Port Makan Best Di Kuantan: Warung Ceri Jalan Beserah

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Warong Pokok Ceri Jalan Beserah Kuantan adalah satu lagi Port Makan Best Di Kuantan. Kalau dulu saya pernah ceritakan pasal Nasi Minyak Mak Long Tanjung Api, kali ini pula Nasi Minyak Pokok Ceri, Warung Ceri Beserah.

Kenapa asyik nasi minyak?

Buat yang tidak biasa dengan area Kuantan, nak cari sarapan Roti Canai agak susah juga. Terutama roti canai tangan orang Melayu. Dan kat sini memang popular dengan Nasi Minyak dan Nasi Lemak sebagai sarapan pagi. Yang lain lain pun ada cam Pulut Kuning, Nasi Kerabu, Nasi Dangang (ni susah juga) tapi kena pandai lah mencari port yang betul.

image
Memang Di Sini Selalu Ramai Baik Hujung Minggu mahupun Hari Kerja

Tinggal di Kuantan ni bukan satu masalah bagi saya yang asal dari Kelantan. Memang taste makanan hampir sama je. Senang nak cari yang kena dengan selera. Hahaha…

Silap hari bulan tinggal lama di Kuantan boleh montel beb. Banyak port makan best di Kuantan ni.

Nasi Minyak Lauk Kambing
Nasi Minyak Lauk Kambing

Kalau pergi ke Warung Ceri kegemaran saya adalah Nasi Minyak Lauk Kambing. Perghh… Masa taip ni pun meleleh air liur.

Apa yang best nya?

Nasi minyak kena pula dengan daging kambing yang memang lembut sangat. Isi tak melekat pada tulang. Kuahnya pula memang secukup rasa. Lemak, masin dan manis memang cukup rasanya.

Tambah pula dengan sambal belacan yang berapi dan acar timun.

image

Makan sepinggan memang tak cukup rasa. Memang nak berpinggan-pinggan kalau boleh. Hahaha…

Memang sedap nasi minyak kambing kat sini. Memang kegemaran saya.

Harga pun tak lah mahal RM10.50 nasi minyak lauk kambing dan kopi tarik. Not bad.

Saya siap repeat beberapa kali sarapan di sini. Memang Warung Ceri Jalan Beserah antara Port Makan Best Di Kuantan.

Yang lagi best, aneka kuih muih juga jual di sini. Bagi yang ada kesempatan turun ke Kuantan singgahlah sarapan di sini. Memang menjamu perut.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Sebut saja Burger Bakar yang Best di Kuantan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Mak Long Corner No
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Balik dari Pekan sempat lagi kami menyinggah untuk
Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sebut saja port makan best di Kuantan, Tanjung

Port Makan Best Di Kuantan: Burger Bakar Boss

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Sebut saja Burger Bakar yang Best di Kuantan pasti akan terbayang Burger Bakar Boss. Sememangnya menjadi tumpuan bagi orang orang Kuantan.

Kebetulan teringin sangat nak merasa Burger Bakar, saya mencari Deen Burger Bakar pada mulanya tapi lokasi telah berpindah jadi saya pergi ke Burger Bakar Boss lagi pun lokasinya memang dekat dengan Oasis Gym tempat saya melepaskan geram.

20150613_212256
Susun atur yang menarik dan best

Masuk saja ke Burger Bakar Boss terpampang dekorasi kedai yang menarik dan best untuk melepak. Patutlah Burger Bakar Boss mendapat nama antara Port Makan Best Di Kuantan.

Suasana kedai pun best untuk lepak dengan kawan-kawan kalau ada mini gathering ke meeting ke event ke memang amat sesuai.

Hari saya pergi ke sini, agak malang juga sebab tidak dapat merasa menu daging kerana hanya ada ayam saja.

Ayam pun ayam lah. Dah tak de rezeki nak makan buger daging bakar. Saya mencuba Hawaian Chicken.

Hawaiian Chicken
Hawaiian Chicken

Rasanya agak menarik la. Bila makan burger ini saya teringat Wakiki Burger dari KFC suatu ketika dulu tapi yang ini lebih sedap rasanya.

Dari segi harga pun boleh lah. Boleh cuba lagi lain kali bila ke Kuantan.

Yummy Burger Nya
Yummy Burger Nya

Bagi yang mencari Port Makan Best Di Kuantan bolehlah mencuba:

Burger Bakar BOSS
A23, Lorong Tun Ismail 10
25300 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Malaysia.
Tel: (+609) 558 1108

Bagi yang nak mencari Port Makan Best Di Kuantan:

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Warong Pokok Ceri Jalan Beserah Kuantan adalah satu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Mak Long Corner No
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Balik dari Pekan sempat lagi kami menyinggah untuk
Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sebut saja port makan best di Kuantan, Tanjung

Port Makan Best Di Kuantan: Mak Long Corner Tanjung Api

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Mak Long Corner No 7 Tanjung Api
Mak Long Corner No 7 Tanjung Api

Ahad lepas, sebab saya tidak balik ke Kuala Lumpur sebab ada hal yang perlu saya selesaikan di Kuantan, saya menerjah ke kawasan Tanjung Api untuk cari sarapan pagi.

Untuk makluman, Tanjung Api memang terkenal dengan sarapan pagi, Nasi Minyak. Di Kuantan, tak perlu tunggu kenduri nak makan nasi minyak setiap pagi boleh di dapati. Hehehe…

Pagi itu, saya mencuba Mak Long Corner kedai berdepan dengan pasar basah Tanjung Api. Alamat dia Mak Long Corner, No. 7, Tanjung Api, Kuantan. 

Sampai di kedai tengok dah ramai pelanggan di kedai, ramai yang makan bersama keluarga. Almaklumlah hari cuti, masa untuk menjamu selera dengan anak isteri. Bestnya kalau ada isteri dan anak-anak makan bersama masa ni.

Pelanggan yang sedang makan dan menunggu makanan
Pelanggan yang sedang makan dan menunggu makanan

Walaupun kedai ni tak sebesar mana, tak semewah Starbuck atau McDonalds dia punya dekorasi tapi pelanggan memang tak putus-putus keluar masuk kedai. Ada yang bungkus ada yang makan di kedai.

Saya order nasi minyak dengan nescafe tarik. Seperti biasa saya dan caffien terpisah tiada. Setiap pagi mesti kena segelas nescafe tarik baru boleh buat kerja.

Nasi Minyak Mak Long yang bakal menjadi mangsa
Nasi Minyak Mak Long yang bakal menjadi mangsa
Kena betul rasa nasi minyak dengan sambal nya
Kena betul rasa nasi minyak dengan sambal nya

Makanan dan minuman yang di order tak perlu tunggu lama untuk dapat. Sekejap saja makanan dah sampai. Dah sedia untuk dilahap. Hahaha…

Buat Pertama kali, mencuba nasi minyak Mak Long ni. Memang terangkat beb. Terasa kuah rempah dan ayam memang masak sempurna. Memang sedap kena dengan anak tekak saya. Sambal pun sedap sedap rasa tak pedas sangat. Sepinggan nasi habis memang cepat je rasa. Rasa nak tambah lagi… (Behave)

Memang sedap, memang ini bukan jadi kali terakhir saya ke Mak Long Corner Tanjung Api ni. Lepas raya kita repeat lagi.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Warong Pokok Ceri Jalan Beserah Kuantan adalah satu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Sebut saja Burger Bakar yang Best di Kuantan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Balik dari Pekan sempat lagi kami menyinggah untuk
Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sebut saja port makan best di Kuantan, Tanjung

Port Makan Best Di Kuantan: Gerai Mokna Tanjung Lumpur

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Balik dari Pekan sempat lagi kami menyinggah untuk makan petang sekejap di Gerai Mokna, Tanjung Lumpur. Almaklum lah dari pagi menghadap Inspection kat site sampai nak makan pun tak sempat.

Pelanggan beratur memilih makanan di Gerai Mokna
Pelanggan beratur memilih makanan di Gerai Mokna

Lama sudah tahu pasal Gerai Mokna ni antara Port Makan Best Di Kuantan tapi kali ini baru sempat mencuba dan menyinggah kat sini.

Sampai di Gerai Mokna memang kelihatan sudah penuh kereta parking di sekeliling Gerai Mokna. Ramai juga orang datang mungkin semua sudah balik dari kerja sebab jam sudah menunjukkan jam 5.15 petang.

Sata pun ada di Gerai Mokna
Sata pun ada di Gerai Mokna

Kami dapat parking bahagian belakang kedai. Masuk saja kedai kelihatan sata mula terfikir setanding tak sata Mok Na dengan Sata Che Wan, Kuala Kemaman?

Pada mulanya saya ingatkan Mok Na ni menjual kuih-kuih tradisional, memang dah target dalam kepala untuk sebat Akok kalau ada. Tapi meleset tiada akok di situ.

Rupanya Gerai Mokna Tanjung Lumpur ni konsep dia ala-ala ICT di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. ICT = Ikan Celu Tepung.

Cuma bezanya di Teluk Ketapang makan seafood celup tepung menghadap laut di sini ia menghadap jalan raya.

Ni yang kami terjah
Ni yang kami terjah

Saya macam biasa pantang jumpa keropok lekor, itu yang jadi sasaran utama. Tapi keropok lekor agak kecewa sebab banyak tepung dari ikan. Sempat juga merasa Udang Celup Tepung dan Ikan Kembung Celup Tepung – boleh tahan rasanya terasa ‘fresh’ nya ikan dan udang.

Untuk sata, memang tak boleh lawan Sata Che Wan, Kuala Kemaman yang memang terasa lemak, manis santan dan ikan yang digunakan. Sata Mokna kurang lemak dan agak kering. Ya lah, harga sata Mokna pun lebih murah dari Sata Che Wan.  Bolehlah lepas gian nak makan sata.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Warong Pokok Ceri Jalan Beserah Kuantan adalah satu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Sebut saja Burger Bakar yang Best di Kuantan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Mak Long Corner No
Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sebut saja port makan best di Kuantan, Tanjung

Port Makan Best Di Kuantan: Santai Restoran & Kafe Tanjung Lumpur

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sebut saja port makan best di Kuantan, Tanjung Lumpur pasti menjadi sebutan. Tanjung Lumpur memang sinonim sebagai port makan antara yang terbaik di Kuantan, baik dari segi harga mahupun rasa dan pilihan dari kuih muih, udang celup tepung, ikan bakar sampailah ke tomyam. Memang banyak port makan terbaik boleh di pilih.

Restoran & Kafe Santai Tanjung Lumpur

Kali ini, saya memilih untuk menjamu selera di Restoran & Kafe Santai Tanjung Lumpur, bersama dengan sahabat jauh, Mr Palmarum dari Bandung, Indonesia. Dari jauh turun ke Kuantan kerana kerja beliau, jadi di kesempatan yang ada saya bawa ke tempat yang istemewa ini.

Motto restoran ini iaitu ‘Tenang, Damai, Menyelerakan’ bagi saya adalah amat tepat sekali. Melangkah saja masuk ke dalam kawasan restoren pasti kagum dengan konsep yang dibuat, pelbagai tempat makan boleh pilih samaada nak makan atas pondok buluh, dalam batu, gazebo, atas meja batu dan macam-macam lah.

Santai Restoren & Cafe
Santai Restoren & Cafe
20150515_224149

Konsep di dalam Restoran & Kafe Santai Konsep di dalam Restoran & Kafe Santai

Menu pun ada banyak pilihan yang boleh di buat dari ikan bakar, dan aneka masakan tom yam. Mr Palmarum memilih untuk order Mee Celup manakala saya memilih nasi putih bersama kari hijau (green curry  – bukan mak kau hijau ya.) dengan udang goreng butter. Bersama minuman cuppacino untuk Mr Pal dan necafe tarik untuk saya.

Bersembang dan bertukar buah fikir tidak sampai 15 minit makanan yang kami order sampai. Mungkin orang pun tak ramai lagi masa ini. Boleh katakan servis mereka agak cekap.

Mr. Pal mencuba terlebih dahulu Mee Celupnya. Terus dia memuji. Kata memang sedap dan kena dengan seleranya. Antara yang terbaik pernah di rasanya.

Mr Pal menjadi model Mee Celup
Mr Pal menjadi model Mee Celup

Saya pula mencuba Kari Hijau – memang sedap terasa lemak santan dan pedas yang ala-ala saja. Tidak terlalu pedas dan memang sedap. Memang membuatkan saya menghirup kuahnya.

Udang goreng butter pula memang terasa udang yang mereka guna masih lagi segar. Terasa juicy. Telur goreng dengan butter dia pun sedap. Cuma sedikit terasa manis. Mungkin mereka gunakan susu.

Kari Hijau yang sedap
Kari Hijau yang sedap
Udang Goreng Butter yang terasa fresh udang nya
Udang Goreng Butter yang terasa fresh udang nya

Secara keseluruhan, memang kena dengan selera saya. Rasa makanan dan suasana memang sangat mendamaikan. Sesuai dengan namanya ‘Santai’ memang menjamu selera dengan santainya pada malam itu.

Harga makanan pun bagi saya tidak terlalu mahal. Total makanan yang kami order RM 31.50. Dengan harga yang memuaskan, suasana yang mendamaikan, menu yang menyelerakan memang antara port makan best di Kuantan.