Selamat Hari Raya Aidilfitri…. Saya Dah Dapat Duit Raya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku….

Yeahhh…. Esok hari raya. Esok hari raya. Esok hari raya. Dum dam dum dam…. Mercun dah mula berbunyi menggamatkan suasana malam raya. Ceria sungguh suasana meraikan kejayaan kita semua.

Seronok melihat anak kecil bermain berlari-lari ceria sambil bermain bunga api. Berkejar-kejaran mereka bermain. Sungguh ceria bagai dunia milik mereka dan tiada masalah. Ceria sungguh.

Syukur alhamdulillah tahun ni dapat duit raya lagi. Tadi terima emel menyatakan saya menang duit raya. Bertuah sungguh badan terima duit raya di malam raya.

image

Ini lah emel yang saya terima sempena hari raya. Menang duit raya tu. Yeahh… pakcik kaya.

Pada yang masih memandu selamat memandu dengan hati hati. Jangan gopoh gopoh. Memandulah dengan mata dan hati. Memandu dengan cermat.

Oklah… Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin dari DaddyDee.net.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Alhamdulillah saya telah selamat berada di Ipoh, tahun
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sedikit gambar tuan kecil berhari raya pada tahun