsikan satu moral yang bagus yang saya dapat semasa menonton kartun Kung Fu Panda, iaitu Hiduplah Seperti Bunga Raya.

bunga raya

Bunga Raya

Fakta menarik tentang Bunga Raya

  • Diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan bagi Malaya (sekarang Malaysia) pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
  • Sebagai bunga kebangsaan juga, bunga raya didaftarkan sebagai objek warisan negara di bawah kategori Objek Warisan Ketara pada tahun 2007, sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.
  • Malah, acara sambutan meraikan ulang tahun ke-50 bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang julung kali diadakan pada 30 September 2010.
  • Bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis) dipercayai berasal dari China dan mula ditanam buat pertama kali oleh orang China bagi bunganya yang cantik. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa spesies tersebut berasal dari kepulauan di selatan Lautan Hindi iaitu Madagascar, Kepulauan Mascarene dan Kepulauan Rodrigues. Bunga raya juga dipercayai dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang seawal abad ke-12.
  • Terdapat kira-kira 12,000 hingga 15,000 spesies tumbuhan berbunga yang merupakan tumbuhan asal tempatan di Malaysia menurut kajian Bidin dan Latiff (1995). Daripada jumlah ini, adakah tiada satu pun tumbuhan tempatan yang dapat memenuhi kriteria sebagai bunga kebangsaan? Saya masih tidak dapat mencari jawapannya kerana mungkin diri saya yang tidak terlalu bersemangat patriotik.
  • Sementara mencari jawapan soalan tersebut, iklan menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia yang kerap ditayangkan di televisyen terbayang-bayang di dalam fikiran saya. Ini kerana saya berpendapat masih ramai masyarakat kita yang gemar membeli barangan yang mempunyai cap ‘Made in China’ kerana harganya yang lebih murah dan mempunyai banyak pilihan.

 Pelbagai hadiah untuk dimenangi.

Kenapa hidup seperti bunga raya? 

Ketahanan bunga raya hanyalah sehari sahaja. Kalau lah hidup kita hanya sehari sahaja? Apa akan kita buat? Semestinya kita akan menghargai masa yang kita ada. Buat apa jua yang kita inginkan apa yang kita mahukan, enjoylah, bergembiralah, berkasih sayanglah, bermainlah, berkerjalah, bercintalah, berkawanlah, serta beribadatlah umpama esok tiada lagi. Hargai setiap saat yang kita ada. 

Ingatlah 5 sebelum 5 :

MUDA SEBELUM TUA
KAYA SEBELUM MISKIN 
LAPANG SEBELUM SIBUK 
HIDUP SEBELUM MATI 
SIHAT SEBELUM SAKIT

Masa itu lebih berharga dari emas.

Berita Baik : 1 Ramadhan akan disambut pada 21 Julai 2012 (Sabtu)

Jangan tak puasa tau.

Posted with WordPress for BlackBerry.