Jumlah A Bukan Pengukur Kejayaan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tahniah buat semua adik-adik yang baru mendapat keputusan SPM dan SPTM. Tahniah pada semua, tahniah pada yang berjaya mendapat semua A dan tahniah juga pada yang tidak berjaya. Ini semua bukan pengukur kejayaan anda.

Pengukur Kejayaan

Pengukur Kejayaan

Saya dulu pun gagal mendapat keputusan yang saya inginkan. Saya amat kecewa. Apabila mendengar kawan-kawan mendapat keputusan semua A saya mula cemburu. Di kampung, jiran tetangga sibuk bercerita anak mereka mendapat semua A. Saya amat kecewa, terasa dunia saya sudah kiamat. Kerana pada masa itu saya anggap SPM adalah pengukur kejayaan dalam hidup seseorang. pengukur kejayaan

Saya nekad mula untuk mencari rezeki, bukan lagi belajar. Saya mula bekerja sebagai salesman mesin jahit di Kuala Lumpur. Semangat untuk belajar mula pudar, dek kerana kecewa dengan keputusan SPM saya. Semasa bekerja saya mula belajar untuk berkomunikasi dengan baik dan secara tidak langsung saya juga belajar ‘Laws of Attractions’. Pelajaran semasa kerja juga amat berharga, bukan saja teori tapi juga praktikal. Tapi saya terpaksa akur dengan permintaan Mak saya untuk saya terus sambung belajar sehinggalah saya ada di tempat saya ada sekarang. pengukur kejayaan

Apa yang saya ingin katakan, adalah keputusan SPM dan SPTM bukanlah pengukur kejayaan anda. Tapi adalah satu permulaan anda, apa yang penting adalah apa langkah kita seterusnya untuk menuju puncak jaya. Teruskan pendakian anda ke puncak kejayaan.

Sudah tentu bagi mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang mereka akan menuju ke Universiti impian mereka. Tapi bagi yang tidak berjaya, jangan sesekali putus asa. Masih banyak peluang terbuka di luar sana, rebut selagi boleh. Banyak institut di luar sana menawarkan kursus kemahiran yang menarik. Rebutlah. Belajar dan terus belajar.

Dunia hari ini adalah dunia ‘TAHU BUAT’ bukan lagi dunia tahu cakap saja. Dunia hari ini terbuka kepada siapa cepat dan tahu. Teruskan berusaha, dunia masih luas. Dunia kalian belum kiamat, tapi baru bermula. Dengan melangkah ke alam dunia kerja yang sebenar.pengukur kejayaan

Ramai sebenarnya yang diluar sana yang berjaya, bukan kerana keputusan peperiksaannya yang cantik tapi disebabkan kebijaksaannya merebut peluang yang terhidang.

Semakin jauh anda melangkah semakin banyak yang akan anda semua pelajari. Percayalah.

pengukur kejayaan  pengukur kejayaan pengukur kejayaan

Movie Review : Premium Rush

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

Sekadar ingin berkongsi salah satu movie yang bagi saya amat menarik minat saya. Jarang saya menonton movie ulang dua tiga kali, tapi untuk movie Premium Rush, ya saya ulang tayang dua tiga kali.

Thriller Premium Rush

Sinopsis Premium Rush

Movie ini mengisahkan tentang kehidupan penghantar surat berbasikal, Wilee (Joseph Gordon-Levitt) bersama teman wanita nya, Vanessa (Dania Remirez) dan beberapa orang yang lain. Wilee merupakan seorang yang gilakan kelajuan, dan tidak suka menggunakan brek sebab itu dia memilih untuk menggunakan basikal fixie. Dan dia merupakan mesengger terhebat dalam kumpulannya.

Premium Rush

Liku-liku kehidupan yang dilalui Wilee beruah apabila mengambil satu surat dari Nima untuk dihantar kepada Sister Chen. Sampul yang mengandungi satu tiket yang amat penting bagi Nima.

Dalam masa yang sama, Detektif Monday (NYPD) yang telah terjerat masalah hutang dengan along, Mr. Lin, telah dipergunakan oleh Mr. Lin untuk merebut tiket Nima dan sekiranya Detektif Monday berjaya segala hutangnya dengan Mr. Lin akan selesai. Detektif Monday telah cuba sedaya upaya menghalang Wilee dari menyampaikan tiket tersebut kepada Sister Chen. Pelbagai usaha dilakukan oleh Detektif Monday untuk menghalang Wilee. Akan berjayakah Wilee?

Apa yang Best dalam Premium Rush?

Sebagai seorang peminat X-games (walaupun tak reti main  X-games), aksi kejar mengejar menggunakan basikal amat mengagumkan bagi saya. Amat menarik sekali aksi yang dipamerkan. Namun apa yang lebih menarik bagi saya adalah mesej yang terkandung dalam movie ini yang boleh saya ambil antaranya :

  • Kerjasama dalam pasukan. Walaupun, mesengger bekerja secara individu, mereka amat perihatin antara satu sama lain.
  • Komited dalam melakukan kerja. Cuba menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada kita sebaik mungkin.
  • Amanah dan integriti dalam melakukan kerja. Wilee menolak tawaran dari Detektif Monday yang sanggup membayar Wilee jika surat itu diserahkan kepadanya.
  • Sifat kemanusiaan. Membantu kawan dalam kesusahan.
  • Membuat keputusan dalam keadaan kritikal amatlah penting dengan mengambil kira setiap kemungkinan yang akan berlaku. Kekadang keputusan yang kita ambil mungkin tidak tepat.
  • Melakukan kerja yang kita suka. Bukan kerana terpaksa.

Itu antara moral yang dapat saya ambil. Ada tak saudara blogger yang dah tengok movie ni dan boleh berkongsi pandangan?

 

PS: Basikal pun boleh drift. Ada berani?

 

Christine Ha : Kekurangan Bukan Alasan Untuk Berjaya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Christine Ha seorang lagi insan yang berjaya menyentuh jiwa saya, kekurangan satu deria bukan satu alasan bagi Christine Ha untuk mengejar cita-cita beliau. Christine Ha merupakan peserta buta yang pertama dalam Program Masterchef (US) musim ke-3.

Christine Ha

Christine Ha

Dan yang amat mengagumkan saya adalah Christine Ha merupakan Juara Masterchef US musim ke-3. Kecacatan beliau bukan kekurangan mahupun kelemahan dalam mengejar kejayaan. Hebat bukan? Seorang buta mampu mengalahkan persaing mereka yang mampu melihat.

Josh vs Christine

Bagaimana beliau menang? Saya pun bagai tak percaya, tapi itulah hakikat satu kekurangan menjadi satu kekuatan beliau. Petikan dari komen juri yang saya baca adalah berbunyi ‘Dari segi persembahan memang Josh lebih menyerlah tapi keseimbangan hidangan beliau yang menjadi kunci pemikat hati juri’.

 

Video Christine Ha semasa audition.

Video kemenangan Christine Ha

Jika Christine Ha mampu, kita juga pasti mampu mengejar apa jua yang kita mahukan. Menggapai puncak jaya. Ingat, kekurangan bukanlah satu alasan, jika kita mahu kita pasti boleh.

10 entri terbaik Denaihati

Assalaamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku sekalian…

denaihati.com

denaihati.com

Denahati.com satu blog yang sememangnya tidak asing lagi bagi saya sendiri. Sebelum blog ini wujud (blog lama saya heykawan.com) saya sudah mula membaca blog denaihati.com ini. Apa yang menariknya adalah pendekatan berbeza yang digunakan oleh Tuan Denaihati ini iaitu dengan taglinenya ‘Hidup Untuk Memberi’, Tuan Denaihati sekali lagi telah bermurah hati untuk memberikan Bonus Raya Aidilfitri 2012.

Gaya penulisan Tuan Denaihati sememangnya mempunyai identitinya yang tersendiri yang telah berjaya menarik minat saya untuk membaca setiap entri beliau. Berikut adalah 10 entri terbaik Denaihati pada pandangan saya:

1. Marah Ayah dan Ibu setakat mana

Entri ini agak menyentuh hati saya ketika membacanya kerana saya juga pernah suatu sama amat bencikan Abah saya sendiri. Saya anggapkan abah saya adalah seperti musuh saya. Bagi saya, abah saya tidak adil, kejam dan tidak sayangkan saya. Abah saya juga selalu marahkan saya. Tapi itu dulu, ketika umur saya belasan, kini saya menganggap abah sebagai teman rapat saya. Kini baru saya faham marah abah kerana sayang.

Tapi saya tetap kesal dengan beberapa orang kawan saya yang masih tidak dapat memaafkan ibu bapa mereka. Merajuk, saya doakan mereka sedar yang bahawa ibu bapa adalah segalanya sebelum terlambat.

2. Mengejar Matawang di Alam Akhirat

Dalam kesibukan kita mengejar wang ringgit untuk kemewahan dunia kita sering lupa untuk menabung untuk bekalan Akhirat. Entri ini memberikan suatu peringatan yang amat bermakna dalam hidup saya yang sering lupa dan alpa, dalam mengejar kekayaan dan kebahgiaan dunia jangan sekali dilupakan akhirat.

3. Merotani anak tanda sayang

Mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak saya. Rotan adalah makanan saya kalau membuat salah. Abah memang garang dulu dan rotan adalah upah bagi anak nya yang degil dan buat salah. Kalau tidak kerana abah yang garang dan rotan nya, saya yakin saya mungkin tidak berada di sini. Jika dulu saya marah kerana di rotan. Tapi kini, ucapan Terima Kasih dari saya buat abah yang telah merotan saya. Sememangnya, benar merotani anak tanda sayang.

4. Pesanan terakhir Rasulullah SAW untuk umat akhir zaman

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Entri wajib saya baca, apabila saya goyang dan lemah. Baca entri ini dapat menguatkan kembali diri saya, bangkit dari lena. Adalah suatu nikmat sebenarnya kerana saya dilahirkan sebagai ISLAM.

5. Ayah dan Ibu jambatan ke Syurga tetapi ramai yang lupa

Mungkin kita merasakan kita sudah menjalankan tugas kita sebaik mungkin. Mungkin kita adalah pekerja terbaik, menjalankan tugas sebaiknya dengan penuh integriti. Tapi sudahkah kita melaksanakan tugas kita sebagai anak? Pernahkah kita mencalarkan jiwa ayah ibu? Tugas kita adalah menjadi anak yang cemerlang, yang tidak pernah melupakan tanggungjawab kita sebagai anak.

6. Hijrah dari baik kepada yang lebih baik

Sekiranya kita masih gagal melaksanakan tugas kita sebagai anak yang cemerlang, cepat-cepatlah kita berhijrah. Sekiranya kita sudah cemerlang, tetap jua kita berhijrah untuk menjadi anak yang terbilang. Menjadi anak yang soleh. Hijrah untuk menjadi yang lebih baik tidak pernah merugikan.

Fadhilat amal : Firman Allah Surah Al-Nisaa ayat 100 : “Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasulnya. Kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

7. TAKUT untuk BERJAYA!!!

Tidak mahu berhijrah, kerana kita sudah selesa dengan kedudukan kita sekarang. Kita tidak mahu lebih, kita tidak tamak. SALAH. Sebenarnya kita adalah manusia yang rugi kerana Tidak Mahu Berhijrah Menjadi yang Lebih Baik. Orang sebegini adalah orang yang TAKUT UNTUK BERJAYA. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha.

8. Matlamat Hidup

Jangan kita pernah takut untuk berjaya. Tetapkan matlamat hidup kita. Apakah matlamat hidup anda? Saya, matlamat hidup saya adalah untuk bahagia dan berjaya dunia dan akhirat. Anda?

Tidak rugi menanam cita-cita yang tinggi. Dan jangan pernah menyesal sekiranya kita gagal mencapainya tapi menyesallah kalau kita tiada matlamat hidup atau tidak pernah berusaha untuk mencapai matlamat hidup kita.

9. Gagal Merancang Untuk Berjaya

Pernah dengar akan kata-kata pujangga, gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Jadi rencanakanlah jalan kejayaan yang ingin kita capai dalam hidup ini.

10. Masalah Hidup Insya Allah ada jalannya

Jangan pernah merungut akan kesusahan atau kesulitan yang kita hadapi hari ini. Pasti masih ada hikmah yang tersembunyi dalam setiap yang terjadi. Tiada kesenangan yang dapat kita capai tanpa perlu bersusah. Tiada masalah dalam dunia ini yang tiada penyelesaianya. Kesulitan yang datang pada kita adalah kerana ujian Allah swt. Allah swt tidak akan menguji kita sekiranya kita tidak mampu. Jangan mengeluh tapi berusahalah insyallah ada jalan nya dan ada hikmahnya disebalik semua yang terjadi.

Itu adalah antara entri menarik dalam blog denaihati.com yang telah memikat jiwa raga saya. Sebenarnya, banyak ilmu yang saya kaut dari blog Tuan Denaihati ini. Yang banyak membuka minda dan hati saya setiap kali membacanya.

“Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.

Tunjuk Sana Tunjuk Sini

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi Buat Semua Saudaraku Sekalian..

Tunjuk sana tunjuk sini. Ya hari ini saya nak kongsi cerita tunjuk. Bukan cerita saya membeli kuih juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan. Tidak sama sekali. Jangan risau. Daddydee makan nasi dengan petai dan budu. Itu wajib.

Semut pun bersatu

Tunjuk sana tunjuk sini, ramai orang suka macam ini, menyalahkan orang lain. Ramai yang begini. Dan tak ramai yang akan tunding jari pada diri sendiri. Menyalahkan diri sendiri. Dan mungkin juga tiada.

Sepanjang beberapa tahun saya bekerja dalam organisasi swasta atau kerajaan, boleh dikira dengan jari jumlah insan yang akan menyalahkan diri sendiri dahulu. Kabanyakan akan menyalahkan orang lain diri diri sendiri.

Sebolehnya semua kerja mahu di ‘tai chi’ pada orang lain. Sebolehnya mahu orang lain bertanggung jawab atas apa yang kita tidak buat. Mengapa sukar untuk manusia mengaku akan kesilapan diri sendiri? Mengapa harus menjadikan orang lain sebagai kambing hitam? Sejujurnya saya cukup menyampah boss/kawan seperti ini.

Mereka sanggup buat apa saja janji tengkuk mereka lepas tanpa mempedulikan penganiayaan ke atas orang lain yang dilakukan. Mereka ini lebih pentingkan diri.

Ada juga yang berbuat sebegini bukan sahaja untuk mengelakkan hukuman tetapi bagi menunjukkan kepada pegawai lebih atas beliau lebih terbaik. Terbaik dari semua orang. Walaupun, kadang kala orang sebegini hanya tahu bercakap sahaja. Mulut manis umpama gula, tapi hati busuk.

Bagi Saya

Saya bukan budak yang baik, bukan insan berhati murni. Saya insan biasa yang penuh dosa dan alfa, saya bukan ingin berlagak baik tapi cuba menjadi yang terbaik. Pendiriaan saya, sekiranya saya salah, saya akan akui itu silap dan salah saya kerana saya tidak pernah lari dari kesalahan kerana saya insan cuma.

Jadi Mangsa

Kalian pernah jadi mangsa dalam situasi begini? Saya pernah. Dan ini pernah jadi antara sebab mengapa saya ‘resign’ dari kerja saya dulu. Bila semua jari menunjuk pada saya, dan saya tidak lagi mampu memperbetulkan dan memperjelaskan keadaan sebenar. Tambahan tiada lagi ruang untuk berkata-kata. Saya nekad untuk ‘resign’ dari saya terus berkerja dalam keadaan yang terpaksa. Dalam hiudp saya saya pegang pada dua iaitu ‘mengalah bukan bermakna kalah’ dan ‘kebenaran sentiasa menyinar cuma antara lambat atau cepat’. Better seek others opportunity than stuck for me.

Tunjuk

Tunjuk

Cingu saya pernah berkata ‘Kebiasaannya bila seseorang itu menunjuk pada orang lain, dia sendiri tidak menyedarinya iaitu 1 jari dituntuk pada orang lain tapi 3 jari akan menunjuk padanya’.

Sekiranya saya bersalah, maafkan saya. Tiada niat untuk mempersenda. Sekadar menulis luahan rasa dari dalam.

I try… I will try until I die…

Assalamualaikum….

Dare To Fails…. Since I was teen I heard that quote, how freaking that quote? When I saw the book on tv, I says “I’ll never read that book. This book not to me”

On that time, failure is the nightmare for me. Even my parent never push me to study or to success, but i never wanna to fail. And I never wanna try something new because i don’t wanna fails. I never ever wanna to fails.

But when i grown up. I realize that failure is the part of success. We will learn greatest manner and feel the sweetest moment from the failure, that never being teach in whatever institution in this world. Only from our failure. But this only happen if we have a good spirit to get up from the fall.

I’m not the best student, i’m not the bookworm. I’m not the good guy, i’m not the bad guy too. I’m just average, likes most people in this world. I just wanna be the best I can. Be the best, beat the rest.

Today, failure not the nightmare anymore for me. I don’t care if fails. Even 1000 times I fails. I will never regret. I will never give up to try and try until I feel the climax and satisfaction.

Fed up? Put this bad ass aways. Kick away this bad feeling. Fed up is made for loser not for the winner like us.

Love whatever we do. Never regret what has happen. Whatever result we got, that’s the best. And keep on trying until end of our breath.

Live happy forever.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...