Motosikal Kuasa Tinggi : Naked Bike Kawasaki Z250

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Jika dientri lepas saya bebicara tentang KTM Duke 390, hari Sabtu lepas sempat saya bersama dua sahabat pergi ke sebuah pengedar Kawasaki di Serdang. Semuanya dek kerana ajakan kawan saya yang telah memiliki Kawasaki Z800, ini operasi meracun fikiran. Memang meracun fikiran saya sendiri yang sememangnya meminati motosikal kuasa tinggi terutama Naked Bike.

Rupanya, Kawasaki telah mengeluarkan Z800 dengan warna serba hitam dan juga Naked Bike terbaru iaitu Z250. Model Z250 boleh dikatakan hampir sama dengan Z800 cuma dalam bentuk yang lebih kecil berpadanan dengan cc nya yang lebih kecil. Bagi saya rekabentuknya memang menarik dan paling menarik adalah harga yang ditawarkan bagi Kawasaki Z250 dalam lingkungan RM22k++.

Kawasaki Z250 bakal menguasai jalan
Kawasaki Z250 bakal menguasai jalan

Seperti yang diperkatakan oleh tuan kedai tersebut, sememangnya motosikal Z250 ini lebih sesuai untuk kegunaan seharian dalam kota metropolitan ini kerana ianya lebih kecil. Senang nak cilok sana sini. Kalau dalam Kuala Lumpur, bawa motosikal besar tak guna sangat kerana akan sangkut dalam kesesakan lalu lintas jadi motosikal kecil memang banyak kelebihannya.

Motosikal Kuasa Tinggi : Warna Baru Z800 yang lebih garang
Motosikal Kuasa Tinggi : Warna Baru Z800 yang lebih garang

Model Z800 juga dikeluarkan dalam edisi warna serba hitam yang menampakkan lebih garang dan elegant. Harga Kawasaki Z800 masih lagi sama RM50k++. Sempat bertanyakan juga, jika berminat bayaran pendahuluan minimum dalah RM10k dan bulanan lebih kurang RM600++ selama 7 tahun. Ada berani?

Kena kerja lebih kuat selepas ini untuk mengumpul dana untuk mengambil sebuah motosikal kuasa tinggi idaman kalbu.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Motosikal Kuasa Tinggi :
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan

Motosikal Kuasa Tinggi : Naked Bike KTM DUKE 390

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Motosikal Kuasa Tinggi : KTM DUKE 390
Motosikal Kuasa Tinggi : KTM DUKE 390

Memiliki motosikal kuasa tinggi memang impian saya dari zaman kanak-kanak lagi. Nafsu untuk memiliki motosikal kuasa tinggi memang ada dari dulu sampai sekarang impian masih ada cuma tidak tahu bila akan tercapai. Kalau ditanya  sekarang mungkin belum masanya untuk saya miliki semua itu kerana saya pekerja makan gaji. Ada gaji saya makan tiada gaji saya cari kerja.

Kalau ditanya motosikal kuasa tinggi yang saya suka adalah Naked Bike. Yang dalam senarai impian saya adalah KTM Duke 200, Kawasaki z800 atau Ducati Monster. Itu antara motosikal yang ada dalam radar impian saya. Insyallah akan saya usahakan sebelum saya capai 4-siri.

Dengarnya, motosikal kuasa tinggi naked terbaru dari KTM iaitu Duke 390 bakal menjadi saingan baru kepada Naked Bike dalam pasaran. Kalau dilihat dari segi rekabentuk saya rasa Naked Bike dari KTM ini masih mengekalkan konsep yang sama seperti model yang telah berada di pasaran iaitu DUKE 200, DUKE 690 dan DUKE 990. Dari segi harga dengarnya dalam lingkung RM26k.

Terbaca juga yang Honda juga turut melancarkan model terbaru mereka. Semakin sengit nampaknya persaingan model Motosikal Kuasa Tinggi sekarang ini. Dah bagai pisang goreng panas dah, semua pengeluar sibuk memasarkan hasil inovasi terbaik mereka dengan pelbagai promosi menarik.

Motosikal Kuasa Tinggi : KTM DUKE 390
Motosikal Kuasa Tinggi : KTM DUKE 390

Bila Modenas nak keluarkan Naked Bike pula?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Jika dientri lepas saya bebicara tentang KTM Duke
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan