10 Cara Menjimatkan Petrol Di Musim Perayaan

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Cuti Musim Perayaan Tahun Baru Cina ini pasti ramai yang ambil peluang untuk pulang ke kampung kan?

Ya lah cuti 4 hari dari Sabtu sampai Selasa. Saya sendiri ambil cuti terus seminggu sebab ada urusan yang perlu diselesaikan pada minggu tersebut. Harapnya semua berjalan lancar.

Hari ini saya nak kongsikan tips untuk menjimatkan petrol walaupun harga minyak turun pada 1 Februari 2016.

Cara menjimatkan petrol

Cara menjimatkan petrol

10 Cara Menjimatkan Petrol Di Musim Perayaan

  • Memandu mengikut had laju. Memandu mengikut had laju yang di tetapkan sebenarnya dapat menjimatkan minyak kerana setiap kali kita memecut penggunaan minyak adalah meningkat. Mengikut kajian memandu dengan kelajuan 100km/h dan 120km/h pada jarak yang sama memberi perbezaan sehingga 15% penggunaan petrol.
  • Elakkan memecut secara mendadak dan brek mengejut, mengikut kajian tindakan ini dapat meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 20%.
  • Periksa keadaan tayar. Keadaan tayar yang kurang angin akan meningkatkan penggunaan petrol. Kekurangan 2 psi tekanan angin tayar akan meningkatkan pengunaan petro sebanyak 1%.
  • Gunakan penyaman udara secara berhemah. Dalam keadaan sejuk elakkan menggunakan penyaman udara, penggunaan penyaman udara juga akan meningkatkan penggunaan petrol sebanyak 10-20%.
  • Pastikan tingkap tertutup.  Memandu dengan tingkap terbuka pada ketika kelajuan tinggi akan meningkatkan pengunaan petrol sebanyak 10%.
  • Servis kereta secara tetap secara berkala. Pastikan kereta kita diservis mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan kecekapan enjin berada di dalam keadaan terbaik.
  • Gunakan Cruise Control. Memandu dengan halaju yang tetap adalah menjimatkan minyak.
  • Buang beban yang berlebihan. Pastikan tiada barangan yang tidak diperlukan terutama ketika memandu jauh. Kereta yang mempunyai bebanan yang tinggi akan meningkatkan pengunaan petrol.
  • Elakkan kereta dalam idle terlalu lama, lebih baik mematikan enjin dari membiarkan kereta dalam keadaan idle terutama di lampu isyarat.
  • Pilih kereta yang menjimatkan petrol berdasarkan fuel comsumption setiap kenderaan.

Semoga entri ini dapat memberi manafaat pada semua pembaca diluar sana.

Selamat memandu dan hati hati memandu. Semoga perjalanan anda selamat pergi dan balik.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Alhamdulillah saya telah selamat berada di Ipoh, tahun
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Bulan Ramadhan ini saya lihat jalan semakin sesak
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Dunia Smartphone? Smartphone bagi saya sudah menjadi satu
Kenyataan yang memang sukar lagi diubah terutamanya dalam mentaliti orang kita, iaitu: Menang Disanjung Kalah

Selamat Memandu : Perjalanan Pulang Ke Kampung untuk Berhari Raya

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Alhamdulillah saya telah selamat berada di Ipoh, tahun ini turn Isteri dulu. Jadi ikutlah aturannya. Adat sudah bila pasangan dari negeri berbeza terpaksa lah beralah. Beralah bukan mengalah, tetapi hormat.

Perjalanan pulang saya siang semalam alhamdulillah lancar sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Trafik lancar, memang tenang memandu kali ini berbanding tahun lepas. Agaknya ramai yang telah pulang awal. Hari ini mungkin suasananya akan berbeza sebab Khamis semua sudah mula bercuti.

image

Perjalanan Pulang mereka pun nak pulang dah.

Perjalanan pulang kami di siang hari agak lancar ditemani cahaya matahari bersinar terang. Cuma apabila tiba sekitar Behrang, cahaya matahari bertemankan cahaya AES menyinari. Rasanya cahaya AES itu tidak ditujukan kepada kami, rasanya saya pandu bawah speed limit. Harapnya pun cahaya AES itu bukan milik kami.

Perjalanan pulang ke Kelantan dari Kuala Lumpur juga lancar menurut seorang kawan saya. Kami insyallah akan pulang ke Kelantan pada Hari Raya Ke 2.

Bagi yang belum lagi pulang ke kampung halaman pastikan semuanya dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Pastikan kereta, rumah dan diri dalam keadaan terbaik. Hati-hati memandu, pandulah dengan selamat.

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf Zahir Batin dari daddydee.net

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku.... Yeahhh.... Esok hari raya. Esok hari raya. Esok
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sedikit gambar tuan kecil berhari raya pada tahun

Duhai Pemandu Malaysia Memandulah Dengan Mata Dan Hati

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Bulan Ramadhan ini saya lihat jalan semakin sesak dan pemandu kenderaan 4 tayar ke atas semakin mengganas dan tidak sabar saya lihat. Jalan raya pasti akan sesak di sekitar ibu kota bermula jam 4 petang. Bertambah sesak kerana banyak jalan raya yang ditutup kerana Bazar Ramadhan dan orang parking merata kerana nak ke Bazar Ramadhan.

Kami penunggang motosikal bukan mat rempit

Kami penunggang motosikal bukan mat rempit

Sempena 14 Ramadhan 1434, saya sebagai penunggang tegar motosikal di ibu kota ini memohon pada semua pemandu supaya memandulah dengan mata dan hati, jangan pandu ikut nafsu, ikut nafsu nak beli martabak best di bazar Ramadhan dan ikut nafsu amarah.

Jana pendapatan dari rumah?
Tingkatkan jualan biar Doktor FB bantu.

Kami tahu pemandu semua lapar kerana berpuasa, kami penunggang motosikal pun berpuasa juga. Tuan/puan pemandu nak sampai cepat, kami penunggang pun nak sampai cepat. Tuan/puan pemandu nak sampai dengan selamat ke rumah, samalah juga dengan kami.

Perihatin dan kasihanlah kami penunggang motosikal ini, memandulah dengan mata dan hati. Jika nak masuk simpang atau tukar lane, bagilah singnal dahulu kemudian pandang guna cermin sisi dan belakang, jika selamat baru lah ambil tindakan masuk simpang atau tukar lane. Nak berhenti kecemasan pun sama juga. Amalkan balik apa yang pernah kita belajar di sekolah memandu dulu.

Jangan Jadi Begini

Jangan Jadi Begini – Memandulah dengan Mata dan Hati

Lagi satu, semasa memandu fokuslah tuan/puan, janganlah guna smartphone semasa memandu, baik surfing internet mahupun menjawab call. Fokus dulu pada pemanduan.

Nak Belajar Memandu

Akhir kata dari saya penunggang motosikal, bersamalah kita berhati-hati memandu dengan cermat sepanjang masa bukan di bulan Ramdhan dan Syawal sahaja. Jangan kita jadi sebahagian dari statistik kemalangan jalan raya musim perayaan. Terima kasih.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Alhamdulillah saya telah selamat berada di Ipoh, tahun
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Dunia Smartphone? Smartphone bagi saya sudah menjadi satu
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.

Dunia Smartphone : Memandu dan Menggunakan Smartphone

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Dunia Smartphone? Smartphone bagi saya sudah menjadi satu trend yang sedang menular dalam masyarakat kita sekarang ini, kebanyakan setiap orang ada smartphone tidak kira usia, pangkat atau status. Semua menggunakan smartphone. Saya pun pengguna smartphone memang amat membantu dalam tugasan harian saya sebagai pekerja, pelajar, penulis dan bapa. Memang hebat smartphone dunia di hujung jari.

Dunia smartphone - manusia yang semakin sibuk

Dunia smartphone – manusia yang semakin sibuk

Namun dalam hebatnya, smartphone ada juga yang kurang enak dan menarik yang saya lihat. Dunia smartphone menjadikan seseorang itu dalam dunia dia. Sebagai contoh melepak di kedai kopi dengan kawan-kawan untuk bersosial tapi dari awal jumpa sampai akhir semua sibuk dok bersosial dalam smartphone. Bagaimana?

Tapi itu bukan persoalan utama yang saya nak bangkitkan disini, tapi soal memandu sambil menggunakan smartphone. Saya cukup tidak setuju dengan tindakan sebegini. Jika dulu pernah dikuatkuasakan undang-undang larangan penggunaan telefon bimbit semasa memandu, hal ini adalah kerana kita sebenarnya tidak boleh fokus untuk melakukan dua kerja dalam satu masa.

Kalau dilihat banyak sudah jurnal berkaitan penggunaan smartphone semasa memandu telah diterbitkan. Banyak kajian telah dibuat. Rata-rata datang dengan kesimpulan yang sama iaitu manusia tidak boleh fokus dengan melakukan dua kerja dalam satu masa. Ianya bukan sahaja membahayakan pemandu itu sahaja tapi juga orang lain yang menggunakan jalan raya.

Saya sendiri pun banyak kali melihat ramai pemandu kita yang melayari internet, bermain facebook, menonton video dan membaca blog semasa memandu. Dan rata-rata saya lihat mereka gagal menumpukan perhatian semasa memandu, ini dapat dilihat dengan kawalan kenderaan yang mula ke kiri dan kanan dan pergerakan yang perlahan. Hal ini boleh menyumbang kepada kesesakan lalu lintas dan boleh menyebabkan kemalangan.

Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet
JomNiaga – RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru

Kalau ya ingin menambah ilmu dan mengisi masa lapang semasa memandu dalam kesesakan lalulintas, baik jangan bagi saya. Kalau mampu hire driver peribadi, boleh nanti main smartphone dan baca paper kat belakang. Ataupun guna saja public transport, memang sudah ada pemandu.

Bagi saya, elakkan menggunakan smartphone mahupun telefon bimbit semasa memandu. Fokus pada pemanduan dulu, lupakan dunia smartphone buat seketika. Sambunglah menggunakan smartphone apabila sudah sampai ke destinasi anda. Ingat smartphone boleh diganti, nyawa? Hargai nyawa anda.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Alhamdulillah saya telah selamat berada di Ipoh, tahun
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Bulan Ramadhan ini saya lihat jalan semakin sesak
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Teringat pada zaman muda mudi dulu masa bujang