Senang Untuk Susah, Susah Untuk Senang

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku…

Soalah biasa di tanya oleh siapa saja, ‘Bagaimana cara nak cepat kaya?’, ‘Ada tak cara mudah buat duit?’ dan banyak lagi soalan yang seangkatan dengan nya. Jawapan nya adalah cara paling adalah jadi anak jutawan. Boleh ke?

Pasti tidak boleh bukan? Kerana bukan pilhan kita untuk dilahirkan sebagai anak jutawan, tapi adalah pilihan kita untuk jadi jutawan atau tidak. Betul tak?

Mengapa saya cakap begitu? ini adalah kerana senang untuk susah, susah untuk senang. Buatlah pilihan kita samaada mahu susah atau mahu senang.

Susah untuk senang - Bukan seperti main monopoly
Susah untuk senang – Bukan seperti main monopoly

Senang Untuk Susah, Susah Untuk Senang

Masih ingatkah kita kepada cerita ‘Mat Jenin’, bagaimana Mat Jenin yang berangan untuk jadi kaya bermula dari panjat kelapa sahaja. Dia mula berangan dapat duit panjat kelapa, dia beli anak ayam. Ayam dah beranak pinak mahu pula, dia beli lembu. Dan berjaya membuka ladang lembu. Tapi sayang beribu kali sayang Mat Jenin berangan atas pokok kelapa akhirnya mati ditimpa kelapa.

Cerita Mat Jenin ini, banyak pengajarannya, kalau dilihat angan Mat Jenin memang cantik dan tersusun elok. Kalau dirangka atas kertas ianya akan menjadi satu kertas kerja perancangan jangka panjang yang cantik. Tapi silap Mat Jenin hanya berangan saja sebelum mula bertindak.

Jika kita lihat cara Mat Jenin, dia ingat senang untuk senang. Tapi hakikatnya memang susah untuk senang, tapi jika kita rajin berusaha memang ianya bukanlah suatu yang mustahil. Jika ada kelapangan, ambillah peluang untuk cari cerita disebalik kejayaan tokoh hebat dunia seperti Abdul Rahman bin Auf ra, Tan Sri Syed Al-Bukhary, Robert Kiyosaki, dan ramai lagi. Baca kisah apa yang mereka lalui untuk berjaya, betapa berlikunya jalan kejayaan.

Kejayaan bukan satu yang mustahil asalkan kita berusaha dan rajin. Boleh juga dapatkan inspirasi dengan membaca blog kegemaran saya HidupRingkas.com

2017 dah melabuhkan tirainya. Dan 2018, langkah baru akan mulakan dengan rentak baru. Sejarah hanya
Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah