Saya Jual Ubat Kuat : Agen M-Prolabs Kuantan, Pahang

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Jangan malu... Ubat sebelum parah
Jangan malu… Ubat sebelum parah

Semalam keluar minum dengan kawan lama masa ‘lunch’, biasalah lepak-lepak dengan kawan lama. Banyaklah usul yang ditanya. Dalam dok bersembang-sembang terbuka cerita pasal cerita-cerita orang lelaki. Jangan ingat orang perempuan je bergosip. Hahahah

Saya terbukalah cerita yang saya jual ubat kuat, Agen M-Prolabs pada dia.

‘Untuk apa ni?’ Tanya kawan saya.

‘Testosterone booster’ 

‘Apa tu? Tak faham aku, cerita sikit.’

‘Testosterone ni hormon orang lelaki. Supplement ni untuk tingkatkan kita punya hormonlah. Hormon ni penting untuk orang lelaki, memain peranan utama untuk kekuatan lelaki.’

‘Tak faham aku’

‘Camni lah senang cerita. Aku jual ubat kuat.’

Terdiam sekejap kawan saya bila dengar penjelasan saya.

‘Betul ke kau jual ubat kuat’ Tanya kawan saya yang masih tak berpuas hati’

‘Ya. Betul. Aku jual ‪#‎mprolabs‬ ‪#‎alphacapsules‬.’

Khasiat dan manafaat M-Prolabs Alpha
Khasiat dan manafaat M-Prolabs Alpha

‘Kau tak malu ke?’

‘Malu kenapa?’

Tanya aku pada kawan aku. Yang cam sangsi nak teruskan kata-kata.

‘Ya lah. Malulah jual ubat kuat…’

Aku terus potong cakap…

‘Bro, aku jual ubat kuat untuk bantu orang lain juga bro. Kita malu nak ngaku badan kita lesu dan biarkan je. Tak nak buat pape. Badan perlukan supplement bro.’

‘Supplement ni bantu boost kita punya energy. Bila badan dan bertenaga nak buat apa pun semangat.’

‘Jangan biar dah dekat nak layu baru nak berubat. Baik cegah dari merawat. Badan sihat hidup bahagia bro.’

Terus diam sahabat aku. Hanya mengangguk.

Ya, saya agen dan pengguna #mprolabs. Berminat nak dapatkan boleh whatapps 0182477971(zaidi). COD Kuantan atau postage.

#mprolabs ‪#‎alphacapsule‬ ‪#‎kuantan‬ ‪#‎pahang‬ ‪#‎anakpahang‬

Siang tadi terima satu Whatapps dari pelanggan yang berminat dengan M-Prolabs Alpha Capsule berbunyi begini:
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sememangnya prestasi saya pada 2015 memang teruk dan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Masih tercari-cari produk kesihatan yang sesuai untuk kaum
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi 'weekend husband' sememangnya banyak masa lapang di

Misteri Bukit Gantang

Assalamualaikum dan Salam Aspirasi Salam Juara Buat Semua Saudaraku Sekalian

Izinkan saya berkongsi satu pengalaman yang bagi saya amat menarik dan pelik yang telah berlaku pada saya pada minggu ini. Ya cerita yang saya ingin kongsikan ini tidak sehebat novel ‘Ombak Rindu’, tidak semisteri cerita ‘Jangan Pandang Belakang’, dan jangan risau misterinya tidak perlu saudara saudari berfikir dengan stress.

 

18 Jun 2012
Isnin lalu saya menaiki Bas Ekspress Cosmic dari Hentian Duta ke Butterworth untuk berkursus di Bukit Mertajam, Penang. Sesampai di Butterworth saya merancang untuk mengambil teksi pula ke Bukit Mertajam.

Sepanjang perjalanan, saya sempat membaca beberapa blog berselang seli dengan facebook dan twitter. Dalam perjalanan talian U Mobile handphone saya tidak sebagus mana. Jadi, tidaklah lama saya menghabiskan masa dengan blog.

Saya ambil pula Harian Metro yang saya beli. Seperti biasa, ruangan sukan dituju dahulu kemudian bahagian Rencana dan ekonomi menjadi pilihan. Gosip saya tidak suka baca gosip, cukup sekadar belek sekali lalu saja.

Habis baca Harian Metro, saya belek pula buku WTF? yang saya bawa. Sempat satu bab saya habiskan, bab ke-2. Buku ini baru saja saya beli di Kedai Buku Pertama.  (Memang hobi saya akan membawa sekurangnya sebuah buku setiap kali berjalan….Baca atau tidak itu hal no dua, yang penting niat untuk membaca itu ada)

Sambil membaca kepala memikirkan plan apabila sampai ke Butterworth, apa yang akan saya lakukan? Sesekali terbayang bagaimana rupa Bukit Mertajam sekarang, adakah sama seperti 10 tahun lalu semasa saya belajar di Kulim.

Plan berfoya-foya tiada dalam kepala keran kelas sampai malam mengikut jadual.

Sampai di Ipoh, saya terima panggilan dari seorang kawan yang sama berkursus mengajak saya menaiki kereta bersamanya ke Bukit Mertajam. Beliau meminta saya untuk turun di Kawasan RnR Bukit Gantang, dan dia akan ambil saya disana. Lalu saya bersetuju.

Pabila bas berhenti rehat di RnR Bukit Gantang, turun bas dan menaiki kereta dengan kawan saya menuju ke Bukit Mertajam. Jutaan buat Tuan Fendi sahabat saya kerana menumpangkan saya dan menjadi teman sebilik saya sepanjang berkursus.

 

21 Jun 2012
Hari ini Khamis setelah tamat kursus saya terus mengambil bas dari Bukit Mertajam ke Butterworth. Dari Butterworth saya mengambil tiket Bas Ekspress Pancaran Matahari ke Kuala Lumpur. Tiket saya adalah pada jam 2.30petang.

Dalam bas, seperti biasa blog dan akhbar Berita Harian (free hotel berikan) menjadi teman dalam bas. Hilang juga bosan dalam perjalanan.

Sesampainya di RnR Bukit Gantang, bas berhenti untuk rehat seketika. Saya turun melegakan sikit urat yang tegang. Selesai solat saya pergi membeli air, ketika hendak membeli air saya bertemu dengan Tuan Shamsuddin Kadir iaitu trainer saya sepanjang kursus.

Saya menegur Tuan SK dan duduk berbual dengan Tuan SK. Tuan SK telah mempelawa saya untuk bersamanya ke Kuala Lumpur. Lalu saya bersetuju walaupun berasa amat segan tapi saya rebut peluang itu kerana bukan senang untuk bersama dengan orang hebat seperti beliau. Saya yakin dengan peluang ini banyak ilmu yang dapat saya timba dari beliau.

Memang benar perjalanan saya dari Bukit Gantang ke Kuala Lumpur bersama Tuan SK adalah amat berisi, banyak ilmu yang amat berharga dapat saya timba.

Jutaan terima kasih saya ucapkan pada Tuan SK kerana menumpangkan saya, mengajar saya dan membuka minda saya. Saya suka. Jasa Tuan Selamanya Saya Kenang.

Antara hasil tulisan Tuan Shamsuddin Kadir di pasaran

Tuan Shamsuddin Kadir

 

Tuan Shamsuddin Kadir
Buku yang mesti ada….
Buku yang akan aku dapatkan….

Hebat… Amat hebat… Saya merancang perjalanan menaiki bas ekspress, tapi Allah swt sudah menetukan perjalanan saya hanya sampai di Bukit Gantang menaiki bas. Selebihnya perjalanan saya adalah bersama dua insan hebat yang berbeza.

Saudara saudari ku sekalian bagaimana? Pernah alami situasi seperti ini, jom kita kongsi.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Memetik dari Laporan Akhbar Harian Metro (5 Jun 2012) yang bertajuk 'Golongan Muda Paling Ramai
Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.