Tergoda Dengan Keseksian Nya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku….

Orang tua selalu cakap kalau dah cinta kentut pun wangi, cakap apa pun tak peduli. Orang tua selalu cakap bila dah suka cuka getah pun kata manis. Hebat hebat penangan bila dah angau bukan. Serius ini memang buat saya angau.

Angau zaman bercinta dulu pun tidak sehebat ini. Dulu zaman bujang pun tak begini, tengok awek seksi pun tak tergoda begini. Tak pernah lagi tengok awek, saya tergoda dengan keseksian nya. Tapi sekarang memang tak boleh, tambah yang satu ni memang kalau terlebih seksi hati mudah terpikat.

Kalau mampu memang saya dah ambil dah untuk dijadikan bini no-2,  fuh pasti hidup ini lebih indah. Tiap tiap hari akan saya belai dia dengan penuh kasih sayang. Bangun je pagi akan saya mandikan dia. Malam akan kita berasmara dana, kalau malam Jumaat jangan ceritalah itukan malam sunat.

Saya sudah terpikat sudah tergoda dengan keseksian nya, tahap angau tak sudah dah ni. Memang jadi impian untuk pinang dia untuk bersama saya dalam hidup ini. Pilihan pertama tetap Ducati Monster dan yang terbaru berjaya membuat saya tergoda dengan keseksiannya adalah Yamaha MT-07. Fuhhhhh…Bikin cair hati dan perasaan.

Tergoda Dengan Keseksian Nya
Yamaha MT-07

Bajet 2014 Dan Saya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Bajet 2014 : Bajet terbaik
Bajet 2014 : Bajet terbaik

Bajet 2014 dikatakan ramai bahawa ianya adalah bajet yang terbaik yang dibentangkan, betul ke? Sebab saya lihat ramai yang update pasal Bajet 2014 ni, kalau tak percaya cuba taip keyword Bajet Terbaik 2014.

Bajet 2014, ramai yang bising gula naik sampai 30 sen. Saya pun mengeluh juga, bukan sebab harga gula naik akan menyebabkan saya tidak mampu membeli iPhone 5s, bukan. Kalau saya nak beli saya beli juga iPhone 5s tu, iPhone bukan guna gula pun. Loan kan ada? Banyak bank boleh beri personal loan, apa ada hal?

Cuma akan agak perit la untuk beli air manis di kedai selepas ini, beli air suam je la. Baik untuk seks. Amalan air suam/panas adalah baik untuk seks.

Apa pula bajet 2014 saya? Saya mahu menjadikan 2014 sebagai titik perubahan saya sempena dengan kenaikan harga gula dan harga petrol yang sudah melambung, saya juga perlukan lambungan gaji dan lambungan nilai simpanan jangka panjang saya.

Bajet 2014 : ini realiti
Bajet 2014 : ini realiti

Insyallah, pada 2014 saya akan menamatkan dunia siswa saya buat setakat ini. Kalau ada rezeki akan kembali lagi saya menjadi siswa tapi tidak tahu lagi bila dan dimana. Selepas menamatkan zaman siswa ini harapnya saya boleh memberi lebih tumpuan kepada tugasan lain saya sebagai penulis blog, agen unit amanah dan insyallah satu projek baru yang masih lagi dalam pembikinan.

Harapnya selepas ini saya boleh aktif dalam komuniti blogger seperti Blooggers dan Denaihati Network, harapnya masiha ada ruang untuk penulis amatur seperti saya dnegan 100uv sahaja. Semoga Allah swt akan mengurniakan saya kecergasan badan dan kecerdasan mental untuk terus menulis dan berkongsi idea di medan ini.

Itu adalah antara Bajet 2014 saya. Ok tak macam ni? Saya pun tak tahu ini bajet ke azam. Ada saya kisah? Heheheh…

Tiada orang lain yang akan ubah saya kalau bukan saya sendiri.

Manusia Akan Buat Apa Saja Bila Terdesak

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua…

Semakin banyak kes pembunuhan kejam yang terjadi kebelakangan ini. Kekadang takut untuk keluar seorang diri secara bebas. Nak bagi ‘green light’ untuk orang rumah keluar seorang diri pun gerun.

Bila dah terdesak manusia sanggup buat apa saja?
Bila dah terdesak manusia sanggup buat apa saja?

Dalam minggu ini saja kita dikejutkan dengab beberapa kes pembunuhan kejam. Itu yang kita tahu mungkin masih banyak yang kita tidak tahu sebenarnya berlaku diluar sana.

Kalau diperhatikan memang banyak kes sebegini berlaku di dunia, semuanya kerana, manusia sanggup buat apa saja bila terdesak. Bila sudah terdesak manusia bagai hilang pedoman hilang iman di dada, hidup bagai tiada lagi bertuhan, sanggup lakukan apa jua di luar batasan.

Ada peniaga yang sanggup membakar kedai sendiri untuk tuntut duit insurans. Ada anak yang sanggup bunuh bapa demi untuk dadah. Ada suami yang bunuh isteri sebab judi. Banyak kes lagi. Kalau nak disebut memang terlalu banyak.

Tekanan perasaan membuatkan manusia sanggup buat apa saja.
Tekanan perasaan membuatkan manusia sanggup buat apa saja.

Kajian juga ada menunjukkan semakin hari semakin ramai manusia yang diserang sakit mental dek kerana tekanan perasaan. Tekanan dek kerana masalah kewangan, tekanan dek masalah keluarga dan tekanan dek tempat kerja. Hidup ini memang ada tekanan jadi kita perlu bijak mengendalikan tekanan yang mendatang.

Apapun, semoga kita semua sentiasa diberikan tubuh badan yang sihat dan akal yang waras dan dilindungi oleh Allah swt untuk terus beribadah kepada Nya dan melakukan kerja seharian. Wasalam.

Posted from WordPress for Android

Elemen Kejutan Untuk Eratkan Cinta Kekasih Halal

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Cinta itu memang indah dan membahgiakan terutama mencintai kekasih halal. Kekasih yang halal dicintai, ditatap dan halal segalanya selepas sahnya akad. Memang indah. Tak percaya tanyalah yang dah ada kekasih halal.

Elemen Kejutan - Semua sukakan kejutan
Elemen Kejutan – Semua sukakan kejutan

Pokok yang tumbuh perlu juga dibajai sesekali perlu juga gemburkan tanahnya, siram jangan sesekali dilupa dan pancaran matahari juga. Kesemua elemen perlu dalam memastikan pokok yang ditanam itu subur segar dan mengeluarkan bunga yang cantik dan berseri.

Begitu juga dengan pokok cinta, benih cinta yang telah tersemai perlu dibajai dan disiram dengan kepercayaan, kasih sayang dan rasa hormat barulah ia bertambah mekar harum. Sesekali elemen kejutan juga diperlukan dalam menyemai benih cinta.

Dalam musim perang gadjet yang tengah menggila sekarang ini, mungkin boleh dijadikan gadjet sebagai hadiah. Pembelian gadjet dalam talian seperti dari laman Lazada mungkin boleh dipilih untuk tambahkan elemen kejutan.

Kenapa beli dalam talian? Kenapa tak beli dari kedai dan bungkus serta berikan saja?

Bagi saya, pembelian secara dalam talian menambahkan lagi rasa suspen dan terharu terhadap penerimannya. Sebagai contoh, orang perempuan biasanya pentingkan tarikh, setiap tarikh satu-satu detik indah mereka akan ingat. Cuba bila sampai tarikh itu jangan ucapkan apa-apa dan hadiahkan apa-apa, tetapi menggunakan perkhimatan belian dalam talian seperti Lazada untuk menghantarkan hadiah gadjet yang dibeli ke pejabat pasangan kita. Pasti pasangan kita akan lebih terharu.

Lagi pula, dari apa yang saya perhatikan sesetengah gadjet yang dijual di laman Lazada adalah lebih murah dari harga di kedai. Jadi kenapa nak habiskan minyak kereta di saat harga minyak petrol tengah mahal dan terperangkap dalam kesesakan, kan mudah kalau beli dari dalam talian saja? Bukan gitu?

elemen kejutan - ada ke yang nak hadiahkan saya iPhone5s
elemen kejutan – ada ke yang nak hadiahkan saya iPhone5s

Bayangkan tengah sibuk dengan tugasan di pejabat, tetiba terima bungkusan hadiah gadjet impian yang dikirimkan oleh kekasih halal anda. Pasti akan tersenyum lebar seharian. Kerana terima gadjet impian tidak terduga dengan cara tak terduga.

Harapnya adalah yang sudi untuk hadiahkan iPhone5s untuk saya. Ada tak?