Kembali Ke Bandar

Assalamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku…

Hari Raya telah masuk hari ke-4, pasti ada yang masih lagi sibuk beraya di rumah saudara mara. Ya lah, cuti panjang pasti banyak rumah saudara yang nak kita kunjungi. Saudara macamana? Beraya lagi ke?

Saya pula dah berada di Kuala Lumpur. Perjalanan yang memenatkan tapi mengembirakan dari Tumpat ke Ipoh ke Kuala Lumpur. Mana tak gembira, dapat berjumpa dengan saudara mara dan sahabat lama pasti menyeronokkan. Hari Raya kali ini juga seronok kerana buat pertama kalinya kami beraya bertiga, bersama Tuan Kecik.

Bagi yang merancang untuk kembali pulang ke bandar, nasihat saya adalah:

  1. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan selamat dan terbaik. Termasuk enjin, air, brek dan tayar.
  2. Pastikan semua barangan yang hendak dibawa semuanya cukup lengkap. Nanti kalau ada yang tertinggal susah juga.
  3. Pastikan kesihatan kita dalam keadaan terbaik. Kalau tak sihat susah juga nak memandu. Makan beringat-ingat, jangan terbabas makan nanti sakit badan.
  4. Pastikan rehat yang cukup dan badan kita benar-benar cergas untuk memandu. Kalau mengantuk semasa memandu, rehat lah seketika di tempat yang disediakan.
  5. Pastikan bawa sedikit bekalan kudapan untuk dikunyah semasa jalan jam.
  6. Yang paling penting, pastikan tahap kesabaran anda dalam tahap tertinggi untuk memandu dalam jalan yang sesak.

Selamat memandu dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya doakan perjalanan saudara semua selamat hendaknya.

Saya sudah berada di kota jasadnya tetapi jiwa masih lagi di kampung halaman.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi... Daddydee.net ingin mengingatkan pada semua saudara saudari sekalian yang ingin pulang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Buat duit dengan Nuffnang, bukan lagi fantasi, sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Identity Entri ini juga

Tindakan Tanpa Sedar

Assalamualaikum dan Salam Juara Buat Semua Saudaraku Semua

Teman, pernahkah kalian bertindak tanpa sedar? Jujur saya katakan, saya pernah beberapa kali berniat dan cuba bertindak tanpa sedar. Tindakannya adalah suatu yang nekad.

Apabila amarah menguasai diri, kita akan bertindak tanpa sedar. Bentindak luar kawalan. Bentindak diluar batas norma seorang manusia.

Sama juga apabila kita terlalu bersedih, terlalu kecewa. Bayangan tindakan nekad yang bodoh, ngeri dan sadis akan bermain difikiran kita. Kekecewaan yang terlampau menyebabkan akal akan dikuasai oleh hati yang sedih.

Kenapa begitu jadinya? Kerana apabila terjadinya suatu musibah kita mula menyalahkan diri sendiri serta menyalahkan takdir. Kekadang lebih parah apabila kita mula menyalahkan pencipta kita, Allah swt.

Menyalahkan Allah swt kerana tidak membantu kita. Kita fikir Allah swt melupakan kita. Walhal, kita sebenarnya yang sering melupakan Allah swt.

Apabila amarah dan sedih menguasai diri, Syaitan yang tidak pernah lupa akan janjinya pada Allah swt untuk memusnahkan anak cucu Nabi Adam as, akan memainkan peranan utamanya. Menghasut kita supaya melakukan tindakan nekad.

Sebaiknya, apabila marah atau sedih, ambillah wudhuk, solat sunat dua rakaat dan bacalah Al-Quran. Berdampinglah dengan Allah swt. Insyallah kita akan tenang.

Saya sendiri hanya mampu Istigfar apabila tersedar. Semua terjadi adalah silap saya sendiri. Maafkan saya, maafkan saya, maafkan saya.

Bersamalah kita menjadi insan yang lebih hebat dari semalam.

Ps : Jangan sertai kontest SEO ‘Eyriqazz vs Denaihati’ .
(Kajian telah membuktikan bahawa Manusia lebih suka membuat sesuatu yang dilarang)

Posted with WordPress for BlackBerry.

28 May - Kelam kabut penduduk flat daddydee dek kerana satu kebakaran yang terjadi pada
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Apa khabar semua? Harap sihat sejahtera semuanya. Sayang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa khabar semua saudaraku sekalian? Bagaimana percutian? Hebat,

Beringat Sebelum Kena

28 May – Kelam kabut penduduk flat daddydee dek kerana satu kebakaran yang terjadi pada malam itu.

Pukul 9malam, dalam semua orang tengah bersantai, kami dikejutkan dengan ketibaan sebuah kereta Bomba. Rupanya terdapat kebakaran di tingkat 3.

Kebakaran bermula di awning tambahan sebuah rumah. Tuan rumah pula bercuti di kampung.

Untuk memadamkan api pihak bomba terpaksa memecah masuk ke dalam rumah tersebut. Alhamdulillah, kecekapan pihak bomba telah berjaya mengawal keadaan dan api berjaya dipadamkan. Tiada kemalangan nyawa dan kehilangan harta.

 

 

PUNCA
Kebakaran dikatakan bermula disebabkan oleh putung rokok yang dibuang dari tingkat atas. Kebetulan pula diatas awning tu terdapat banyak sampah kering yang menyebabkan mudah terbakar.

 

 

PENGAJARAN

  • Jangan membuang sampah merata-rata. Jangan buang sampah dari tingkap rumah. Buang lah sampah di tong sampah yang disediakan.
  • Para perokok – Putung rokok jangan dibuang merata. Pastikan api rokok benar-benar mati sebelum dibuang. Sebaiknya, gunakan astray.

 

 

Terima Kasih pada anggota BOMBA kita yang cekap.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Pertamanya, saya ingin mengucapkan takziah pada keluarga allahyarham
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Siapakah Mustapha Kamal Artaturk? Kenal kah kita dengan Mustapha
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Sekadar ingin berkongsi salah satu movie yang bagi saya
Seorang nelayan di botnya sedang menjala ikan di sungai terlihat seorang lelaki di tepi sungai