Bangga Dengan Diri Bukan Bangga Diri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

‘Jangan terlalu bangga diri, jangan terlalu rendah diri tapi bersederhana’ dulu agak sukar untuk diri saya memahami apakah maksud ungkapan pesanan ma abah saya ini. Tapi hari-hari yang berlalu yang mematangkan saya membuatkan saya makin faham apakah yang tersirat disebalik ungkapan indah ma abah ini.

Terlalu rendah diri kita mungkin akan dipijak dan akan dipergunakan oleh orang di sekeliling kita demi kepentingan mereka. Terlalu merendah diri menampakkan kita bagai lemah di mata orang lain dan membuatkan kita senang dibuli. KIta ada maruah kita ada harga diri jangan biarkan ia dipijak.

Bangga dengan diri
Bangga dengan diri

Terlalu bangga diri pun tidak boleh, terlalu bangga diri membuatkan orang tidak selesa untuk bersama kita. Tidak selesa mendekati kita. Tidak kurang juga yang berasa bangga diri apabila mereka mencapai satu matlamat hidup mereka. Saya sendiri pernah ditegur oleh seseorang, dia berkata ‘Jangan kau ingat nak tipu aku, aku pun ada ijazah’.

Ijazah, Master atau PhD bukanlah satu ukuran tinggi rendahnya ilmu seseorang, bagi saya ia tidak lebih dari satu sijil tauliah tapi bukan ukuran tinggi ilmu. Sebagai contoh seorang Jurutera muda mungkin tahu mereka bentuk bangunan dan tahu secara teori sifat konkrit, tapi seorang buruh lebih mahir dalam kerja mengikat bata, bancuh simen dan juga sifat simen. Seorang jurutera muda belum tentu boleh anggarkan tinggi dinding tapi buruh boleh. Tak percaya boleh cuba?

Ketinggian ilmu bukan dari sekeping sijil tapi juga betapa dalamnya pengalaman seseorang itu dalam sesuatu bidang. Jadi jangan terlalu bagga diri dengan apa yang kita ada dan memandang rendah pada orang lain disekeliling kita, mereka mungkin akan jadi cikgu kepada kita secara tidak langsung.

Oleh itu, jangan bangga diri tapi bangga dengan diri, bangga dengan apa yang telah kita capai dan sumbangkan kepada masyarakat disekeliling kita. Nikmatilah kenikmatan yang kita capai setiap kali kita memberi manafaat kepada orang lain. Ingat ‘Tak akan hilang bisa ular menyusur akar’.

Jalan terbaik adalah secara bersederhana, insyallah kita akan disenangi oleh semua yang di sekeliling kita.

Inovasikan diri majukan diri

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Bagaimanakan diri kita hari ini? Adakah hari ini kita lebih baik dari semalam atau sama saja? Atau sememangnya kita sama dari dulu sampai sekarang.

Inovasikan diri Majukan diri
Inovasikan diri Majukan diri

Bosan dan malangnya kita jika kita hanya sama dari dulu hingga sekarang. Tiada perubahan tiada peralihan. Sedangkan kita sendiri bosan dengan barang yang sama seperti perabut sama, kereta sama dan lain-lain. Bagaimana orang lain melihat kita yang tiada perubahan? Tidak bosankan mereka disekeliling kita?

Perubahan diri kita bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita untuk majukan diri kita. Ubah diri untuk kepentingan diri kita, untuk kesejahteraan kita, untuk ketenteraman kita. Ubah ubah ubahlah diri.

Kita sering menyebut inovasi? Kita lakukan inovasi dipejabat. Lakukan inovasi dalam ciptaan kita. Tapi pernahkan kita inovasikan diri majukan diri?

Inovasikan diri majukan diri. Dari seorang yamg ego menjadi seorang yang humble. Dari seorang samseng menjadi seorang ustaz. Dari seorang pemalas kepada pemikir hebat. Dari seorang pemarah kepada penyabar.

Ayuh kita inovasikan diri kita untuk memajukan diri, menjadikan hari kita hari ini lebih baik dari semalam. Menjadi seorang manusia yang lebih dekat kepada Allah swt.  Insyallah tiada yang rugi semuanya demi kebaikan kita.

Posted from WordPress for Android

Tetapkan Visi Kita

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian…

Sebelum ini, saya ada membicarakan tentang angan-angan. Angan-angan akan melahirkan satu idea yang kreatif. Tapi sekiranya idea yang kreatif tidak dimanupulasi dengan visi dan misi yang tepat ianya akan menjadi sia-sia. Jadi hari ini, saya ingin berkongsi satu lagi cara saya, iaitu tetapkan visi kita.Tetapkan visi kita secara harian itu lebih baik.

Jalan jaya, kejayaan, kehebatan
We makes our own path of glory.

Dalam hidup kita, kita selalu mendengar istilah VISI dan MISI dalam piagam pelanggan mana-mana orginisasi swasta mahupun kerajaan. Mengapakah perlu ada semua ini? Salah satu tujuannya adalah untuk memotivasikan pekerja dan menyakinkan pelanggan.

Maksud VISI dan MISI

  • Visi – tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan
  • Misi –  tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan

Dalam kehidupan seharian kita pun perlu ada matlamat sebenarnya. Apakah visi kita? Apakah visi kita untuk jangka panjang mahupun jangka pendek?

Sebagai insan yang berwawasan kita pun mesti ada visi kita yang tersendiri. Sebagai contoh :

Contoh 1 : Blogger 

Visi : Ingin Memperolehi Unique Visitor 10,000 per hari dan Mencapai Alexa Rank > 10

Misi :

  1. Membuat entri yang menarik secara konsisten
  2. Pingkan entry ke ping website 
  3. Mengadakan kontest menarik untuk menambahkan jumlah backlick

Contoh 2 : Suri Rumah Tangga 

Visi : Membuatkan Suami Bertambah Sayang

Misi :

  1. Memasak makanan kegemaran suami
  2. Menjaga tutur kata ketika bertutur
  3. Sentiasa membuatkan suami tersenyum
  4. Menghormati suami serta menerima seadanya
  5. Menyayangi suami seikhlas hati

Contoh 3 : Site Supervisor

Visi : Memastikan Project Sentiasa Maju 10% dari Perancangan

Misi :

  1. Memastikan pekerja bekerja dengan efisien
  2. Penggunaan masa yang terancang, teratur dan mengikut perancangan
  3. Setiap pekerja mesti tahu visi mereka pada hari itu
  4. Meningkatkan produktiviti kerja
  5. Sentiasa peka dengan perubahan cuaca
Pilhan kita, pilih mana satu
Failure or Success, you decide??
Sebenarnya, dalam kehidupan seharian sebolehnya kita mestilah mempunyai VISI HARIAN. Tidak kira samaada kita berkerja ataupun belajar, tetapkan visi harian kita setiap awal pagi ataupun sebelum tidur. Tetapkan apakah yang ingin kita capai pada penghujung hari keesokan harinya.
Dengan penetapan visi harian ini, hari kita tidak akan terasa kosong. Dan kehidupan kita akan teras lebih terisi dan terancang. Setiap detik yang kita lalui pasti kita akan rasa lebih berharga.
Entri ini bukan menegur orang lain, tapi diri saya sendiri juga. Dahulu, saya sering datang kerja dengan kepala yang kosong tanpa matlamat. Saya akan ‘follow the flow’. Pergi kerja dan balik kerja. Saya tidak tahu apa yang saya capai pada hari tersebut. Tiada ertinya. Waktu 8 hingga 5 saya bagaikan tiada pengisiannya. 
Tapi kini, saya mula merangka apakah yang ingin saya capai pada jam 5 petang nanti seawal pagi. Dan Alhamdulillah, masa saya lebih terisi dan tiada waktu-waktu lompong. Pengisian yang baik dapat memberikan saya satu kepuasan selepas menghabiskan 8jam di pejabat. Saya juga merasakan diri saya lebih berguna dan mampu memberi manafaat pada orang lain.
The path of glory is yours. Ayuh tetapkan visi kita, biar hidup lebih berisi.

Perkongsian ini hanyalah penceritaan pengalaman saya. Tidak lebih dari itu. Tiada langsung niat untuk menyakitkan hati sesiapa. Moga-moga perkongsian kali ini memberi manafaat pada kepada semua.

Sekian terima kasih

Buku Jutawan – Untuk Jutawan Saja Ke??

Assalamualaikum dan Salam 1Inspirasi buat semua sahabat….

Hal ini terjadi dua tiga minggu lepas, di MPH Bookstore, Mid Valley. Ketika itu saya sedang membelek buku-buku di bahagian pengurusan, dan adalah buku-buku jutawan di bahagian tersebut. Masa saya menyelak satu buku berkenaan pelaburan saham, datang dua orang perempuan Melayu. Dan saya dengan perbualan mereka :

“Ini buku-buku jutawan saja ni. Dah kita kesebelah sana, sini untuk orang yang nak jadi jutawan saja. Kita nak cari buku exam kan?”

Lalu mereka bergerak ke bahagian sebelah, dan saya lihat mereka membelek buku Tips Lulus Ujian kalau tak silap. Mungkin mereka ni nak ambil ujian untuk kemasukan ke sektor awam.

Sentap hati daddydee bila dengar mereka kata buku tu untuk jutawan je, pasal daddydee pun orang makan gaji je. 

Tamat disitu.

Menangi pelbagai hadiah menarik dari Ambank.

Jadilah yang pertama memiliki iPhone5. 

————————————————————————————

Jutawan menurut definisi dari Kamus Dewan adalah bermaksud orang yang mempunyai wang (harta benda) yang jumlahnya (nilainya) berjuta-juta ringgit.

Dalam dunia ini, semua orang mahu jadi jutawan. Daddydee pun mahu jadi jutawan. (Kalau rezeki, insyallah) Semua orang mahukan wang yang banyak, yang berjuta-juta. Hidup mewah dan kaya raya mesti impian semua orang. Ramai sangat orang yang suka kalau dapat jadi kaya, dapat jadi jutawan.

jutawan,
Mungkin beginilah rupa wang yang berjuta-juta.

Siapa tak mahu jadi jutawan angkat tangan? Mesti kalian tipu kan.

Jom kita buat duit tabung.

HyppeTV….Memang hype.

Internet terlaju di Malaysia

Kalau tak ramai yang mahu jadi jutawan tiadalah orang yang kena tipu dek skim cepat kaya, tiadalah orang yang kena tipu dek saham internet, tiadalah orang yang kena tipu dek MLM dan bermacam-macam skim lagilah. Sebab ramai yang nak jadi jutawan lah, banyak skim penipu yang di buat.

Dan bila pasal skim ini biasanya kita akan dibutakan mata dek kereta mewah seperti BMW mata setan, Mercedes mata belalang, AUDI R3, Nissan Skyline dan pelbagai lagi. Dan gambar wajib dalah berdiri depan kereta mewah tersebut ataupun berdiri tepi pintu kereta mewah terbut. Dan biasanya no pendaftaran akan di hitamkan. (Kenapa?? Wallahualam…) Mungkin itu kereta mereka dan mungkin juga bukan. Kalau pun kereta mereka, dah habis loan ke? Kalau beli cash daddydee, tabik mereka. Terutama yang MLM ni.

Kalau tak ramai nak jadi jutawan, tiadalah buku-buku, ebook-ebook dan seminar panduan jutawan begitu banyak ditulis. Saya pun ada membeli beberapa buah buku jutawan dan juga ebook AbangEnsem.

Sebenarnya buku, ebook atau seminar jutawan ini bukan untuk jutawan tapi untuk kita semua yang ingin berubah. Membaca buku, ebook dan seminar itu tidak akan membuat kita menjadi jutawan. Buku itu tidak mengajar kita secara A to Z tentang cara untuk menjadi jutawan. Tetapi buku tersebut ditulis untuk panduan kita, sebagai panduan kita. Memberikan kita idea untuk berfikir dengan lebih jauh dan lebih positif. Bukan hanya terperap dalam minda yang sama kelompok yang sama.

Sebenarnya bila kita duduk dalam keadaan yang terlalu selesa dan tidak ingin berubah, itulah menyebabkan diri kita tidak maju. Orang yang berjaya selalu merancang apa yang mereka akan lakukan dan lakukan apa yang mereka rancang. Walk the Talk and Never talk, wait and see.

Tapi ingat, tiada jalan mudah untuk menjadi jutawan.

 Samsung S3 Murah…Murah…

PS: Teringin masuk kelas seminar hebat seperti Dr Azizan.