Tag Archives: manusia

Membesarkan Anak Membentuk Kesabaran

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

‘Nanti dah besar, dah ada anak, tahulah kamu.’ itu selalu ma cakapkan dulu, bila saya marahkan adik atau tidak pedulikan adik. Ya, kini saya faham apa maksud ma itu dulu, membesarkan anak memang memerlukan kesabaran dan anak membentuk kesabaran dalam diri saya.

anak membentuk kesabaran

Permata hati hidupku

Saya akui saya bukan seorang anak dan bapa yang baik, saya seorang yang panas baran. Tapi alhamdulillah, hasil dari bimbingan dan sokongan isteri ianya beransur kurang. Dan bila sudah mempuyai anak, anak mebentuk kesabaran saya. Dari anak seorang sehingga anak dua.

Cabaran membesarkan anak memang besar dan satu nikmat yang hebat. Mereka yang pernah laluinya pasti tahu perasaannya. Melihat anak tersenyum gembira, teletah mereka, kerenah mereka menghilangkan sejuta masalah dalam kepala. Nikmat tidak terhingga sebenarnya dan membentuk jati diri saya juga.

Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat sabar ini dan terima kasih kepada Isteri dan Anak-Anak yang banyak membentuk diri saya sekarang ini. Tanpa mereka urusan ini lebih sukar.

Saya sentiasa berdoa agar sifat sabar ini akan kekal dalam diri saya. Hanya dengan bantuan dari Allah swt sajalah semua ini boleh terjadi, tiada apa yang dapat menghalangnya.

Semoga nikmat sabar ini akan kekal dalam diri saya.

Konflik Diri Part 2 – Berperang Dengan Diri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Berperang dengan diri - Jadilah diri sendiri

Berperang dengan diri – Jadilah diri sendiri

Entri ini adalah rentetan entri sebelum ini Konflik Diri Part 1, bersangkutan dengan email dari seorang pembaca blog saya. Saya sebenarnya bukan pakar motivasi, pakar psikologi atau pakar segala pakar, saya masih lagi seorang manusia yang masih lagi belajar. Belajar hingga akhir nyawa.

Saya tidak kenal akan pengirim email ini, jadi apa yang saya simpulkan di sini mungkin kurang tepat, apa yang boleh saya simpulkan apa masalah sebenar adalah diri sendiri. Konflik diri yang paling sukar adalah apabila kita berperang dengan diri sendiri. Musuh utama kita adalah diri.

Diri Sendiri adalah Musuh Sebenar

Apa yang membuatkan diri kita memotivasikan diri kita? Adakah dengan menghadiri ceramah motivasi dari pakar motivasi terkenal seperti Nick Vujicic? Adakah ianya akan mengubah 100% persepsi minda kita? Jika ya, anda adalah manusia hebat.

Kalau tanya saya tidak, mereka semua tidak boleh mengubah diri kita tapi diri kita sendiri, hanya kita boleh mengubah diri kita ke arah yang baik atau buruk, mana saja yang kita pilih, mana yang kita mahu.

Berperang dengan diri

Berperang dengan diri

Walaupun kita telah membayar beribu untuk memotivasikan diri dan membeli pelbagai buku untuk memotivasikan diri, kekadang tiada langsung kesan. Hanya bersemangat seketika saja, sesetengah orang sesatu ceramah hanya melekat tidak sampai seminggu. Hanya hilang begitu saja. Kenapa? Kerana tiada inisiatif dalam diri untuk mengubah diri sendiri.

Sebab itu saya katakan, diri sendiri adalah musuh diri kita. Jika kita berjaya mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri kita, kita akan berjaya, berjaya untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Apa bila kita kenal siapa diri kita, kita pasti tidak akan mempedulikan lagi apa yang akan diperkatakan oleh orang lain kerana kita lebih kenal siapa diri kita. Apapun celaan, cacian atau makian malah pujian yang mendatang tidak akan sekali akan melemahkan diri kita kerana kita tahu siapa kita.

Kenapa orang lain mencela, memaki atau mencaci kita? Kerana kita lebih baik dari mereka, tidak perlu kita membalasnya. Mereka sebenarnya dengki dan cemburu dengan diri kita kerana kita lebih baik dari mereka sebab itu mereka menghambur kata kesat kepada kita. Jadi persetankan mereka semua. Kamu adalah kamu.

Berperang dengan diri, untuk menjadikan kamu yang lebih baik. Mengenal diri kamu yang sebenar dan kembalilah kepada Allah swt

Bangga dengan diri sendiri bukannya bangga diri.

Secawan Kopi Peneman Setiap Hari

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Hidup saya memang saya jadikan secawan kopi jadi peneman setiap hari, sehari tak minum kopi rasa tak lengkap. Dari zaman bujang hingga ke zaman sudah beranak isteri, kopi tetap menjadi peneman setia saya setiap hari. Saya pun tidak tahu bagaimana ianya bermula.

Walaupun, MILO menggunakan motto ‘Minum MILO Jadi Sihat dan Kuat’, kopi juga pilihan utama saya setiap hari. Kadang kala boleh lah minum MILO tapi bukan selalu. Kopi memang saya tidak boleh tinggal. Mesti minum walaupun dimana saya pergi. Tak dapat yang fresh dapat yang dalam tin pun jadilah.

Saya juga sekarang ini suka mencuba pelbagai jenis kopi. Kemana saja saya pergi dan jika kelihatan ada perisa baru kopi yang menarik pasti saya akan mencuba. Secawan kopi memang akan jadi pilihan saya. Gian? Mungkin juga gian.

Jika kedai yang saya pergi gagal sediakan kopi yang sedap pun boleh membuatkan saya ban kedai tersebut. Kalau pergi pun saya akan order air sirap atau air suam saja.

Teh? Saya kurang sikit minum teh kat kedai. Kalau teh-o kat rumah saya akan minum. Teh bukan pilihan utama saya. Walaupun saya ajak atau diajak minum teh atau ngeteh, saya tetap minum kopi, bukan teh.

Secawan Kopi Penenman Setia

Secawan Kopi Penenman Setia

Masa tengah kecamuk kepala dengan pelbagai assignment untuk disiapkan sebelum peperiksaan ini, secawan kopi akan jadi peneman tidak kira pagi petang siang malam. Kopi diperlukan saya untuk peneman, masa cari ilham untuk assigment kopi teman saya sebab saya bukan perokok. Apa pula peneman sahabat sekalian?

Inovasikan diri majukan diri

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Bagaimanakan diri kita hari ini? Adakah hari ini kita lebih baik dari semalam atau sama saja? Atau sememangnya kita sama dari dulu sampai sekarang.

Inovasikan diri Majukan diri

Inovasikan diri Majukan diri

Bosan dan malangnya kita jika kita hanya sama dari dulu hingga sekarang. Tiada perubahan tiada peralihan. Sedangkan kita sendiri bosan dengan barang yang sama seperti perabut sama, kereta sama dan lain-lain. Bagaimana orang lain melihat kita yang tiada perubahan? Tidak bosankan mereka disekeliling kita?

Perubahan diri kita bukan untuk orang lain tapi untuk diri kita untuk majukan diri kita. Ubah diri untuk kepentingan diri kita, untuk kesejahteraan kita, untuk ketenteraman kita. Ubah ubah ubahlah diri.

Kita sering menyebut inovasi? Kita lakukan inovasi dipejabat. Lakukan inovasi dalam ciptaan kita. Tapi pernahkan kita inovasikan diri majukan diri?

Inovasikan diri majukan diri. Dari seorang yamg ego menjadi seorang yang humble. Dari seorang samseng menjadi seorang ustaz. Dari seorang pemalas kepada pemikir hebat. Dari seorang pemarah kepada penyabar.

Ayuh kita inovasikan diri kita untuk memajukan diri, menjadikan hari kita hari ini lebih baik dari semalam. Menjadi seorang manusia yang lebih dekat kepada Allah swt.  Insyallah tiada yang rugi semuanya demi kebaikan kita.

Posted from WordPress for Android

Up And Down

Assalamualaikum buat semua saudaraku…

Apa khabar semua saudara ku? Sihat sejahtera bahagia senantiasa hendaknya buat semua.

Up and down, begitulah hidup ini tidak selalunya kita di atas dan tidak selalunya kita di bawah, tepulang pada usaha dan rezeki kita. Dalam berblog juga begitu, ‘up and down’ adalah satu lumrah. Blog saya jarang sekali ‘up’ selalu saja ‘down’, inilah kalau jenis yang mudah hilang fokus dan selalu ke laut saja kosentrasi nya. Jangan contohi hal begini.

Ini teletah tuan kecil saya yang ‘up and down’ mengikut irama air pancut. Dah semakin membesar tuan kecil saya makin banyak ragam yang menghiburkan kami sekeluarga. Semoga anakku membesar menjadi anak yang soleh.

Tak Malu Pada Allah swt, Malulah Pada Manusia

Assalamualaikun dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku…

Bulan Ramadhan sudah masuk ke fasa kedua, sudah masuk minggu ketiga kita berpuasa. Pagi tadi (Ahad) sempat ke pasar Chow Kit membeli sedikit barang dapur, jalan sudah mula sesak, ramai keluar pagi. Balik dari Chow Kit lalu depan SOGO, penuh manusia sudah mula duduk bertenggek pada jam 9.30 pagi depan SOGO dan sekitar Jalan TAR. Awal sungguh mereka semua keluar untuk membeli belah.

Kita tinggalkan cerita SOGO, Chow Kit dan Jalan TAR, kita berbalik kepada tajuk iaitu ‘Kalau Tak Malu Pada Allah swt, Malulah pada Manusia’. Tajuk ini mungkin akan ada yang tempelak blog ini, dipersilakan, berblog kita harus terbuka, bukan begitu?

tak puasa,

Puasa jangan tak puasa. (Sumber : google.com)

Dulu, semasa bujang selalu juga terserempak dengan mat rempit yang selamba menghisap rokok atas motosikal. Kalau semasa motosikal bergerak mungkin orang tak nampak sangat, tapi ini dekat lampu isyarat merah pun dengan selamba menghisap rokok tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Sekarang, sejak tinggal di flat ini, pelbagai rencah dan ragam manusia yang saya jumpa dan temui. Yang muda remaja, yang sihat tubuh badannya, tanpa segan silu menghisap rokok dibawah flat.

Yang lagi teruk, adalah ada sebuah warung yang berdekatan dengan flat ini yang menjadi port untuk orang tidak berpuasa. Selama ini saya lalu depan warung ini rasa agak janggal kenapa tuan kedai berniaga di siang hari. Dan yang lagi peliknya bila berniaga dalam selimut. Setiap ceruk penjuru kedai ditutup.

Petang tadi tergerak hati untuk mengintai ke dalam warung tersebut semasa naik motosikal untuk membeli juadah berbuka puasa. Mengucap panjang saya. Terkejut juga. Bila kelihatan bukan dua tiga orang tapi hampir sepuluh orang dalam warung itu dengan selamba menghisap rokok sambil minum. Kalau umur setahun jagung tak mengapa, ini umur taraf ayam pencen dah semua. Semuanya saya jangkakan dalam lingkungan 30-an hingga 50-an. Sedarlah, malulah pada manusia lain kalau tak malu pun pada Allah swt.

Dalam usia yang rumah kata pergi, kubur melambai-lambai menjemput kita. Masih lagi enggan melakukan ibadah puasa. Ya Allah, apa sudah jadi? Sepatutnya merekalah yang menjadi contoh tauladan yang baik. Bukannya contoh yang buruk kepada remaja. Tak hairan jika anak-anak mereka tidak berpuasa kerana bapanya pun tidak berpuasa. Oh Dunia…

Selama ini, aku hormat juga peniaga warung tersebut yang berumur 50-an, pernah juga aku menjadi pelanggannya. (Bukan bulan Ramadhan). Beliau adalah seorang lelaki yang berkopiah semasa berniaga. Tapi siapa sangka beliau lah juga yang menghidangkan air untuk orang yang tidak berpuasa. Rosak anak bangsa.

Minta maaf pakcik, saya sudah hilang hormat pada pakcik dan kawan-kawan. Kalau pun tidak puasa, makan dan minum lah dalam rumah. Tak perlu nak tunjukkan pada orang lain. Tak perlu berasa bangga kerana tidak puasa. Kalau pun, pakcik-pakcik tidak malu kepada Allah swt, malulah kepada manusia sekeliling.

Saya mendoakan agar Allah swt akan membuka pintu hati mereka semua sebelum Allah swt menarik kembali nikmat sihat daripada mereka.

Posted with WordPress for BlackBerry.