Tips Blogging: Panduan Menulis Entri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku..

Apa khabar semua? Hari ini hanya ingin berkongsi sedikit Tips Blogging: Panduan Menulis Entri. Panduan ini hanya untuk blogger baru seperti saya, kalau dah blogger senior mungkin tak perlukan tips seperti ini.

Tips Blog : Panduan Menulis Entri
Tips Blog : Panduan Menulis Entri
  • Fokus Topik – Tulisan entri blog yang fokus atau ber’niche’ini lebih bagus sebenarnya kalau mampu buat seperti blog perihal teknologi, travel atau makanan seperti blogger ini, ini dan ini. Ini kerana ia akan memudahkan enjin carian untuk mencari blog kita yang mempunyai imej yang jelas. Saya sendiri pun belum mampu buat blog sebegini. Ilmu belum cukup di dada.
  • Panjang – Entri yang panjang dan berinformasi sebenarnya memang bagus tapi berapa ramaikah pengunjung blog kita yang sanggup baca entri tulisan kita sampai habis. Jadi tulis biar berpada-pada. TIdak panjang tidak pendek yang penting maksud yang kita ingin sampaikan sampai kepada pembaca. Pembaca boleh faham entri kita itu. Kalau entri itu terlalu panjang sebaiknya bahagikan kepada beberapa entri dan terbitkan secara berkala. Ini boleh buat entri lagi menarik dengan menambah elemen suspen seperti cerita Ain Maisarah oleh blogger ini.
  • Lontarkan buah fikiran – Tuliskan entri dengan berfikir sebaiknya, bukan sekadar satu tulisan kosong. Menulis entri dengan berfikir pasti akan memberikan lebih kualiti pada entri tersebut. Bukan sekadar entri kosong. Sebaiknya dan jika rajin tulis atau catat dahulu point point penting atas sekeping kertas, rangkakan dahulu entri sebelum menulis entri penuh. Ingat ilmu yang baik dikongsikan pasti kita juga akan dapat balasan baik dan begitu juga jika sebaliknya.
  • Gaya Bahasa – Sebolehnya gunakan gaya bahasa yang mudah dan senang difahami oleh semua orang. Tidak kiralah gaya bahasa manapun kita nak gunakan tapi biarlah mudah difahami. Elakkan menggunakan gaya bahasa short form yang pelik pelik seperti c2 utk situ, uat utk buat dan lain lain lagi. Yang boleh membuatkan pembaca jadi malas untuk membaca.
  • Pos Secara Kosisten – Sebaiknya poslah entri secara kosisten, ini juga menunjukkan kita blogger yang berdisiplin. Saya juga bukan penulis blog yang kosisten. Selalu saja tercicir sebaik saja dipuncak ada saja halangan. Seperti blogger ini yang kosisten dengan entri nya sejak dari saya mula kenal beliau dari blog lama saya lagi.

Semoga perkongsian ini akan memberi manafaat pada semua pembaca blog ini dan dapat membantu saudara sekalian menulis entri yang lebih berkualiti. Kalau ada lagi boleh sama kita tambahkan. Sharing is caring.