Malaysia Juara Pestabola Merdeka

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku. ….

Perlawanan akhir Pestabola Merdeka antara Malaysia lawan Myanmar telah tamat, dengan Malaysia Juara Pestabola Merdeka. Malaysia menang dengan 2-0. Tahniah squad Harimau dan Ong Kim Swee.

Tahniah. Malaysia Juara Pestabola Merdeka 2013

juara pestabola merdeka
juara pestabola merdeka

Ong Kim Swee membariskan barisan kesebelahan terbaiknya dengan membariskan Wan Zack Haiqal, Izam Tarmizi, Rozaimi, Arasu, K.Ruben Shahrul, Irfan dan Junior diturunkan. Perlawanan dilihat seimbang dengan kedua pasukan saling menyerang dan bertahan.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Rozaimi (minit 28) dan Junior (minit 94). Namun pujian juga harus diberikan kepada Wan Zack Haiqal yang menjadi nadi kepada gerakan pasukan.

Gol pertama Malaysia juga hadir hasil dari rembatan Wan Zack Haiqal yang ditepis oleh penjaga gol Myanmar kemudian tertampan ke kaki Rozaimi.

Pemenang Bagi Pestabola Merdeka

Rozaimi memenangi kasut emas dengan 3 gol.
Wan Zack Haiqal memenangi Pemain Terbaik.

Kedudukan Akhir Pasukan Pestabola Merdeka

Piala Pestabola Merdeka
Piala Pestabola Merdeka

Juara : Malaysia
Naib Juara : Myanmar
Tempat Ke-3 : Singapura
Tempat Ke-4 : Thailand

Apapun tahniah buat kesemua pasukan Harimau Muda (Malaysia) dan Ong Kim Swee. Harimau mengaum garang malam ini. Tahniah.

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka Malaysia lawan Myanmar Malam
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku....... Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... 31 Ogos sudah berlalu, sambutan Hari Merdeka Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Nyanyi Lagu Negaraku Dalam Pawagam

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Isnin lalu, saya bersama isteri pergi menonton Elysium di KLCC, ini adalah pertama kali kami ke pawagam selepas beberapa lama tidak ke pawagam. Rasanya hampir sudah 3 tahun saya tidak jejak kaki ke pawagam. Selepas berkahwin memang saya tidak pernah lagi setakat ini menjejak kaki ke pawagam tanpa ditemani isteri. Saya hanya akan menonton jika bersama isteri saya.

Nyanyi Lagu Negaraku Dalam Pawagam?

Ya, kita perlu nyanyi lagu Negaraku dalam pawagam sebelum bermulanya movie. Itu yang saya lalui semasa menonton Elysium.

Nyanyi Lagu Negaraku Dalam Pawagam - Semai semangat patriotik di jiwa
Nyanyi Lagu Negaraku Dalam Pawagam – Semai semangat patriotik di jiwa

Dikatakan, ini adalah bertujuan memupuk semangat patriotik dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Dan saya amat setuju dengan tujuan untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa Rakyat Malaysia yang dilihat semakin pudar, begitu juga dengan semangat kekitaan.

Sejujur saya katakan saya kurang bersetuju untuk nyanyi lagu Negaraku dalam pawagam kerana ia seperti merosakkan mood untuk menonton. Tapi jika itu adalah jalan terbaik untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa rakyat Malaysia, saya rasa ianya perlu.

Semasa saya menonton Esylium, saya sempat melihat sekeliling ketika arahan untuk bangun bagi menghormati lagu Negaraku dan nyanyi lagu Negaraku, saya lihat ada lebih kurang enam orang yang berdegil dan duduk semasa lagu Negaraku di mainkan. Antara yang saya perasan adalah warga asing dari Timur Tengah.

Pada pandangan saya, mungkin kerajaan kita perlu memikirkan alternatif lain bagi memupuk semangat patriotik dalam jiwa rakyat Malaysia. Mungkin boleh digunakan pendekatan Thailand dimana lagu kebangsaan mereka akan dinyanyikan dua kali sehari dan semua rakyat wajib berdiri tegak apabila lagu kebangsaan mereka dimainkan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bangga menjadi rakyat Malaysia dan kibarkan bendera kita. Kita yang harus mulakanya.

Kali ini berkesempatan untuk menonton Justice League dengan wife dan anak-anak. Ikutkan kehendak abang Haiqal
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sinopsis Movie Elysium Movie Elysium adalah satu filem

Semangat Kekitaan Yang Hilang

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…….

Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan yang hilang dari diri kita kini? Tenung dalam jiwa sendiri melihat mencari semangat yang hilang.

Apakah itu semangat kekitaaan? Saya tidak tahu maksudnya dari segi bahasa atau kamus dewan. Tapi dari segi pemahaman saya ianya adalah perpaduan, kesatuan. Utuhkah perpaduan kita kini?

Semangat Kekitaan yang Hilang - Kembalikan perpaduan antara kita
Semangat Kekitaan yang Hilang – Kembalikan perpaduan antara kita

Saya tidak ingin melihat jauh. Cukup kita melihat dalam keluarga kita sendiri terlebih dahulu. Berapa ramai yang akan membantu adik beradik mereka yang susah? Berapa ramai yang turun merewang setiap kali kenduri? Berapa generasi keluarga yang kita kenal?

Apakah jawapan jujur saudara semua untuk soalan di atas?

Kalau orang tua dahulu bukan setakat kenal sepupu sepapat, dua pupu atau tiga pupu, bau bau bacang pun mereka masih kenal dan akrab. Amat akrab persaudaraan mereka. Tapi kita sekarang sepupu sepapat pun kita sudah tidak rapat. Tidak bersatu hati. Kau kau aku aku, semangat kekitaan yang hilang. Saudara sendiri boleh bertumbuk sebab tidak mengenali.

Kalau ada pun yang kenal saudara atau ramai kawan pasti kawan itu hanya dalam laman sosial, laman Facebook. Malah mungkin ada juga yang tak pernah kenal saudara sendiri di alam nyata tapi hanya kenal dalam laman sosial. Mengapa? Kerana tiada lagi semangat kekitaan dalam hubungan, tiada lagi amalan kujung mengungjung. Hujung minggu kita mengungjung juga tapi ke MegaMall MidValley, KLCC, One Utama, Tebrau City dan banyak lagi, bukan lagi ke rumah saudara dan sahabat.

Kalau dahulu untuk kerja rewang atau kenduri pasti segerombol turun pakat sama untuk gotong royong. Sambil potong daging sambil gulung rokok daun. Sambil kacau gulai di dapur sambil sedut rokok Malboro. Tapi kini, berapa kerat yang akan turun rewang? Buat kerja sikit sudah mengeluh itu ini. Tolong seminit hilang berjam jam, atau lesap terus.

Tak kurang juga yang beri alasan sibuk dengan cari wang ringgit. Komitmen kerja yang tinggi katanya. Berapa ratus ribu duit dalam bank? Berapa duit dalam ASB? Berapa simpanan unit amanah? Berapa ekar tanah? Berapa buah unit rumah?  Itu semua alasan. Orang dulu tanah berelung-relung, ladang berekar-ekar, binatang ternakan yang tidak terkira sempat saja datang membantu setiap kali diperlukan. Ini kerana sifat kekitaan mereka yang tinggi.

Itu baru situasi dalam keluarga belum lagi situasi dalam pejabat, organisasi atau masyarakat setempat. Semua pun lebih kurang sama saja. Setiap kerja diharapkan dengan habuan. Tiada kudrat tiada habuan.

Fikir fikirlah, dimanakah hilang semangat kekitaan kita? Kembalikan semangat kekitaan yang hilang. Jangan biarkan ia terus lupus. Hapuskan semangat kekakuan dari jiwa.

We are unite…. Hidupkan semangat kekitaan.

  Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Oktober 2012 sudah pergi meninggalkan kita, buka
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Semalam kita dikejutkan satu lagi post yang hina
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan

Kibar Bendera Untuk Merdeka

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku……

31 Ogos sudah berlalu, sambutan Hari Merdeka Malaysia ke 56. Sekarang ini kita boleh lihat ramai yang kibar bendera sekarang ini. Sana sini pakat kibar bendera, ada yang penuh bangunan, ada juga yang penuh kereta.

kibar bendera Malaysia
kibar bendera Malaysia

Pernah saya tanya ‘Banyak bendera bang?’.

‘Ya lah sekarang musim kemerdekaan. Kita mesti semangat’ jawab abang itu.

Semangat untuk kibar bendera Malaysia kenapa mestu musim bulan Kemerdekaan saja. Kenapa tidak sepanjang masa?

Kita sayangi Malaysia, kita sanjung bendera Malaysia adalah sepanjang masa bukan hanya di bulan kemerdekaan saja. Bukan ada musim. Sebagai rakyat Malaysia kita mesti bangga jadi rakyat Malaysia. Kibar bendera kita sepanjang masa.

Ayuh tanamkan semangat cintakan negara kita Malaysia, bumi indah yang menjadi tanah tumpah darah kita.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Isnin lalu, saya bersama isteri pergi menonton Elysium
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku....... Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Salam Merdeka : Merdeka kah Kita?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 56
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 56

Salam Merdeka, Hari ini 31 Ogos kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Negara buat kali ke 56. Sudah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan. Negara kita Malaysia sudah gah 56 tahun merdeka, tapi sudahkah kita merdeka?

Merdeka kah kita? Sudahkan kita bebas sebenarnya? Bebaskah masyarakat kita hari ini? Bebas bukan sekadar penjajahan fizikal tapi juga penjajahan minda?

Saya sendiri belum merdeka, masih banyak yang saya perlu lakukan untuk menjadi matlamat saya untuk jadi jutawan. Jutawan ilmu dan harta, jutawan dunia dan akhirat. Saya mahu keduanya kerana saya amat tamak, tamakkan ilmu terutamanya. Sebab itulah, di ambang menjelang 3 siri ini saya masih lagi bergelar pelajar. Dan innshallah saya akan terus bergelar pelajar sampai 6 siri, itu matlamat saya. Menuntut ilmu sampai akhir nyawa.

Saya juga belum merdeka, kerana saya masih hidup dikelilingi hutang. Masih banyak hutang yang jelaskan. TIdak kiralah hutang dengan keluarga mahupun hutang dengan bank. Masih banyak saya berhutang yang perlu jelaskan. Namun syukur alhamdulillah, jerat hutang telah menarik minat saya untuk menkaji ilmu pelaburan. Menerokai selok belok dunia pelaburan yang unik.

Dalam dunia blog juga saya belum merdeka sepenuhnya, masih banyak ilmu blog yang belum saya kuasai. Makin banyak yang saya kuasai makin banyak rasanya yang saya tidak tahu. Saya cuba mempraktikan ilmu yang saya pelajari dari Ebook Teknik SEO Merah Jambu dan Tips Atasi Kekeringan Idea sedikit demi sedikit.

Merdeka kah kita? Merdeka kah kita semua sebenarnya? Saya masih mencari kemerdekaan diri saya.

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-56.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Isnin lalu, saya bersama isteri pergi menonton Elysium
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku....... Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... 31 Ogos sudah berlalu, sambutan Hari Merdeka Malaysia