Apa Tujuan Kita Berkawan?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Gelapnya dunia ini jika hidup di dunia ini hanya kita. Hanya kita sendirian tanpa seorang kawan tanpa seorang teman. Pasti sunyi dan membosankan hidup ini, tiada pelbagai rencah kehidupan dan warna warni ragam manusia pasti tidak akan wujud. Betul kan?

Kita berkawan
Kita berkawan

Persoalan hari ini, Apa tujuan kita berkawan? Pilihan jawapan

  1. Sebab orang lain berkawan
  2. Sebab aku nak gunakan mereka
  3. Sebab aku nak hancurkan dia
  4. Sebab dia kaya dan popular

Jawapan ada pada kalian semua. Dan bukan hanya yang disenaraikan di atas sahaja pasti banyak lagi. Kalian semua pun mesti ada tujuan bila berkawan kan? Ada sebab yang tersendiri bila berkawan. Pasti kita punya banyak kalangan kawan, kawan satu sekolah, kawan satu pejabat, kawan satu hobi dan kawan alam maya.

Saya juga begitu, saya paling suka berkawan dengan seseorang yang boleh memberi bimbingan kepada saya, yang suka berkongsi ilmu, yang suka membantu tidak kita susah atau senang, dan yang paling penting saya akan berkawan dengan orang yang membuat saya selesa.

Dalam kita berkawan, jangan kita menanam perasaan busuk hati, hasad dengki terhadap kawan. Dan paling saya tidak suka adalah bila berkawan dengan sang psiko. Itu paling memeningkan kepala, dan bagi saya, saya tidak perlukan kawan yang psiko. Sang psiko boleh nyah dari hidup saya.

Dalam berkawan biar lah kita saling memahami dan menghormati hak seorang kawan tanpa kira siapa mereka. Setiap orang ada hak mereka tersendiri, jadi hormatilah orang lain sebagaimana anda mahu dihormati.

Berkawan biar ikhlas, kawan selamanya. Blogger semua adalah kawan saya.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 10 Cara Habiskan Masa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya masa comel bersama
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam

Konflik Diri Part 2 – Berperang Dengan Diri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Berperang dengan diri - Jadilah diri sendiri
Berperang dengan diri – Jadilah diri sendiri

Entri ini adalah rentetan entri sebelum ini Konflik Diri Part 1, bersangkutan dengan email dari seorang pembaca blog saya. Saya sebenarnya bukan pakar motivasi, pakar psikologi atau pakar segala pakar, saya masih lagi seorang manusia yang masih lagi belajar. Belajar hingga akhir nyawa.

Saya tidak kenal akan pengirim email ini, jadi apa yang saya simpulkan di sini mungkin kurang tepat, apa yang boleh saya simpulkan apa masalah sebenar adalah diri sendiri. Konflik diri yang paling sukar adalah apabila kita berperang dengan diri sendiri. Musuh utama kita adalah diri.

Diri Sendiri adalah Musuh Sebenar

Apa yang membuatkan diri kita memotivasikan diri kita? Adakah dengan menghadiri ceramah motivasi dari pakar motivasi terkenal seperti Nick Vujicic? Adakah ianya akan mengubah 100% persepsi minda kita? Jika ya, anda adalah manusia hebat.

Kalau tanya saya tidak, mereka semua tidak boleh mengubah diri kita tapi diri kita sendiri, hanya kita boleh mengubah diri kita ke arah yang baik atau buruk, mana saja yang kita pilih, mana yang kita mahu.

Berperang dengan diri
Berperang dengan diri

Walaupun kita telah membayar beribu untuk memotivasikan diri dan membeli pelbagai buku untuk memotivasikan diri, kekadang tiada langsung kesan. Hanya bersemangat seketika saja, sesetengah orang sesatu ceramah hanya melekat tidak sampai seminggu. Hanya hilang begitu saja. Kenapa? Kerana tiada inisiatif dalam diri untuk mengubah diri sendiri.

Sebab itu saya katakan, diri sendiri adalah musuh diri kita. Jika kita berjaya mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri kita, kita akan berjaya, berjaya untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Apa bila kita kenal siapa diri kita, kita pasti tidak akan mempedulikan lagi apa yang akan diperkatakan oleh orang lain kerana kita lebih kenal siapa diri kita. Apapun celaan, cacian atau makian malah pujian yang mendatang tidak akan sekali akan melemahkan diri kita kerana kita tahu siapa kita.

Kenapa orang lain mencela, memaki atau mencaci kita? Kerana kita lebih baik dari mereka, tidak perlu kita membalasnya. Mereka sebenarnya dengki dan cemburu dengan diri kita kerana kita lebih baik dari mereka sebab itu mereka menghambur kata kesat kepada kita. Jadi persetankan mereka semua. Kamu adalah kamu.

Berperang dengan diri, untuk menjadikan kamu yang lebih baik. Mengenal diri kamu yang sebenar dan kembalilah kepada Allah swt

Bangga dengan diri sendiri bukannya bangga diri.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Bagaimanakan diri kita hari ini? Adakah hari ini
Natalia Partyka Natalia Partyka is one of the athlete in Olympic London 2012,
Nick's childhood Meet Nick Vujicic, pronounced ‘Vooy-cheech’. Born in 1982 in

Minum Sirap Limau Sambil Layan SirapLimau.com

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sirap limau pastinya satu minuman yang tidak asing lagi bagi kita semua rakyat Malaysia yang marhain ini. Minuman yang cukup sinonim dengan kita pergi ke mana saja pasti ada saja minuman sirap limau di hidang, tempat kenduri, kedai makan sampai ke restoren mewah semua tempat ada menghidangkan sirap limau. Saya juga suka minum sirap limau ni. Senang kata semua suka sirap limau ni.

Dari Sirap Limau Ais ke SirapLimau.com

Dari blog AhmadFaizal.com iaitu tentang satu contest review blog SirapLimau.com. Bila memula dengar nama blog yang unik iaitu SirapLimau.com saya agak terkesima, nama blog yang amat unik dan menarik iaitu satu nama yang sinonim dan dekat bagi kita rakyat Malaysia iaitu Sirap Limau Ais, nama blog yang memang akan mudah melekat dihati pembaca.

Review SirapLimau.com
Review SirapLimau.com

Bila dengar nama SirapLimau.com saya agak tetanya apakah kelainan yang akan dihidangkan oleh blog ini. Apakah kehebatan blog ini berbanding blog hebat lain yang telah lama bertapak di Malaysia dan dunia? Apakah kelainan nya? Apakah Strategi Laut Biru blog ini?

Hidup Suami Isteri itu indah
Hidup Suami Isteri itu indah

Be Different Be The One – itulah yang boleh saya gambarkan blog SirapLimau ini. Saya mulanya andaikan blog ini hanya blog bersahaja dengan nama blog siraplimau yang sama seperti blog kebanyakan. Tapi ternyata saya salah. Blog ini memang menghidangkan kelainan kepada pembaca seiring dengan nama Sirap Limau yang menjadi hidangan harian begitu juga blog ini yang sesuai di baca sebagai panduan kita seharian terutama bagi pasangan suami isteri.

Blog SirapLimau mengetengahkan isu-isu kekeluargaan dan kehidupan suami isteri. Isu yang sememangnya hangat pada hari ini pada abad ini, terutama isu perceraian. Isu perceraian amat kritikal sekarang ini terutama dalam kalangan kita umat Islam.

Petikan Berita Harian, 10 Ogos 2013,

Kuala Lumpur: Tiga kes perceraian berlaku dalam kalangan pasangan beragama Islam di negara ini dalam tempoh satu jam.

Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, berkata maklumat diperoleh hasil kajiannya terhadap statistik perceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi 2011.

Ia berikutan purata 70 kes perceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi 2011.
 

Bayangkan betapa kritikalnya masyarakat kita hari ini apabila 3 kes perceraian dalam masa 1 jam. Sungguh kritikal keadaanya, sungguh kritikal, lagi kritikal apabila kes perceraian ini semakin meningkat setiap tahun.

Statistik Perceraian
Statistik Perceraian

Komen untuk SirapLimau.com

Walau bagaimanapun, dari beberapa entri SirapLimau yang bagi saya tidak patut ada. Ya kita merasakan sesetengah cerita yang kita kongsikan sebagai sempadan tapi bayangkan sekiranya cerita yang kita kongsikan sebagai sempadan itu jadi panduan. Apa pula akan jadi? Bagai kita mengajar orang untuk melakukan perkara yang tidak elok.

Lagi molek kiranya penulis melakukan lebih banyak tapisan dalam entri yang ingin diketengahkan bukan sekadar untuk trafik tapi memikirkan penulisan ini sebagai satu medan jihad, menyebarkan ilmu yang bermanafaat. Sebolehnya juga cubalah penulis menulis dengan rujukan seperti Al-Quran, Hadith, statistik, rujukan atau kata-kata bijak pandai.

Penulisan yang memberi ilmu yang bermanafaat memberikan kita pahala, begitu jugalah yang sebaliknya.

Konklusi

Semoga dengan wujudnya blog seperti SirapLimau.com akan mampu menjadi satu sumber inspirasi dan panduan buat semua pembaca terutama nya pasangan suami isteri dalam mengharungi hidup berkeluarga yang indah dan berliku ini. Saya harap usaha murni penulis blog SirapLimau terus maju jaya dalam penulisan dan berjaya membantu banyak pasangan di dunia dan Malaysia khususnya.

Semoga berjaya SirapLimau.com

Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com dan Tareeq Al Jannah

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 10 Cara Habiskan Masa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya masa comel bersama
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam

Hentikan Nilai Dari Warna Baju

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna baju, terlalu taksub dengan warna baju. Kau baju biru tak boleh geng dengan aku. Kau warna hijau tak boleh geng dengan aku. Kau warna kuning tak boleh geng dengan aku.

We are one walaupun beza warna baju
We are one walaupun beza warna baju

Hentikan menilai ikut warna baju, cukup cukup lah tu. Jangan lagi ada, kau warna hijau aku tidak boleh menolong kau. Jangan lagi ada, bapak kau warna biru kau tak layak duduk sini. Jangan lagi ada, mak kau suka sangat baju hijau kau tak layak terima bantuan. Hentikan semua sentimen seperti ini saya tahu yang mana ramai lagi masih pegang pada semua ini.

Ayuh kita bersatu sebagai umat Islam dan juga bangsa Melayu. Seperti yang diajarkan oleh agama Islam bahawa semua umat Islam adalah bersaudara. Jangan kita cuba memutuskan silaturahim hanya kerana warna baju, hanya kerana berlainan ideologi.

Jangan kita jadi seperti sesetengah orang Palestin, sahabat saya sendiri yang mana mereka ada menyatakan bahawa ‘Fatah and Hamas will never together, never shake hand’, walaupun mereka satu bangsa Arab satu agama iaitu Islam tapi mereka tidak akan bersalaman apatah lagi bersatu dek kerana perbezaan ideologi.

Jangan kita jadi seperti mereka, lupakan warna baju tapi kita bersatu bawah satu agama, bangsa dan negara. jangan kita biarkan tanah air tergadai dek kerana warna baju. Ayuh kita bersatu menuju puncak kejayaan.

 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) saya masih
Menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa politik adalah sesuatu yang kejam. Sesuatu yang tidak patut. Itu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan

Projek Food For Hunger Baitul Fiqh- Nilai Seketul Roti

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Masih ingatkah sahabat semua akan Persatuan Amal Firdausi (PAFI) yang pernah saya sebutkan sebelum ini? Kali ini mereka akan melakukan satu lagi aktiviti amal iaitu Projek Food For Hunger Baitul Fiqh.

Projek Food For Hunger Baitul Fiqh
Projek Food For Hunger Baitul Fiqh

Projek Food For Hunger Baitul Fiqh adalah antara aktiviti rutin bagi PAFI iaitu aktivi mengedarkan sedikit sumbangan berbentuk makanan kepada golongan geladangan tanpa mengira bangsa dan agama. Mungkin dengan seketul roti kita dapat membina saham kita di Syurga kelak.

Matlamat kali ini PAFI ingin mengedarkan roti untuk street feeding bagi kawasan tersebut iaitu:

  • Penang – 100 ketul
  • Johor – 100 ketul
  • Kuala Lumpur – 100 ketul
  • Puchong – 100 ketul

Ini adalah merupakan aktiviti bulanan PAFI.

Bagi yang berminat untuk menyumbang boleh melakukannya dengan menyumbang ke akaun:

Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)

Maybank Islamic

514347613298

Selepas sumbangan diberikan mohon berhubung terus di talian 018-2070953

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi no yang tertera.

Jom bersama kita jayakan Projek Food For Hunger Baitul Fiqh. Boleh dapatkan maklumat perkembangan terkini melalui facebook PAFI

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 10 Cara Habiskan Masa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya masa comel bersama
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam