Menyusahkan Laluan Sehala Di Petaling Jaya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Saudaraku…

Sudah lama saya tidak masuk ke Bandar Petaling Jaya sekitar Jalan Sultan dan Jalan Selangor kawasan berhampira  sekitar kawasan Pejabat Pendaftaran. Saya banyak jalankan urusan di Seksyen 14 Petaling Jaya.

image
Laluan Sehala

Selama 3 minggu ini saya mengikuti kursus sekitar sini, terpaksa saya tempuhi kawasan Bandar Petaling Jaya. Memang saya sudah tahu yang jalan sekitar sini ditukarkan kepada laluan sehala. Memang menyusahkan laluan sehala di Petaling Jaya bagi saya. Kerana saya perlu rancang perjalanan saya jika tidak saya terpaksa membuat satu pusingan dari Amcorp Mall hingga ke Seksyen 14.

Tapi lebih mengejutkan lagi menyusahkan laluan sehala di sekitar sini ditukarkan lagi hala nya pada minggu ini. Memang mengejutkan. Perubahan drastik dilakukan dalam masa yang singkat pasti akan mengelirukan orang ramai dan pengguna jalan raya.

Dalam masa yang pendek arah laluan di ubah lagi. Bagi saya sepatutnya pihak bertanggung jawab perlu membuat kajian yang terperinci sebelum membuat sesuatu keputusan seperti ini. Kajian trend lalulintas perlu dilakukan dan modelling lalulintas dilakukan sebelum satu keputusan dibuat dan dikuatkuasakan.

Memang bagus niat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas tapi banyak lagi faktor yang perlu di lihat seperti dari segi keselamatan pejalan kaki dan kenderaan kecil (laluan sehala 5 lorong dan tiada jejantas di depan Amcorp Mall) dan trend pemanduan di Malaysia.

Entri ini bukan ingin tunjuk pandai, apatah lagi nak berlagak tapi sekadar berkongsi pandangan saya.

Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.
Aku memang jenis malas bersenam sebenarnya, dari zaman belajar memang aku malas senaman. Sekadar sesekali
Muay Thai sekarang ini semakin mendapat liputan meluas di dunia. Kalau tengok pun TV1 pun
Untuk menjadi seorang yang cemerlang, seseorang itu perlu meletakkan harga diri yang tinggi. Dalam hidup