Ozil Perancang Utama Arsenal

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Mesut Ozil yang baru dibeli oleh Arsenal pada saat akhir pintu perpindahan nyata menjadi Perancang Utama Arsenal. Arsene Wenger telah menyenaraikan Ozil dalam kesebelasan utama menentang Sunderland di Stadium of Light.

Ozil Perancang Utama Baru Arsenal

Ozil telah membalas kepercayaan Arsene Wenger dan sokongan peminat Arsenal dengan menajadi badi utama dalam permainan Arsenal pada malam ini menetang Sunderland. Ternyata penampilan pertama Ozil memmang memberi kesan kepada persembahan Arsenal. Nampak ada kelainan dari segi pergerakan dan taktikal.

Gol pertama yang dijaringkan oleh Giroud adalah hasil umpanan Ozil. Dua gol dijaringkan oleh Ramsey dan satu gol saguhati Sunderland di jaringkan Gardner. Agak meneglirukan apabila satu gol Sunderland tidak dikira oleh pengadil

Keputusan Penuh EPL Minggu Ke-4

Manchester United 2-0 Crystal Palace      Old Trafford (75,170)
Aston Villa 1-2 Newcastle United               Villa Park (37,554)
Fulham 1-1 West Bromwich Albion            Craven Cottage (25,560)
Hull City 1-1 Cardiff City                            The KC Stadium (21,949)
Stoke City 0-0 Manchester City                Britannia Stadium (25,052)
Sunderland 1-3 Arsenal                           Stadium of Light (39,055)
Tottenham Hotspur 2-0 Norwich City         White Hart Lane (35,952)
Everton 1-0 Chelsea                                 Goodison Park (36,034)
Southampton 0-0 West Ham United          The Friends Provident St Mary’s Stadium (28,794)

 

Selepas 4 minggu, Arsenal menduduki tempat pertama. Harapnya ini kekal sehingga akhir musim dengan adanya Ozil Perancang Utama dibantu oleh yang lain seperti Cazorla, Walcott, Giroud dan Ramsey.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka Malaysia lawan Myanmar Malam
Asalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Pintu perpindahan bagi pemain bola sepak liga Inggeris
Demam bola telah kembali lagi untuk Euro 2012. Sejak hari Sabtu malam hari tu sampai
Kumpulan A Poland 1 - 1 Greece Lewondawski 17' Salpingidis 51' Russia 4 - 1

Muka Baru Arsenal : Mesut Ozil Sertai Arsenal

Asalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Pintu perpindahan bagi pemain bola sepak liga Inggeris telah pun ditutup, saya memang menantikan apakah perpindahan saat akhir yang akan terjadi terutama kepada pasukan yang saya minat sejak dari sekolah lagi iaitu Arsenal. Siapakah bakal muka baru di Arsenal? Memang setiap musim pun saya akan menantikan perpindahan saat akhir di laman soccernet. Fokus perpindahan musim ini sudah tentu kepada Gareth Bale. Namun tidak kurang hebatnya apabila Mesut Ozil sertai Arsenal.

Mesut Ozil Sertai Arsenal
Mesut Ozil Sertai Arsenal

Mesut Ozil sertai Arsenal? Siapakah Mesut Ozil, bagi peminat bola sepak pasti tahu siapakah beliau yang bergandingan mantap dengan Sami Khedira di bahagian tengah pasukan bola sepak German. Nama Mesut Ozil juga pasti tidak asing bagi peminat Real Madrid, beliau membuat 159 penampilan dan menjaringkan 27 gol.

Arsene Wenger telah berjaya membawa masuk Mesut Ozil dengan dikhabarkan yuran perpindahan sebanya 42.4 juta pound.

Diharapkan dengan Mesut Ozil sertai Arsenal di bahagian tengah akan menambahkan lagi bisa dan kreativiti pasukan Arsenal. Diharapkan gandingan Ozil, Walcott, Podolski, Cazorla dan Giroud akan membawa tuah kepada Arsenal musim ini. Arsenal juara liga.

Selain Mesut Ozil, antara muka baru Arsenal adalah Emiliano Viviano (penjaga gol dari Palermo) dan juga Mathieu Flamini (pemain tengah dari AC Milan). Flamini bukanlah satu muka baru tapi muka lama yang kembali bersama Arsenal.

Antara nama besar yang melakukan perpindahan saat akhir adalah:

  • Gareth Bale sertai Real Madrid dari Tottenham
  • Marouane Fellaini sertai Manchester United dari Everton
  • Mohamadau Sakho sertai Liverpool dari PSG
  • Kaka sertai AC Milan dari Real Madrid

 

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka Malaysia lawan Myanmar Malam
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... JDT dikhabarkan sudah mengambil Pablo Aimar. Team lain