Motosikal Kuasa Tinggi Yamaha R25

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Yamaha R1 memang antara motosikal kuasa tinggi kegilaan saya selain dari Honda CBR1000 dan juga Ducati Monster. Memang antara dalam list motosikal kuasa tinggi idaman saya sejak dari dulu lagi.

Impian Yang Terpendam, ya saya masih simpan impian untuk memiliki sebuah motosikal kuasa tinggi. Satu idaman yang lama saya pendamkan. Insyallah suatu masa nanti akan saya capai impian ini.

Minggu lepas saya membuat regular service untuk kapcai kesayangan saya, tukar minyak hitam dan oil filter. Kebetulan di kedai itu ada menjual motosikal kapcai seperti milik saya dan satu model ini benar-benar menarik minat saya Yamaha R25.

Mosikal Kuasa TInggi Yamaha R25

20150513_145001 Motosikal Kuasa TInggi Yamaha R25

Motosikal dengan kuasa 250 cc ini memang mempunyai satu potongan yang seksi dan menggoda. Memang kelihatan lebih sporty. Potongan nampak stabil berbanding dengan motosikal yang berkapasiti yang sama dengan nya.

Di kedai ini saya tengok harga yang di tawarkan adalah RM 19,783.00 termasuk dengan GST. Not bad lah harga nya kan. Mampu milik.

20150513_145041 20150513_145117 20150513_145123

Spesifikasi Yamaha R25 2015
Type : 4-stroke, 8-valve DOHC liquid-cooled
Cylinder/position : 2/inline
Bore X Stoke : 60,0 X 44,1 mm
Compression ratio : 11,6 : 1
Fuel System : Fuel Injection
Ignition system : TCI (Transistorized Control Ignition)
Spark type : CR9E
Battery : GTZ8V (MF Battery 7.4 Ah)
Starter : Electric Starter
Lubrication: Wet
Engine oil capacity: Total = 2,40 L ; Servis = 1,80 L ; Oil filter change = 2,10 L
Length x Width x Height : 2.090 mm X 720 mm X 1.135 mm
Seat height : 780 mm
Ground clearance : 160 mm
Wheel base : 1380 mm
Caster angle : 25 degree
Trail : 95 mm
Maximum output : 26,5 KW(36 PS) @ 12.000 rpm
Maximum torque : 22,1N.m @ 10.000 rpm
Curb mass: 166 kg
Fuel tank capacity : 14,3 L (Res : 3 L)
Chassis type: Diamon
Transmission: Manual, 6-speed
Clutch : Wet, Manual clutch , Multiplate
Front & Rear tyre : Tubeless 110/70-17M/C(54S) & 140/70 – 17M/C(66S)
Front and rear brake : Floating Ø 298mm, 2-Piston & Disc Ø 220mm 1-Piston
Front suspension : Telescopic Fork (diameter 41 mm)
Rear suspension : Monocross Suspension
Front lamp : DC Halogen 12V,55W (H7)
Rear lamp: LED

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Jika dientri lepas saya bebicara tentang KTM Duke
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Motosikal Kuasa Tinggi :
Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.

Motosikal Kuasa Tinggi : Naked Bike Kawasaki Z250

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Jika dientri lepas saya bebicara tentang KTM Duke 390, hari Sabtu lepas sempat saya bersama dua sahabat pergi ke sebuah pengedar Kawasaki di Serdang. Semuanya dek kerana ajakan kawan saya yang telah memiliki Kawasaki Z800, ini operasi meracun fikiran. Memang meracun fikiran saya sendiri yang sememangnya meminati motosikal kuasa tinggi terutama Naked Bike.

Rupanya, Kawasaki telah mengeluarkan Z800 dengan warna serba hitam dan juga Naked Bike terbaru iaitu Z250. Model Z250 boleh dikatakan hampir sama dengan Z800 cuma dalam bentuk yang lebih kecil berpadanan dengan cc nya yang lebih kecil. Bagi saya rekabentuknya memang menarik dan paling menarik adalah harga yang ditawarkan bagi Kawasaki Z250 dalam lingkungan RM22k++.

Kawasaki Z250 bakal menguasai jalan
Kawasaki Z250 bakal menguasai jalan

Seperti yang diperkatakan oleh tuan kedai tersebut, sememangnya motosikal Z250 ini lebih sesuai untuk kegunaan seharian dalam kota metropolitan ini kerana ianya lebih kecil. Senang nak cilok sana sini. Kalau dalam Kuala Lumpur, bawa motosikal besar tak guna sangat kerana akan sangkut dalam kesesakan lalu lintas jadi motosikal kecil memang banyak kelebihannya.

Motosikal Kuasa Tinggi : Warna Baru Z800 yang lebih garang
Motosikal Kuasa Tinggi : Warna Baru Z800 yang lebih garang

Model Z800 juga dikeluarkan dalam edisi warna serba hitam yang menampakkan lebih garang dan elegant. Harga Kawasaki Z800 masih lagi sama RM50k++. Sempat bertanyakan juga, jika berminat bayaran pendahuluan minimum dalah RM10k dan bulanan lebih kurang RM600++ selama 7 tahun. Ada berani?

Kena kerja lebih kuat selepas ini untuk mengumpul dana untuk mengambil sebuah motosikal kuasa tinggi idaman kalbu.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Motosikal Kuasa Tinggi :
Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.

Motosikal Kuasa Tinggi : Naked Bike KTM DUKE 390

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Motosikal Kuasa Tinggi : KTM DUKE 390
Motosikal Kuasa Tinggi : KTM DUKE 390

Memiliki motosikal kuasa tinggi memang impian saya dari zaman kanak-kanak lagi. Nafsu untuk memiliki motosikal kuasa tinggi memang ada dari dulu sampai sekarang impian masih ada cuma tidak tahu bila akan tercapai. Kalau ditanya  sekarang mungkin belum masanya untuk saya miliki semua itu kerana saya pekerja makan gaji. Ada gaji saya makan tiada gaji saya cari kerja.

Kalau ditanya motosikal kuasa tinggi yang saya suka adalah Naked Bike. Yang dalam senarai impian saya adalah KTM Duke 200, Kawasaki z800 atau Ducati Monster. Itu antara motosikal yang ada dalam radar impian saya. Insyallah akan saya usahakan sebelum saya capai 4-siri.

Dengarnya, motosikal kuasa tinggi naked terbaru dari KTM iaitu Duke 390 bakal menjadi saingan baru kepada Naked Bike dalam pasaran. Kalau dilihat dari segi rekabentuk saya rasa Naked Bike dari KTM ini masih mengekalkan konsep yang sama seperti model yang telah berada di pasaran iaitu DUKE 200, DUKE 690 dan DUKE 990. Dari segi harga dengarnya dalam lingkung RM26k.

Terbaca juga yang Honda juga turut melancarkan model terbaru mereka. Semakin sengit nampaknya persaingan model Motosikal Kuasa Tinggi sekarang ini. Dah bagai pisang goreng panas dah, semua pengeluar sibuk memasarkan hasil inovasi terbaik mereka dengan pelbagai promosi menarik.

Motosikal Kuasa Tinggi : KTM DUKE 390
Motosikal Kuasa Tinggi : KTM DUKE 390

Bila Modenas nak keluarkan Naked Bike pula?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Jika dientri lepas saya bebicara tentang KTM Duke
Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.