Panduan Cari Jodoh Yang Terbaik

Sekarang ni aku tengok banyak yang berkongsi status dan juga gambar kegembiraan mereka di media sosial. Alhamdulillah. Seronok melihat kegembiraan semua.

Yang suami isteri berkongsi tentang status kegembiraan suami isteri bertanda pagar (hashtag) #tilljannah aku boleh la terima. Tapi yang budak budak wechat umur 14-15 tahun berkongsi status mama papa till jannah, apa jadah nya?

SPM pun tak habis lagi dik. Spender pun mak basuh lagi. Nak till jannah, gi belajar rajin rajin, patuh pada ibu bapa. Tu baru till jannah.

Hari ni dapat pula status camni.

Isteri solehah taat pada suami… Yang isap rokok daun yang kerja kampung tak payah nak cross line… Semak aje… Ada lambang H di alu-alukan… kancil turbo viva elite saga keta kebal tak pandang… abang abang H di beri keutamaan…

Jodoh Tu Kerja Tuhan

Aku tak tahulah kalau itu kriteria untuk jadi seorang suami sekarang ini. Dan ini juga cara cari jodoh sekarang ini.

Aku jumpa jodoh dari alam maya juga dulu. Alhamdulillah… sampai sekarang masih bersama, dan tolong doakan kami kekal selamanya.

Aku dulu diterima oleh isteri aku dengan kosong. Ya, kosong. Aku tiada sebarang logo pun, H ke, T ke, P ke. Haram tak ada. Masa kenal aku pakai moto Suzuki RG sport abang aku punya, asap fogging dan ekzos bising. Fuhh… Legend moto RG tu.

Continue reading “Panduan Cari Jodoh Yang Terbaik”

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Seperti yang saya kongsikan dalam entri sebelum ini
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Perkenalan dalam tempoh yang lama, berkawan dalam masa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isteri atau ibu atau wanita memang tinggi martabatnya
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,