Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…
Yes, Arsenal memang lagi, Arsenal masih lagi kekal di taktha liga. Semalam Arsenal telah menang 2-0 keatas Southampton dengan 2 gol yang dihasilkan oleh penjaring profilik Arsenal, Oliver Giroud. Dengan kemenangan ini Arsenal kekal di taktha liga dengan 4 mata dihadapan pencabar terdekat iaitu Liverpool.
Gol pertama terhasil dek kesilapan pemain Southampton melakukan back pass kepada Boruc dan pantas bola dirampas oleh Oliver Giroud dari kaki Boruc. Manakala gol kedua adalah hasil dari sepakan penalti.
Pejaring Arsenal Oliver Giroud mengelecek BorucMesut OzilArsenal menang lagi : wajah lagenda Arsenal
Ramai yang kata alah lawan Southampton boleh lah? Tapi pasti ramai yang tidak lupa kerana Southampton adalah kelab kecil yang telah mengejutkan kelab gergasi pada musim ini iaitu Manchester United dan Liverpool dalam perlawanan liga.
Apapun, terima kasih juga kepada Liverpool kerana sekadar seri 3 sama dengan Everton yang memberikan Arsenal lebih ruang di taktha liga. Game Liverpool dan Everton semalam amat best, perlawanan musuh tradisi setempat yang pasti tidak akan dilepaskan oleh kedua-dua peminat pasukan ini.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…
Minggu ini, English Premier League masuk mingu ke-23, perlawanan tumpuan saya adalah Chelsea lawan Arsenal di Stamford Bridge. Apa yang saya harapkan adalah akan ada kebangkitan oleh pemain Arsenal setelah tewas kepada Manchester City pada minggu lalu.
Chelsea lawan Arsenal
Pada pandangan, saya Arsene Wnger perlu memantapkan bahagian pertahanan terutamanya dan pengjaga gol. Pertanan yang mantap seperti zaman Sol Campbell perlu dikembalikan. Sejujurnya saya cukup gemar melihat corak permainan Arsenal di zaman Thierry Henry, Ljunberg, Robert Pires dan Dennis Bergkamp. Itu adalah zaman terbaik mereka.
Penyokong Liverpool pasti gembira dengan kemenangan 5-0 keatas Norwich City semalam dengan jaringan Steven Gerard, Henderson, Strurrige, Suarez dan Ryan Bennett (gol sendiri). Sejujurnya, pembelian Daniel Sturrige sememangnya memantapkan lagi bahagian serangan Liverpool yang digandingkan bersama Luiz Suarez. Mungkin juga ini akan merubah kedudukan Liverpool dalam Liga Premier.
Semalam juga menyaksikan penyerang baru QPR, Loic Remy telah mempamerkan bisanya dengan mebuka jaringan pada perlawanan pertama beliau. Semalam, West Ham telah berkongsi 1 mata dengan QPR. Harapnya QPR akan berjaya keluar dari zon penyingkiran.
Keputusan Penuh EPL #23
Liverpool 5-0 Norwich
Man City 2-0 Fulham
Newcastle 1-2 Reading
Swansea 3-1 Stoke City
West Ham 1-1 QPR
Wigan 2-3 Sunderland
West Brom 2-2 Aston Villa
Chelsea 2-1 Arsenal
Tottenham 1-1 Man Utd
Southampton 0-0 Everton
Arsenal 5-1 West Ham
1st Half, Chelsea lawan Arsenal, Arsenal telah ketinggalan dengan 2-1 dengan jaringan daripada Frank Lampard dan Juan Mata. Arsenal mendapat satu gol saguhati melalui jaringan Theo Walcott.
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…
Perlawanan bola sepak English Premier League pada minggu ke-22 ini agak menarik dengan dua perlawanan besar yang menjadi tumpuan utama iaitu Manchester United vs Liverpool di Old Trafford Stadium dan Arsenal vs Manchester City di Emirates Stadium.
Liverpool vs Man Utd
Perlawanan Manchester Uniterd vs Liverpool, pasti menjadi perhatian peminat dua gergasi ini iaitu peminat The Reds dan The Red Devils. Sudah pasti, ketajaman serangan yang dikemudi oleh bekas penyerang Arsenal, Robin Van Persie pasti menjadi tumpuan utama. TIdak kurang menjadi perhatian adalah penyerang kontroversi Luis Suarez yang menjaringkan gol dengan tangan. Kedua-duanya merupakan penjaring terbanyak EPL setakat ini iaitu Robin van Persie (16 gol) dan Luis Suarez (15 gol)
Persie vs SuarezArsenal vs Manchester City
Satu lagi perlawanan tumpuan adalah Arsenal vs Manchester City. Sebagai penyokong Arsenal pastinya saya mengharapkan Arsenal akan menang dalam perlawanan malam ini. Walaupun, jika dilihat dari segi barisan pemain dan kekuatan individu pastinya ianya akan memihak kepada Man City yang mempunyai barisan bintang. Tapi dalam bola sepak barisan bintang bukan jaminan kemenangan.
walcott and cazorla
Jika Manchester City memenangi perlawanan pada malam ini, ianya akan menjadi kemenangan pertama bagi tempoh 37 tahun. Dan jika mereka gagal, rekod ini akan kekal. Tumpuan saya sudah pasti pada Theo Walcott dan Santi Cazorla.
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku…
Arsenal
English Premier League (EPL) sudah masuk minggu ke-3 sebenarnya, dan baru kali ini saya sempat update berkenaan EPL. Apa yang menarik pada minggu ini adalah dengan berakhirnya jendela perpindahan pemain. Dan sememangnya agak kecewa apabila tiada lagi pemain baru yang dibawa masuk oleh Arsene Wenger selain dari Santi Cazorla, Oliver Giroud dan Lukas Podolski yang menggantikan tonggak utama Arsenal iaitu Robin Van Persie (Man Utd) dan Alex Song (Barcalona). Selain itu, pemain lain seperti Nicklas Bendtner (Juventus), Park Chu Young (Celta Vigo) dan Ryo Miyachi (Wigan) telah dipinjamkan ke kelab lain.
Santi Cazorla
Kecewa kerana saya mengharapkan untuk melihat Yann M’villa, Leonardo Damiao, Essien ataupun Cabeye. Tapi saya tetap yakin dengan keputusan Arsene Wenger untuk tidak membawa pemain lain. Kerana Arsenal telah mempunyai pemain yang berkualiti seperti Mikel Arteta, Ramsey, Rocisky, Diaby dan bintang dalam pembikinan seperti Wilshere, Gibbs, Jenkinson dan Oxlade Chamberlain.
Podolski
Jika, kita melihat dari perpindahan pemain, QPR paling banyak membawa masuk pemain baru antaranya Park Jing Sung, Jose Bosingwa, Julio Cesar, Stephane M’bia, Estaban Grenero, Hoilett, Fabio, Andrew Johnson, Diakite’ dan lain-lain.
Perpindahan Pemain Masuk di Kelab Lain:
Aston Villa – Jordan Bowery, Ashley Westwood, Christian Benteke, Joseph Bennett, Ron Vlaar.
Chelsea – César Azpilicueta, Victor Moses, Oscar, Eden Hazard, Thorgan Hazard
Everton – Bryan Oviedo, Matthew Kennedy, Vadis Odjidja-Ofoe, Kevin Mirallas, Steven Pienaar, Steven John Naismith