Maaf… Maafkan Saya….

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Agak lama tidak menulis dalam blog ini. Dah dekat seminggu, kekeringan idea bertambah dengan kemalasan yang melanda ditambah pula kesihatan tuan blog yang tidak menentu maka hasilnya adalah kesihatan blog yang turut merundum. Apapun, terima kasih pada saudara yang masih lagi sudi menyinggah ke sini. Terima kasih banyak-banyak.

Maaf… Apabila kita memaafkan seseorang sejauh manakah kita memaafkan seseorang itu? Adakah dibibir saja? Atau kita seikhlasnya memaafkan sesorang itu dari sudut hati yang dalam? Manakah kita?

Kekadang kita melafazkan maaf di bibir apabila seseorang itu meminta maaf tapi jauh di sudut hati berkata begini ‘Huh…Maaf tidak sama sekali’ atau begini ‘Hari ini hari kau, kau tunggu hari aku’ atau mungkin juga begini ‘Kau tunggu balasan aku’.

Tiada gunanya kita berbuat sedemikian. TIada gunanya kita menyimpan dendam dan amarah, ada baiknya kita memaafkan seikhlas hati kita. Pasti hidup kita lebih bahagia dan tenang tanpa perasaan dendam dan amarah.

Sekiranya, saya melakukan kesilapan dan menaikan amarah pada sesiapa dalam dunia maya atau nyata, Maafkan saya.

 

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 10 Cara Habiskan Masa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya masa comel bersama
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam