Semoga dipermudahkan segala urusan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Hujung minggu seperti biasa, rutin harian saya akan diteruskan lagi dengan pergi menuntut ilmu, semoga dipermudahkan pembelajaran saya hari ini. Ya allah, kurniakan jiwa yang tenang hati yang lapang agar mudah saya menerima ilmu yang diajarkan.

Semoga kita dipermudahkan
Semoga kita dipermudahkan

Buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM, selamat mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir ini. Mungkin latih tubi adalah pendekatan terbaik di saat akhir ini. Perbanyakan latihan, jangan pernah jemu mengulang kaji pelajaran insyallah akan berbaloi pengorbanan adik adik. Saya mendoakan adik-adik, Semoga dipermudahkan semasa menduduki peperiksaan SPM nanti.

SPM adalah satu langkah kecil yang akan menjadi pemangkin satu kejayaan besar esok. Buat yang terbaik insyallah terbaik yang kita dapat. Selamat berusaha.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Saya bodoh? Ya, saya bodoh sebab itu pada
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Belajar Sambilan perlu bijak
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Syukur alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan, betul kata
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Keputusan UPSR Tahniah pada semua adik-adik yang telah

Mana Lagi Mudah Kerja Sambilan atau Belajar Sambilan?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Belajar Sambilan perlu bijak
Belajar Sambilan perlu bijak

Kerja Sambilan atau Belajar Sambilan keduanya saya pernah alami situasi ini. Memang kedua-dua nya ada kelebihan dan kekurangan nya yang tersendiri. Dan saya rasa setiap orang ada pendapat dan pandangan tersendiri tentang isu ini.

Saya pernah lalui kedua dua situasi ini, pernah menjadi pelajar dengan kerja sambilan dan pernah kerja dan belajar sambilan. Dua dua nya ada lebih dan kurang yang tersendiri.

Jika saya diberi pilihan saya akan memilih belajar dan kerja sambilan yang bagi saya lebih mudah dari kerja dan belajar sambilan. Belajar sambil kerja sambilan memberikan peluang untuk lebih fokus kepada belajar. Kerja sambilan biasanya bebanan kita tidak seberat pekerja tetap, dan komitmen diletakkan kepada kita adalah kurang berbanding kita kerja tetap. Tapi amanah dalam pekerjaan tetap perlu ada, amanah dalam diri kena ada.

Masa saya belajar dulu saya belum terpengaruh dengan dunia blog dan hasilkan duit secara online, jobdirumah juga belum ada. Jika ada jobdirumah memang saya tidak perlu kerja di restoren McDonald dan KFC dulu. Tapi semua ini pengalaman berharga dalam hidup saya.

Susah kah Belajar Sambilan?

Jawapan saya ya, memang susah tapi tidak ada yang mustahil jika ada kemahuan. Kerana kita perlu bahagikan masa sebaiknya, bila masa untuk kerja, untuk belajar dan untuk keluarga. Setiap satu perlukan perhatian yang khusus, pengorbanan yang besar diperlukan dari diri kita dan juga keluarga.

Belajar Sambilan pengurusan masa perlu bijak
Belajar Sambilan pengurusan masa perlu bijak

Semestinya jika kita belajar sambilan kita tidak boleh hilang fokus kepada kerja dan belajar. Jika hilang fokus mungkin kita akan dibuang kerja dan mungkin juga gagal dalam pelajaran. Perhatian keduanya diperlukan.

Kadang kala sedang bekerja tapi kepala memikirkan soal assignment yang belum disiapkan, begitulah sebaliknya. Pening memang pening tapi perlu bijak menanganinya.

Ianya bukanlah satu yang mustahil, saya mempunyai seorang sahabat yang sanggup datang ke Kota Metropolitan ini setiap hujung minggu untuk menuntut ilmu dari Penang. Dan seorang lagi terbang dari Bandung setiap minggu demi untuk ilmu. Hari Isnin hingga Jumaat mereka adalah pekerja, Sabtu dan Ahad adalah pelajar. Semuanya tidak mustahil, ada kemahuan dan pengorbanan pasti ada kejayaan.

Knowledge Is Power

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... TIPS EXAM Tips ini adalah pengalaman peribadi sepanjang
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Buat duit dengan blog bukan suatu mitos, ia
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Syukur alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan, betul kata
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Keputusan UPSR Tahniah pada semua adik-adik yang telah

Kerja Mudah Gaji Lumayan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Teringat pada zaman muda mudi dulu masa bujang terang tantang, gerak gaya ligat cam gasing. Memang kerja pun tak pernah melekat satu tempat. Pindah sana sini cam kaum nomad sudah. Pantang tak puas hati terus cari kerja lain. Satu hari saya melepak bersama seorang kawan lama di Damansara. Sambil makan mee goreng dan nescafe tarik sambil layan game bola sepak Manchester United lawan Chelsea.

Kerja mudah gaji lumayan
Kerja mudah gaji lumayan

Kerja Mudah Gaji Lumayan

‘Rasa nak cari kerja lain la. Dah tak tahan dah kerja tempat sekarang ni’ saya meluahkan perasaan pada kawan saya.

‘Kenapa nak tukar kerja pula? Kau dah kenapa?’ Tanya kawan saya nak kan kepastian.

‘Saja nak tukar angin la. Kau ada lubang baik ke?’

‘Ada. Tapi hati kena kering la. Kerja mudah gaji lumayan.’

Kerja mudah gaji lumayan satu quote yang cukup menarik bagi saya. Ya lah dalam dunia ini mana ada kerja mudah gaji lumayan. Yang banyaknya kerja cam macai gaji ciput saja.

‘Kau jangan main main. Mana ada kerja mudah gaji lumayan. Aku serius ni.’

‘Betul la. Aku tengok kau memang dah ada gaya. Muka dah bengis. Garang pun dah ada.’ Terang kawan saya bersungguh-sungguh

‘Aik…. muka aku je kau tengok. Tak perlu ada ijazah ke sijil ke.’ Tanya saya lagi.

‘Tak perlu semua itu. Itu semua dunia’

‘Main-main pula kau ni. Kerja apa kau cakap ni.’

Kerja Mudah Gaji Lumayan - Nak kena cincang tak?
Kerja Mudah Gaji Lumayan – Nak kena cincang tak?

‘Pembunuh upahan. Kau mahu ke?’

Ya malam itu memang saya nak je bunuh kawan saya buat sate. Tengah saya serius nak mencari kerja boleh dia mempermainkan hati dan perasaan saya ini. Oh sahabat sampai hati kamu.

Benar kah ke kerja sebagai pembunuh upahan itu kerja mudah gaji lumayan? Betul ke? Saya tak rasa kerja mencabut nyawa orang lain itu kerja yang mudah. Betul tak? Saya tak sampai hati untuk bunuh orang.

Nak kerja mudah gaji lumayan jom cuba ini.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ingat lagi pada tahun 2007 semasa saya mula
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Perlukan modal besar atau modal kecil yang diperlukan untuk