English Premier League : Manchester United Lawan Arsenal

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Awal pagi nanti akan berlangsung satu perlawanan epik English Premier League antara Manchester United lawan Arsenal di Stadium Old Trafford, kubu agung Manchester United. Pasti perlawanan ini akan menjadi tumpuan ramai dek kerana kedudukan Arsenal di taktha liga dan juga persembahan yang tidak kosisten Manchester United pada musim ini di bawah pimpinan David Moyes.

Manchester united lawan Arsenal
Manchester united lawan Arsenal

Perang saraf antara David Moyes dan juga Arsene Wenger sedang hangat sekarang ini, itu baru perang saraf pengurus belum lagi perang saraf antara penyokong yang pasti lagi sengit dan hebat. Kata mengata tak mengapa jangan sampai pakai meriam buluh, C4, bom tangan, TNT dan lain-lain sudah.

Manchester United vs Arsenal : Wenger vs Moyes
Manchester United vs Arsenal : Wenger vs Moyes

Dengar kata malam ini, Robin Van Persie akan diturunkan sebagai pemain gantian saja, mungkin Wayne Rooney akan mengemudi jentera serangan Manchester United. Manakala, serangan akan diterajui oleh Oliver Giroud dan akan dibantu oleh perangcang utama Arsenal, Mesut Ozil dan Santi Cazorla serta beberapa pemain lain seperti Aaron Ramsey, Wilshere.

Harapnya Arsenal akan mengungguli takhta liga dengan memenangi perlawanan ini. Mana port malam ini unutk layan Manchester United lawan Arsenal? Mana port kawan-kawan?

Dulu kalau zaman bujang selalu port di luar semasa game epik sebegini tapi kini sudah kahwin lepak di rumah saja la jawabnya. Hehehe…Selamat menonton.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal Juara Liga 2013? Kemungkinan sentiasa ada, apa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Perlawanan bola sepak English Premier League pada minggu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas kekalahan kepada Chelsea 2-1 pada hari Ahad

Arsenal benam Fulham : Keputusan penuh minggu ke dua EPL

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua saudaraku…

Selepas kekalahan 3-1 kepada Aston Villa pada minggu lalu, minggu ini Arsenal bangkit kembali, Arsenal benam Fulham 3-1 di Craven Cottage.

Pada permulaan menunjukkan kedua-dua pasukan adalah seimbang saling serang menyerang. Serangan Fulham di ketuai oleh Berbatov, Taraabat, Duff dan di sokong oleh Riise. Manakala, Arsenal membariskan pemain terhebat mereka iaitu Giroud, Podolski, Walcott dan Cazorla. Nyata keputusan Arsene Wenger meletakkan Podolski dan Cazorla memang tepat, kreativiti dua pemain ini amat membantu Arsenal.

Arsenal benam Fulham dengan gol pertama adalah hasil jaringan Giroud dan dua gol dari Podolski. Gol saguhati Fulham dijaringkan oleh Bent.

Tahniah buat Arsenal yang memenangi perlawanan semalam. Walaupin, Arsenal benam Fulham, saya tetap mengharapkan akan ada pemain baru yang akann dibawa masuk oleh Arsene Wenger yang dapat memperkuatkan squad Arsenal. Pemain yang mampu memberi impaks besar. Harapnya Arsene Wenger akan membawa pemaiĀ  yang bertaraf bintang seperti yang dijanjikan sebelum ini.

DanĀ  tahniah juga buat pasukan The Red Warriors yang telah menang ke atas Terengganu semalam 2-0. Pertembungan dua negeri Pantai Timur ini juga agak hebat semalam. Kedua-dua sama hebat sama kuat. Inilah Pantai Timur. This is Pantai Timur.

Dengar kata semalam penyokong Ngap Sayot bawa sepanduk tak puas hati pada Johan Raja Lawak? Apa kes? Ada yang tahu?

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Malam ini pasukan Harimau Malaya akan turun menentang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Demam bola, demam bola Piala Dunia 2014, masih