Up And Down

Assalamualaikum buat semua saudaraku…

Apa khabar semua saudara ku? Sihat sejahtera bahagia senantiasa hendaknya buat semua.

Up and down, begitulah hidup ini tidak selalunya kita di atas dan tidak selalunya kita di bawah, tepulang pada usaha dan rezeki kita. Dalam berblog juga begitu, ‘up and down’ adalah satu lumrah. Blog saya jarang sekali ‘up’ selalu saja ‘down’, inilah kalau jenis yang mudah hilang fokus dan selalu ke laut saja kosentrasi nya. Jangan contohi hal begini.

Ini teletah tuan kecil saya yang ‘up and down’ mengikut irama air pancut. Dah semakin membesar tuan kecil saya makin banyak ragam yang menghiburkan kami sekeluarga. Semoga anakku membesar menjadi anak yang soleh.

Tak Malu Pada Allah swt, Malulah Pada Manusia

Assalamualaikun dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku…

Bulan Ramadhan sudah masuk ke fasa kedua, sudah masuk minggu ketiga kita berpuasa. Pagi tadi (Ahad) sempat ke pasar Chow Kit membeli sedikit barang dapur, jalan sudah mula sesak, ramai keluar pagi. Balik dari Chow Kit lalu depan SOGO, penuh manusia sudah mula duduk bertenggek pada jam 9.30 pagi depan SOGO dan sekitar Jalan TAR. Awal sungguh mereka semua keluar untuk membeli belah.

Kita tinggalkan cerita SOGO, Chow Kit dan Jalan TAR, kita berbalik kepada tajuk iaitu ‘Kalau Tak Malu Pada Allah swt, Malulah pada Manusia’. Tajuk ini mungkin akan ada yang tempelak blog ini, dipersilakan, berblog kita harus terbuka, bukan begitu?

tak puasa,
Puasa jangan tak puasa. (Sumber : google.com)

Dulu, semasa bujang selalu juga terserempak dengan mat rempit yang selamba menghisap rokok atas motosikal. Kalau semasa motosikal bergerak mungkin orang tak nampak sangat, tapi ini dekat lampu isyarat merah pun dengan selamba menghisap rokok tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Sekarang, sejak tinggal di flat ini, pelbagai rencah dan ragam manusia yang saya jumpa dan temui. Yang muda remaja, yang sihat tubuh badannya, tanpa segan silu menghisap rokok dibawah flat.

Yang lagi teruk, adalah ada sebuah warung yang berdekatan dengan flat ini yang menjadi port untuk orang tidak berpuasa. Selama ini saya lalu depan warung ini rasa agak janggal kenapa tuan kedai berniaga di siang hari. Dan yang lagi peliknya bila berniaga dalam selimut. Setiap ceruk penjuru kedai ditutup.

Petang tadi tergerak hati untuk mengintai ke dalam warung tersebut semasa naik motosikal untuk membeli juadah berbuka puasa. Mengucap panjang saya. Terkejut juga. Bila kelihatan bukan dua tiga orang tapi hampir sepuluh orang dalam warung itu dengan selamba menghisap rokok sambil minum. Kalau umur setahun jagung tak mengapa, ini umur taraf ayam pencen dah semua. Semuanya saya jangkakan dalam lingkungan 30-an hingga 50-an. Sedarlah, malulah pada manusia lain kalau tak malu pun pada Allah swt.

Dalam usia yang rumah kata pergi, kubur melambai-lambai menjemput kita. Masih lagi enggan melakukan ibadah puasa. Ya Allah, apa sudah jadi? Sepatutnya merekalah yang menjadi contoh tauladan yang baik. Bukannya contoh yang buruk kepada remaja. Tak hairan jika anak-anak mereka tidak berpuasa kerana bapanya pun tidak berpuasa. Oh Dunia…

Selama ini, aku hormat juga peniaga warung tersebut yang berumur 50-an, pernah juga aku menjadi pelanggannya. (Bukan bulan Ramadhan). Beliau adalah seorang lelaki yang berkopiah semasa berniaga. Tapi siapa sangka beliau lah juga yang menghidangkan air untuk orang yang tidak berpuasa. Rosak anak bangsa.

Minta maaf pakcik, saya sudah hilang hormat pada pakcik dan kawan-kawan. Kalau pun tidak puasa, makan dan minum lah dalam rumah. Tak perlu nak tunjukkan pada orang lain. Tak perlu berasa bangga kerana tidak puasa. Kalau pun, pakcik-pakcik tidak malu kepada Allah swt, malulah kepada manusia sekeliling.

Saya mendoakan agar Allah swt akan membuka pintu hati mereka semua sebelum Allah swt menarik kembali nikmat sihat daripada mereka.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Bersopanlah Sikit

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya berurusan dengan salah satu agensi kerajaan pada semalam dan dua minggu sudah. Satu agensi yang sama, dua tempat berbeza dengan layanan yang berbeza amat sangat.

kaunter
Kaunter adalah frontliner…. (sumber : mstar)

Dua Minggu Sudah

Di pejabat cawangan, saya duduk sementara menunggu no giliran saya di panggil. Masih ramai yang menunggu giliran, ya lah di Pusat Bandar memang menjadi tumpuan. Apabila no giliran saya di panggil saya terus ke kaunter berkenaan dan saya di sambut oleh seorang kakak dengan senyuman.

Saya terus memberi salam pada kakak tersebut, duduk dan menyuarakan masalah saya pada dia. Lalu dia menyemak data saya dalam komputer beliau. Beliau menerangkan saya perlu menjelaskan RM xxx untuk menyelesaikan hal ini. Saya bertanya sekiranya boleh dikurangkan amaun tersebut dan menceritakan kejadian tersebut. Beliau menjawab dengan tenang bahawa rayuan hanya boleh di buat di ibu pejabat.

Saya turut bertanyakan beberapa pekara lain kepada beliau dan alhamdullillah semua pertanyaan saya dilayan dan dijawab sebaik mungkin. Saya amat berpuas hati. Lalu, saya menghulurkan RM xxx untuk menjelaskannya.

Kakak tersebut yang baik hati. Memulangkan wang saya dan menyuruh saya ke Ibu Pejabat. Katanya ‘Di sana, saya boleh berbincang kerana ada pegawai dan mungkin boleh lakukan pengurangan bayaran’. Saya ucapkan terima kasih pada kakak tersebut dan berlalu.

Berani saya katakan servis yang kakak itu berikan pada saya pada tahap 4.5/5 bintang. Memang terbaik.

Semalam

Saya telah pergi ke Ibu Pejabat seperti mana yang disarankan oleh kakak yang baikhati itu.

Saya pergi ke kaunter utama, untuk mengambil no giliran. Saya terus menerangkan sebab saya datang, dan bertanyakan no giliran pada kakak jaga kaunter berkenaan. Tanpa memandang saya (sibuk sms) lalu dia berkata sila ke Pintu lain dibelakang sana.

Saya terus mencari pintu yang dimaksudkan. Dan saya menemui nya. Dari pintu masuk saya nampak ‘Sila Ambil No Giliran Anda’. Saya terus ke tempat  berkenaan untuk mengambil no giliran. Ada 8 orang di dalam tempat berkenaan. Dan saya rasa semua perasan saya disitu kerana kesemua mereka mengadap saya tanpa komputer atau laptop di meja. Tapi tiada seorang pun melayan saya walaupun beberapa kali saya memberi salam tiada sahutan. Bila tercari-cari baru saya terperasan satu notis kecil tulisan tangan supaya terus ke kaunter.

Saya terus ke kaunter, dan memberi salam serta menerangkan tujuan saya datang. Lalu dia menyemak data dalam komputernya, dan berkata ‘Kena bayar RM xxx. Nak bayar ke?’. Lalu saya jawab ‘Ya saya nak bayar. Tak boleh kurang atau….’. Belum pun sempat saya menghabiskan ayat saya dia berkata ‘Ke kaunter sebelah untuk bayaran’

Di kaunter sebelah, seorang perempuan India melayan saya. Beliau terus meminta saya RM xxx sekiranya ingin membuat bayaran. Saya bertanya ‘Tidak boleh buat rayuan ke, yang cawangan kata boleh?’. Terus bercakap kalau nak rayuan ‘Pandai lah diorang tu. Nak rayuan ke mahkamah lah’. Dengan nada yang agak sinis jawapan itu. Lalu saya mengeluarkan RM xxx dan terus membuat bayaran.

Selesai dan saya terus balik. Di sini, sebarang pertanyaan saya langsung tidak dilayan. Jawapan yang saya terima amatlah sinis. Apa diorang ingat saya tidak mampu membayar denda tersebut ke? Sengkek sangat ke orang yang datang berurusan dengan mereka?

Senyum, manis senyum, senyuman menawan,
Senyum tanpa kata apa-apa

Pandangan Saya

Saya sendiri sebenarnya berkhidmat untuk pelanggan walaupun tidak di kaunter utama. Saya juga mesti melayan perlbagai kerenah penyewa dan pelanggan yang memeningkan kepala. Tapi saya tetap cuba menghormati setiap mereka yang datang kepada saya.

Bagi saya, mereka yang berkhidmat di kaunter (swasta/kerajaan) perlu lebih bersopan dan berhemah. Berkomunikasilah secara berkesan, lakukan eye contact, setiap persoalan dijawab dengan baik. Jangan emosi. Apapun masalah yang sedang kita hadapi cuba lah bertindak secara profesional.

Dan yang paling penting, Hormatilah Setiap Pelanggan yang Datang. Tanpa mengira darjat, pangkat, pakaian dan sebagainya. Layan sama rata. Tidak rugipun sekiranya kita hormat pada orang lain. Hormat pada orang lain tidak bermakna kita lemah atau kerdil. Malah sekiranya kita hormat pada orang lain, orang lain pastinya akan hormat pada kita juga.

Selamat berkhidmat dengan ikhlas dan ceria.

 

Kejamnya Manusia : Harimau Pun Tak Sekejam Manusia

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat saudaraku…

Pagi ini, belek-belek HMetro jumpa tajuk ini..DERA HINGGA PECAH USUS antara petikannya adalah:

KUANTAN: “Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.

Norhidayah yang juga ibu tunggal berkata, dia tidak menyangka teman lelakinya berusia 19 tahun itu sanggup mendera Mohamad Adam Mikhail Abdullah kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.

“Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya.
Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Norhidayah berkata, dia hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin.
Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.
(Sumber : HMetro)
Dulu saya pernah kongsikan statistik penderaan kanak-kanak yang sememanya tengah meruncing di negara kita. Sekali lagi saya tampalkan disini statistik tersebut :
statistik penderaan kanak-kanak di malaysia
Statistik penderaan kanak-kanak di Malaysia

Kenapa kejam sangat manusia hari ini? Tiadakah perasaan perikemanusian dalam diri mereka walaupun secebis? Mengapakah sanggup mereka mengorbankan dan mencederakan insan kecil yang masih tidak mengerti? Salah apakah mereka?

Sedangkan Harimau pun sanggup melawan sang Buaya untuk mempertahankan nyawa anaknya.

harimau
Keluarga harimau
Harimau vs Buaya
Harimau vs Buaya
Terkaman Harimau
Harimau terkam Buaya
harimau vs buaya
Serangan Sang Harimau
Serangan harimau
Selamat keluarga harimau

Inikan pula kita manusia yang dikurniakan akal fikiran. Dan merupakan sebaik-baik ciptaan Allah swt. Tugas kita di dunia ini sebagai khalifah di bumi Allah bukan untuk membuat kehancuran.

Tidakkah kita mampu berfikir sejenak sebelum melakukan satu-satu tindakan? Kita semua ada akal fikiran.

Semoga kes sebegini tidak lagi berulang. Pukul untuk mengajar tidak mengapa tapi janganlah sampai memudaratkan. Dalam Islam pun menyarankan merotan anak yang berusia 7 tahun yang masih enggan solat. 

Kasihilah anak-anak kita sebagaimana kita dikasihi oleh ibu bapa dan masyarakat semasa kita kecil. Kalau kita tidak dikasihi tidak mungkin kita akan membesar sampai ke usia sekarang. Tidak gitu ke?

Sekian, terima kasih.