Hargai Masa

Assalamualaikum dan Salam Inpirasi Buat Semua Saudaraku…

Apa khabar semua? Harap sihat sejahtera senantiasa hendaknya. Sekarang ini bermula semesta baru bagi pelajar MARA dan Politeknik yang baru melaporkan diri. Tahniah buat mereka semua, harapnya kalian semua terus fokus dalam mendaki puncak impian. Jangan pernah mengalah.

Hargai masa kita
Hargai masa kita

Hari ini saya ingin kongsikan salah satu tips untuk berjaya iaitu hargai masa. Masa adalah elemen terpenting dalam kita mengejar kejayaan. Ingat orang yang berjaya adalah orang yang hargai masa mereka. Saya tidak setuju dengan istilah masa itu emas kerana masa tiada nilainya. Kesilapan kita tidak dapat dibetulkan, kerana masa tidak dapat diundur.

Antara amalan dan tips yang mungkin boleh kita gunakan dalam hargai masa adalah:

  • Rekodkan aktiviti – rekodkan setiap aktiviti harian yang anda lakukan. Rekodkan aktiviti anda selama seminggu. Rekod ini kemudian di bandingkan berapa lama masa yang digunakan untuk aktiviti berfaedah dan yang mana tidak. Perhatikan aktiviti mana yang patut dikurangkan dan yang mana patut ditambah.
  • Perbanyakan aktiviti berfaedah – Dari rekod yang telah kita catatkan pertimbangkan aktiviti yang patut kita berikan lebih masa. Aktiviti yang memberikan kita lebih manafaat dalam hidup seperti membaca buku dan aktiviti bersama keluarga. Bagi blogger, sudah semestinya masa untuk bersama blog juga amat penting.
  • Rancangkan masa –  Anda adalah tuan kepada masa anda. Jadi rancangkan masa anda agar masa seharian anda dihabiskan dalam aktiviti yang akan membuat perubahan besar dalam hidup anda seperti merancang untuk perniagaan sendiri.
  • Jadual untuk aktiviti bebas – Rancangkan masa terluang yang mana anda boleh gunakannya untuk bebas melakukan apa saja. Ini adalah bagi mengelakkan anda terlalu stress dengan jadual anda sendiri.
  • Rancang perjalanan harian anda – Sebaiknya sebelum anda tidur ambillah masa selama 30 minit untuk  merancang aktiviti anda pada esok hari.
  • Jangan berlengah – Jika ada tugasan yang perlu disiapkan segera menyiapkannya. Jangan berlengah dan bertangguh, kerana kita tidak tahu apa lagi yang akan menimpa kita pada masa akan datang.
  • Kurangkan gangguan – Dalam melakukan kerja kita memerlukan fokus, jadi kurangkan gangguan adalah penting. Antara gangguan utama pada zaman sekarang ini adalah Facebook. Kecuali Facebook adalah medium anda untuk menjana wang atau kerja.
  • Kerapkan Rehat –  Dalam melakukan sesuatu, ambillah rehat sedetik. Bagi memberikan masa anda untuk bertenang. Untuk mengurangkan stress. Kalau dah terlalu stress semua pun akan tidak menjadi.

Ini hanyalah pandangan saya sahaja, sekadar saya kongsikan di sini. Mungkin anda juga mempunyai banyak lagi tips hebat yang boleh dikongsikan ayuh kita berkongsi.

 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dari zaman sekolah kita di ajar untuk menghargai
Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.

Hargai Masa Orang Lain

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Dari zaman sekolah kita di ajar untuk menghargai ‘masa‘. Jadual-jadual waktu dalam kelas di jadualkan bukan untuk menetapkan masa kita belajar semata-mata tapi adalah untuk menghargai masa. Jadual adalah suatu perancangan, perancangan di buat supaya kehidupan menjadi teratur dan berdisiplin terhadap masa. Semua ini saya sendiri tidak sedar semasa di sekolah, hanya saya sedari apabila menjejak kaki ke Kolej.

Hargai masa orang lain - Masa tidak dapat kita hentikan
Hargai masa orang lain – Masa tidak dapat kita hentikan

Kita juga sering mendengar perumpamaan iaitu ‘Masa itu emas’. Adakah masa itu emas? Tidak, cuma masa adalah suatu yang amat berharga. Masa yang berlalu tidak akan datang kembali.

Dalam Islam ada menyebut ingat 5 sebelum 5 iaitu:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : ” Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.” (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Dalam kelima-lima elemen ini adalah berkenaan dengan masa. Menghargai masa kita, dan hargai masa orang lain.

hargai masa orang lain - tepatilah masa
hargai masa orang lain – tepatilah masa

Saya sebenarnya cukup bengang dengan orang yang tidak hargai masa orang lain. Mungkin mereka tidak kisah masa mereka dibazirkan begitu saja. Tapi hormati hak orang lain, hargai masa yang mereka luangkan. Sekiranya berjanji cubalah untuk tepati janji.

Saya juga tidak suka istilah ‘Janji Melayu’, kenapa lekeh sangan ke Melayu? Semua orang ‘Melayu’ kah yang tidak tepati janji? Jangan samakan semua orang. Tidak semua orang Melayu yang tidak menghargai masa. Melayu moden dan maju sudah ramai yang sudah bergerak lebih pantas dari masa.

Jangan jadi orang yang gagal. Ubahlah diri kita kerana hanya kita yang mampu mengubahnya mulakan dengan hargai masa kita dan hargai masa orang lain.

10 blogger terbaik Malaysia pun mesti orang yang jenis menghargai masa. Betul tak?

Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.