The Founder Filem Wajib Tonton

Semalam sempat menonton filem The Founder. Filem ni memang dah lama ada dalam koleksi tapi tak sempat nak tonton. Semalam sempat tengok di Astro.

Bagi para usahawan atau yang baru nak jadi usahawan filem ini adalah wajib tonton.

Filem mengisahkan berkenaan sejarah penubuhan McDonald’s. Pada awalnya McDonald’s adalah sebuah restoren keluarga diasaskan adik beradik Mac dan Dick di sebuah pekan kecil. Ray Kroc kebetulan lalu dan singgah tertarik dengan konsep McDonald’s.

Sedang Ray asyik memerhati cara kerja di dalam McDonald’s, Mack telah mengajak Ray untuk melihat secara lebih dekat operasi McDonald’s. Peluang yang ditunggu tidak ditunggu oleh Ray.

Filem Founder
Filem Founder

Ray pada awalnya datang mengemukakan pelbagai rancangan pada Mac dan Dick tapi ditolak mentah mentah. Termasuk cadangan membuka lebih banyak cawangan dengan alasan cawangan gagal menjaga kualiti mereka menutup cawangan francais yang dibuka.

Continue reading “The Founder Filem Wajib Tonton”

Dari dulu memang aku suka kan 'martial art', boleh kata dari kecil dari umur aku
Arsene Wenger Tinggalkan Arsenal Arsène Wenger telah mengeluarkan kenyataan berikut: "Selepas
Jujur je aku mengaku memang aku buta pasal ilmu kereta, terutama bab dalam bahagian enjin.
Sempena ulangtahun ke-50 Big Mac, satu kolabrasi andara McDonald's x G-Shock telah berlaku. Dua syarikat

Ayuh Kita Bersatu Berjuang…

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan kempen ‘boikot’. Ramai sangat saya terbaca post sahabat saya yang mengajak ‘boikot’ produk yang dikaitkan dengan Israel antaranya McDonald’s, Starbuck dan lain-lain.

Boikot sepenuhnya. (Sumber : sabasun)
produk israel
Boikot Sebahagian (Sumber: Sabasun)

Saya tidak mahu menyeru untuk kempen ‘boikot’ ini. Saya tidak mahu mengulas perihal setiap produk yang disenaraikan di atas dan yang dikaitkan dengan Israel. Kalau saudaraku berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah ‘google’ saya rasa banyak yang membicarakan tentang topik ini sekarang ini. Bagi saya, ‘boikot’ adalah hak individu, terpulang pada diri masing-masing. Tiada paksaan bagi saya. Sebab mungkin mereka mempunyai alasan masing-masing. Fikir-fikirkan dan pertimbangkan menggunakan akal fikiran kita yang waras kurniaan Allah swt selepas melihat kezaliman dan kekejaman Israel.

Namun begitu, saya sendiri tidak mampu memboikot sepenuhnya. Saya akui ini. Saya tidak mahu hipokrit. Sebab ada barangan yang berjenama yang perlu diboikot masih saya gunakan. Insyallah selepas ini akan saya elakkan untuk membeli produk mereka lagi.

Cuma saya agak kecewa dengan sesetengah individu yang  lantang bersuara menyeru agar mem‘boikot’ semua produk Israel ini, yang terlalu emosional. Ya, saya akui saya juga emosional apabila melihat kekejaman Israel. Tapi tidak perlu untuk terlalu emosional sampaikan bertikam lidah bagai mahu bergaduh dek kerana perbezaan pendapat.

Ingat ramai yang amat seronok apabila melihat kita bertelingkah. Ramai yang akan menangguh di air yang keruh. Kerana di saat kita bertelingkah, lebih senang mereka memecah belahkan kita.

Hanya perlu tambahkan minyak pada pecikan api pertelingkahan itu, pasti kebakaran besar akan terjadi. Dan jika ini terjadi, semakin sukar untuk kita padamkan apinya.

Berbaliklah kita pada ajaran Agama Islam yang kita cintai yang sememangnya menyeru kita kepada perpaduan. Bersatulah kita mempertahankan agama dan bangsa kita. Tiada orang lain akan mempertahankan agama dan bangsa kita kalau bukan bermula dari kita. Usah menyalahkan orang lain jika kita sendiri yang tidak bertindak. Bersatulah kawan, bersatu kita berjuang.

Lebih molek sekiranya, kita semua bersatu hati mendoakan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia terutamanya di bumi Palestin dan menyumbangkan sedikit sedekah seikhlas hati bagi membantu semua umat Islam di dunia. RM1 yang kita sumbangkan insyallah besar buat mereka dan besar ganjarannya.

Unite and Fight.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku....... Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Semalam kita dikejutkan satu lagi post yang hina