Takut Hantu Atau Tuhan ???

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Takut Hantu atau Tuhan - Hantu Cina lompat-lompat

Takut Hantu atau Tuhan – Hantu Cina lompat-lompat

Apa khabar semua? Sihat lah semuanya saya harapkan disisi keluarga yang ceria, bahagia dan harmoni.

Seringkali, kita mendengar ayat-ayat begini seperti ‘Jom masuk, takut hantu’, ‘Main lah kat luar tu, nanti hantu datang makan’ atau ‘Hantu ambillah budak degil’. Dari kecil kita ditakutkan dengan hantu. Mana satu patut kita takut hantu atau tuhan? Sudah tentu tuhan, Allah swt. Tapi pendedahan awal pada anak kita adalah untuk takut hantu bukannya takut tuhan. Dari kecil ditakutkan dengan hantu sampai ke besar pun takut hantu, sampai yang ada kena berteman untuk kencing malam.

Pesepsi ini patut kita ubah, dari takut hantu kepada takut tuhan. Huruf yang sama kita gunakan cuma bezanya mana dahulu HanTu atau TuHan. Tu dan Han itu yang perlu kita susun dengan betul.

Paradigma kita perlu diubah, ayat-ayat takut hantu patut diubah kepada takut tuhan. Sekiranya kita didedahkan pada umur yang kecil untuk takut tuhan, Allah swt yang esa. Insyallah, satu ummah yang berkualiti akan lahir. Jika dari kecil kita didedahkan takut tuhan, insyallah akan tersemat hingga dewasa. Dengan ini, pemikiran tahyul ini dapat dibuang dari pemikiran masyarakat kita.

Takut Hantu atau Tuhan - Didiklah anak untuk takut kepada Allah swt yang esa, asuh akhlak dan akidah anak-anak dari kecil.

Takut Hantu atau Tuhan – Didiklah anak untuk takut kepada Allah swt yang esa, asuh akhlak dan akidah anak-anak dari kecil.

Kita sebagai ibu bapa perlu bijak mendidik. Didik dan asuhlah anak kita sebaiknya. Didik mereka supaya takutkan Tuhan bukannya hantu.

Pilihan ditangan kita mahu anak-anak takut hantu atau tuhan. Fikirkanlah?

Pentingnya Disiplin Kerja

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Disiplin kerja amat penting sekali, tidak kira berkerja makan gaji mahupun berniaga sendiri. Jika makan gaji, pasti ada peraturan yang perlu kita patuhi dan ikuti seperti peraturan masa kerja, peraturan berpakaian dan peraturan penggunaan telefon. Manakala, untuk kerja sendiri pula disiplin kerja yang tinggi adalah suatu yang paling penting, walaupun kerja pakai jeans dan t-shirt disiplin tetap perlu.

rotan

rotan

Zaman sekolah dahulu, kita sering ditekankan tentang pentingnya disiplin. Kalau langgar peraturan sekolah pasti denda akan menunggu dan yang paling popular adalah rotan. Tapi sekarang rotan dah tidak dibenarkan? Betul ke? Saya dulu cukup takut dan anti dengan guru disiplin. Almaklumlah, budak nakal memang begini.

Sekarang ini, apabila sudah melalui dunia alam pekerjaan baru saya mengerti betapa pentingnya disiplin yang cuba cikgu saya terapkan dulu. Bukan sahaja dalam pekerjaan tapi juga dalam kehidupan seharian. Hidup tiada disiplin umpama lalang, kesana-sini mengikut saja arah tiupan angin, tiada tujuan.

Saya akui saya juga bukan manusia yang sempurna. Bukan baik sangat pun. Tapi saya tetap cuba sehabis baik untuk mendisiplinkan diri. Peraturan kerja saya cuba ikut, walaupun kadangkala berasa cukup rimas. Ya lah, Setelah 3 tahun bekerja hanya dengan memakai jeans dan t-shirt, saya bertukar arah dengan bekerja yang lebih ketat disiplinnya dan memerlukan saya memakai kemeja dan slack. Pada awalnya, agar sukar untuk mengubah semuanya tapi lama-kelamaan sudah menjadi biasa.

Rupanya pekerjaan saya dahulu banyak mendisiplinkan saya tanpa sedar. Ya, sebab saya berkerja dahulu dengan masa. Walaupun kerja tiada punch card, tiada boss yang nak tegur pasal rambut panjang, pakaian yang lusuh dan selekeh, Jadual pembinaan tetap kena saya patuhi. Masa itu, jadual adalah musuh saya. Saya perlu mendahului musuh saya itu. Mengejar masa adalah tugasan utama saya, memastikan setiap item siap mengikut masa, ekonomi, kualiti dan kuantiti yang ditetapkan. Oleh itu, disiplin kerja yang tinggi amat diperlukan. Mengular tetap mengular tapi kerja tetap kerja. Kini, amalan itu juga yang saya bawa.

Kekadang sedih juga bila melihat staff tempat saya kerja sekarang yang kurang disiplin nya. Masa di pejabat sama banyak dengan masa di kedai mamak. Masuk kerja balik kerja sesuka hati sahaja. Mereka sebenarnya amat bertuah kerana ramai lagi diluar sana yang inginkan pekerjaan. Mereka sepatutnya menghargai peluang yang sudah mereka genggam. Bukan berada dalam zon selesa.

Lagipun, kita mencari rezeki biarlah berkat. Jadi kita dibayar gaji untuk bekerja, buatlah kerja semampu boleh. Cubalah memberi sumbangan terbaik.

Bagi saya, walaupun kita tiada kerja, tolong lah kawan-kawan yang memerlukan bantuan menyiapkan tugasan mereka. Jika malas juga, duduk lah di tempat masing-masing atau dalam pejabat, supaya senang kita dicari sekiranya diperlukan. Kita dibayar gaji untuk berkerja bukan untuk melepak. Kita mungkin bukan pemimpin di pejabat, tapi kita tetap pemimpin keluarga.

Semua kerja dalam dunia ini memerlukan disiplin dan komitmen. Untuk jadi 10 Blogger Terbaik Malaysia pun memerlukan disiplin. Bukan begitu? Azam tahun ini adalah untuk menjadi 10 Blogger Terbaik Malaysia, kena lebih disiplin dan komited selepas ini.

Rokok Elektronik : Pandangan Saya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Rokok e-cigerette kini dilihat menjadi satu fenomena dan trend. Kalau dilihat ramai yang mula terjebak dengan rokok elektronik yang dikatakan tidak merbahayakan kesihatan. Sana sini saya pergi kelihatan ramai yang mula lepak dengan menayangkan rokok e-cigerette.

E-cigeratte

E-cigeratte

Saya dapat tahu pasal rokok e-cigeratte ni sejak 3 tahun lalu, apabila diperkenalkan oleh kawan. Namun harganya hampir RM300 lebih tapi kini rokok e-cigeratte boleh didapati dengan harga RM100 lebih sahaja. Kalau dulu, hanya buatan Eropah atau Amerika sahaja dipasaran kini sudah ada buatan China.

Ramai yang menyatakan rokok elektronik salah satu penyelesaian untuk berhenti merokok. Ia juga dinyatakan juga tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya hanya wap air berbanding rokok biasa yang asap.

Pada pandangan saya ianya bukan penyelesaian untuk berhenti merokok. Bagi saya untuk berhenti merokok adalah terpulang kepada diri sendiri. Jika mahu berhenti merokok tak perlu pengganti, rokok elektronik atau rokok tradisional, ianya tetap rokok.

Laporan tentang rokok elektronik atau e-cigerette.

Setahu saya juga rokok e-cigerette juga tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Seperti yang dilaporkan di dalam Utusan Malaysia pada hari ini (8 Januari 2013) bertajuk ‘Penjualan Rokok Elektronik Salah’. Dalam laporan itu ada menyebut bahawa ‘menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik adalah satu kesalahan di bawah Akta racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana didalam cecair e-cigerette terdapat kehaidran nikotin dalam amuan tertentu’. Dalam laporan itu juga ada menyebut bahwa ‘nikotin adalah bahan yang dikawal dibawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam procuk tembakau. Penjualan produk ini hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi yang berlesen sahaja’.

Walaupun saya bukan pengguna e-cigerette dan bukan perokok, nasihat saya bagi semua adalah usah menggunakan produk yang belum terbukti kesahihan dan keberkesananya. Dan setahu saya setiap produk berasaskan kimia pasti ada kesan sampingan yhang tidak kita ketahui dalam jangka panjang. Jika mahu berhenti merokok berhentilah merokok kerana kita mahu berhenti.

Jalani hidup sihat pasti kita akan bahagia. Jom jalani hidup sihat dengan panduan dari Kevin Zahri.

 

Ayuh Kita Bersatu Berjuang…

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan kempen ‘boikot’. Ramai sangat saya terbaca post sahabat saya yang mengajak ‘boikot’ produk yang dikaitkan dengan Israel antaranya McDonald’s, Starbuck dan lain-lain.

Boikot sepenuhnya. (Sumber : sabasun)

produk israel

Boikot Sebahagian (Sumber: Sabasun)

Saya tidak mahu menyeru untuk kempen ‘boikot’ ini. Saya tidak mahu mengulas perihal setiap produk yang disenaraikan di atas dan yang dikaitkan dengan Israel. Kalau saudaraku berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah ‘google’ saya rasa banyak yang membicarakan tentang topik ini sekarang ini. Bagi saya, ‘boikot’ adalah hak individu, terpulang pada diri masing-masing. Tiada paksaan bagi saya. Sebab mungkin mereka mempunyai alasan masing-masing. Fikir-fikirkan dan pertimbangkan menggunakan akal fikiran kita yang waras kurniaan Allah swt selepas melihat kezaliman dan kekejaman Israel.

Namun begitu, saya sendiri tidak mampu memboikot sepenuhnya. Saya akui ini. Saya tidak mahu hipokrit. Sebab ada barangan yang berjenama yang perlu diboikot masih saya gunakan. Insyallah selepas ini akan saya elakkan untuk membeli produk mereka lagi.

Cuma saya agak kecewa dengan sesetengah individu yang  lantang bersuara menyeru agar mem‘boikot’ semua produk Israel ini, yang terlalu emosional. Ya, saya akui saya juga emosional apabila melihat kekejaman Israel. Tapi tidak perlu untuk terlalu emosional sampaikan bertikam lidah bagai mahu bergaduh dek kerana perbezaan pendapat.

Ingat ramai yang amat seronok apabila melihat kita bertelingkah. Ramai yang akan menangguh di air yang keruh. Kerana di saat kita bertelingkah, lebih senang mereka memecah belahkan kita.

Hanya perlu tambahkan minyak pada pecikan api pertelingkahan itu, pasti kebakaran besar akan terjadi. Dan jika ini terjadi, semakin sukar untuk kita padamkan apinya.

Berbaliklah kita pada ajaran Agama Islam yang kita cintai yang sememangnya menyeru kita kepada perpaduan. Bersatulah kita mempertahankan agama dan bangsa kita. Tiada orang lain akan mempertahankan agama dan bangsa kita kalau bukan bermula dari kita. Usah menyalahkan orang lain jika kita sendiri yang tidak bertindak. Bersatulah kawan, bersatu kita berjuang.

Lebih molek sekiranya, kita semua bersatu hati mendoakan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia terutamanya di bumi Palestin dan menyumbangkan sedikit sedekah seikhlas hati bagi membantu semua umat Islam di dunia. RM1 yang kita sumbangkan insyallah besar buat mereka dan besar ganjarannya.

Unite and Fight.

Hukum Karma

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Ma abah saya cukup tegas bab anak-anak walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi. Masa zaman saya kanak-kanak, kami mesti masuk ke rumah tepat jam 7.00 malam dan siap mandi serta bersedia untuk solat Maghrib. Selepas, Maghrib semua kena siap sedia untuk mengaji Quran. Kalau tak ikut aturanya, siap sedialah untuk merasa nikmat rotan hinggap ke badan.

Tapi bila sudah melangkah ke alam kolej, abah mula melonggarkan syarat ketatnya saya dibenarkan keluar sehingga pukul 10 malam. Kalau mahu pulang balik agak lewat, laporan mesti diberikan kepada ma abah. Setiap pergerakan saya akan dilaporkan. Itupun, diberikan kebenaran atas dasar kepercayaan. Yang pasti kepercayaan ma abah tidak saya khianati. Tidak sama sekali.

Dan sehingga kini saya sudah berumah tangga, ajaran itu tetap kekal abadi selamanya dalam diri saya. Selamanya ma abah tetap yang terbaik dan tiada galang gantinya. Terima kasih ma abah yang telah membesarkan saya. Terima kasih.

Tak dinafikan saya agak nakal dan mungkin sukar untuk ma abah. Tapi mereka tabah mendidik dan membesarkan saya. Dan kini saya menjadi ayah. Saya pula perlu mendidik anak saya.

Saya harap saya juga dapat menjadi ayah yang baik pada anak saya dan mendidik anak saya. Ya Allah, berikan saya kekuatan.

Jika dulu saya dididik, sekarang saya perlu mendidik.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Belanjawan 2013 : Pandangan Saya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat saudaraku semua…

Mungkin agak terlambat untuk saya menulis entri berkenaan Belanjawan 2013 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita pada 29 September 2012 yang lalu. Tapi saya tetap ingin berkongsi pandangan peribadi saya.

Belanjawan 2013

Antara yang menarik dalam Belajawan 2013 adalah seperti berikut:

  1. Bonus 1.5 bulan bagi kakitangan awam dan RM 500 bagi pesara. Bonus 0.5 bulan telah diterima sebelum Hari Raya yang lalu dan 0.5 bulan akan diberikan pada Disember 2012 dan 0.5 bulan lagi pada Januari 2013. (Yang tertinggi setakat beberapa tahun kebelakangan ini. Tahniah dan terima kasih)
  2. 123,000 unit rumah mampu milik akan di bina.
  3. BR1M 2.0 akan dilaksanakan pada awal tahun depan, individu bukang 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak terima RM 250.
  4. Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan sehingga RM50,000.
  5. Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar kepada individu berumur 21-30 tahun dan berpendapatan kurang dari RM 3,000 sebulan
  6. Bantuan RM100 bagi pelajar sekolah dan baucer buku penuntut universiti dinaikkan kepada RM250.
  7. Subsudu gula dukurangkan sebanyak 20sen.
  8. Pelepasan cukai individu yang anak menuntut di universiti dinaikkan kepada RM6,000.
  9. 125,708 warga tentera terima insentif khas RM200 sebulan.
  10. Bekas tentera tidak berpencen menerima sumbangan RM1,000 secara ‘one-off’.
  11. Pencen minimum pesara kerajaan dinaikkan kepada RM820.

Jika dilihat secara umum memang banyak faedah kepada penjawat awam. Tahniah buat mereka yang menerima. Saya mungkin tidak akan menjadi sebahagian daripada mereka kerana saya dalam fasa peralihan keluar dari zon selesa ini.

Apapun, bagi saya banyak sudah yang kerajaan kita cuba membantu dengan sumbangan untuk Pelajar Sekolah dan Pelajar Universiti. Kalian sungguh bertuah, zaman saya belajar dahulu semua ini tiada. Hanya mengharapkan biasiswa atau pinjaman sahaja. Tiada istilah baucer buku yang dapat membantu para pelajar memiliki buku yang berkualiti yang mungkin tidak mampu untuk kita beli.

Belanjawan kali ini juga memberi penekanan kepada Usahawan IKS. Dan saya berharap Usahawan IKS selepas ini akan lebih berdaya saing, tidak seperti usahawan yang saya temui sekarang ini, yang tiada produknya tapi bising-bising sana sini, kata kerajaan tidak membantu dan sebagainya dan sewa kilang dan pinjaman perniagaan pun tidak berbayar. Bukan mahu berusaha tapi hanya tahu membising sahaja.

Kesimpulannya, berbaliklah kita kepada kata-kata hikmah yang selalu disebut semasa kita bersekolah dahulu iaitu ‘Usaha Tangga Kejayaan’. Walau Belanjawan mana pun diumumkan kalau kita tiada berusaha merebutnya maka tiada kejayaan bagi kita. Tiada yang akan datang bergolek kalau kita tidak berusaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...