Beri Duit Raya Untuk Bersedekah Atau Menunjuk

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Hari Raya bakal menjelma tidak sampai lagi 10 hari, saya dengan bank pun sudah buka untuk pertukaran duit raya. Kawan-kawan pejabat pun sibuk berbicara tentang duit raya. Berapa peruntukan duit raya untuk tahun ini? Berapa peruntukan duit raya suadara untuk tahun ini?

Saya melihat tradisi ini semakin menjadi satu kemestian, saya pun tidak tahu dari mana asal ‘beri duit raya’ ini sendiri. Sebab apa yang saya tahu adalah amalan bersedekah untuk berkongsi di musim perayaan.

Beri duit raya - Guna duit siling ok tak?
Beri duit raya – Guna duit siling ok tak?

Kadang-kala sedih juga apabila ada kawan-kawan yang datang bercerita yang duit gaji mereka habis buat berlanja hari raya. Antara peruntukkan tertinggi adalah peruntukan duit raya sebab nak bagi sentanding dengan adik beradik dan ipar duai. Apa yang lagi sedih adalah apabila terpaksa buat hutang untuk musim perayaan ini, hutang yang ada pun tidak terbayar satu bulan sebab hari raya.

Bagi saya, sebaiknya selesaikan semua hutang dahulu baru fikirkan untuk persiapan hari raya. Persiapan ala kadar cukup, tidak perlu terlalu terikut ikut dengan orang lain. Kita ber ‘hari raya’ untuk gembira dan ceria bersama sanak saudara bukan untuk LEMAS dalam hutang.

Beri Duit Raya Untuk Bersedekah Atau Menunjuk??

Biar orang kata kita berkira, kedekut dan sebagainya janji kita tidak lemas dalam hutang. Ingat beri duit raya untuk bersedekah bukan untuk menunjuk-nunjuk. Jadi kalau ada duit lebih mari kita bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan. Kalau kita tidak mampu, pandai-pandailah, bersedekah bukan paksaan.

Kalau saya, saya akan rancang untuk beri duit raya terlebih dahulu sebab saya adalah orang yang makan gaji bukan duit turun dari langit. Jadi cara saya gunakan adalah:

  1. Hadkan peruntukkan duit raya. Kalau saya tetapkan RM100, maka RM 100 lah saya akan agihkan. Untuk tentukan peruntukkan hari raya ini, tentukan sekali berapa hari akan kita lalui selepas hari raya sebelum gaji seterusnya.
  2. Berikan mengikut keutamaan. Keutamaan saya mestilah ibu, bapa, mak mertua, nenek dan anak-anak buah. Peruntukkan yang ada akan saya agihkan mengikut keutamaan dan portion masing-masing.
  3. Bahagikan seadil-adilnya. Saya akan bahagikan sama rata untuk setiap peruntukan mengikut keutamaan. Sebagai contoh ibu, bapa, mak mertua dan nenek akan dapat sama banyak kalau sorang dapat RM 10 semua dapat sepuluh. Dan untuk anak buah juga akan dapat sama banyak kalau seorang dapat RM 1 semua dapat RM 1. Jadi tiadalah yang berbunyi “Dia dapat banyak”.
  4. Pekakkan telinga. Ini yang paling penting, selepas dah berikan duit raya seikhlas hati pekakkan lah telinga tu. Sebab budak-budak kecil ayat mereka pun boleh tahan juga pedanya. Ayat yang biasa kita dengar ‘Rumah punya besar bagi 50 sen je’.

Itu adalah cara saya gunakan semasa nak beri duit raya. Dan sekarang ini masih ada 10 hari lagi sebelum 1 Syawal, jadi masih ada ruang untuk tambahkan duit raya. Sambil melayari internet saya buat sikit sikit duit raya.

Jangan jadikan musim perayaan sebagai satu bebanan tapi jadikan ia sebagai ruang meraikan kejayaan dan bertemu sahabat handai.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Buat duit dari rumah dengan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Seorang sahabat telah mengajak saya untuk menyertai satu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua saudaraku... Terdapat 3 Golongan orang kaya iaitu: 1. Mengorbankan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam

Jobdirumah : siapa pun boleh buat duit dari rumah

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua…

Buat duit dari rumah dengan laptop saja
Buat duit dari rumah dengan laptop saja

Sekarang semua orang adalah pengguna internet baik dilayar dari smartphone mahupun laptop atau komputer. Tidak kira umur baik tua muda atau dewasa pasti menggunakan internet.

Berita baik untuk pengguna internet, jobdirumah.com menawarkan satu skim kerja amat mudah dengan modal kecil tapi menjamin pulangan yang lumayan.

Dengan bayaran RM50 kita akan dapat sertai jobdirumah.com. Bayaran ini adalah untuk yuran proses.

Selepas mendaftar kita akan dibenarkan login dan memilih kerja yang sesuai dengan kita. Setiap kerja pasti ada komitmen nya sama juga dengan jobdirumah.com. Kerja yang diambil perlu disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan dan untuk dapatkan kerja ini kita perlu menang bid. Kalau rajin pasti akan boleh.

Buat duit dari rumah mulakan sekarang
Buat duit dari rumah mulakan sekarang

Jadi tiada lagi yang mustahil, pelajar sekolah, pelajar ipt, cikgu, pensyarah, penganggur, tukang cuci dan sebagainya semua boleh buat duit dari rumah dengan jobdirumah.com asalkan kita ada akses internet dan komputer.

Setakat RM 50 apa lah sangat, digunakan untuk melabur untuk dapatkan wang tambahan poket untuk kita juga belanja awek-awek comel. Tak akan nak orang perempuan belanja orang lelaki kot malu.

Jom buat duit dari rumah boleh dapat duit lebih untuk kita buat belanja pergi SPA.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Seorang sahabat telah mengajak saya untuk menyertai satu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua saudaraku... Terdapat 3 Golongan orang kaya iaitu: 1. Mengorbankan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ingat lagi pada tahun 2007 semasa saya mula

Pelaburan : Ingin Cepat Kaya?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Seorang sahabat telah mengajak saya untuk menyertai satu pelaburan yang amat menguntungkan. Ya, memang amat menguntungkan. Bayangkan kalau pulangan pelaburan kita adalah 12% sebulan. Wow. Pakcik kaya.

Selama ini saya hanya mendengar pelaburan yang memberikan pulangan setahun sekali. Tapi kali ini amat berlainan sekali. Setiap bulan kita akan mendapat pulangan pelaburan. Memang mengasyikkan. Siapa yang mendengar pasti terpesona.

Saya bertanyakan kepada beliau, berapakah saiz dana tersebut? Dan berapa lamakah jangka masa pelaburan ini? Beliau kelu, terdiam. Beliau sibuk menyatakan pelaburan ini menguntungkan kerana pulangan adalah setiap bulan. Beliau menyatakan pelaburan ini adalah pelaburan hartanah di luar negara. Negara asal pelaburan ini pun adalah Ukraine (kalau tak silap saya).

Pelaburan
Pelaburan

Saya menerangkan kepada beliau setahu saya setiap pelaburan di negara kita perlu mendapat kelulusan Bank Negara. Jika tidak, memang kita mencari nahas sebenarnya. Cukuplah dengan kejadian Swisscash yang pernah melanda negara, tidak perlu gelombang kedua. Saya memang mahu kaya, dan semua orang pun mahu jadi kaya.

Namun, ajakan beliau dengan sopan saya menolak. Saya menyatakan saya tidak mempunyai keberanian untuk pelaburan sebegini. Jika saya mempunyai keberanian sekali pun saya tidak akan menyertai pelaburan yang meragukan. Saya lebih memilih untuk pelaburan saham dan FOREX, yang memang terkenal kerana risiko yang tinggi.

Kaya
Kaya

Sebelum berpisah saya sempat memberikan beliau kad saya. Saya mengajak beliau untuk melabur dengan cara yang lebih selamat. Pelaburan unit amanah yang diluluskan oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti.

‘Mungkin keuntungan pelaburan anda boleh dilaburkan disini untuk lebih selamat’ ujar saya pada beliau sebelum berpisah.

Bagi saya, biar lambat asalkan selamat. Mulakan sekarang dengan apa yang kita ada dan pilih lah dana pelaburan yang tepat untuk diri kita. Jangan terlalu mengikut nafsu nanti, binasa diri.

PS: Bak kata AC Mizal dalam 1,000,000,000 Money Drop, ‘Fikir dan labur’.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Buat duit dari rumah dengan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua saudaraku... Terdapat 3 Golongan orang kaya iaitu: 1. Mengorbankan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ingat lagi pada tahun 2007 semasa saya mula

Orang Kaya : 3 Golongan Orang Kaya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua saudaraku…

Terdapat 3 Golongan orang kaya iaitu:

1. Mengorbankan Seluruh atau Sebahagian Besar Harta

Inilah gologan para sahabat terutamanya Sayidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain. Mereka yakin pada janji Allah swt tanpa menyimpan apa-apa pun daripada harta tersebut untuk diri dan keluarga.

Pernah ditanya kepada Sauyidina Abu Bakar tentang harta yang tinggal untuk diri dan keluarganya, lalu beliau menjawab “Aku meninggalkan hanya Allah dan Rasul-nya”.

orang kaya
orang kaya

2. Menyimpan dan Mengeluarkan Harta ke Jalan Allah

Golongan ini berusaha untuk menyimpan dan menggunakan harta sekadar keperluan, tidak bermewah-mewah dan membelanjakan ke jalan Allah swt apabila tiba masa dan keadaan.

Mereka akan mengluarkan harta mereka untuk di belanjakan di jalan fardu kifayah dan sunat bukan sekadar mengeluarkan zakat yang wajib sahaja.

3. Mengeluarkan Zakat Harta untuk Ibadah Zakat Wajib Sahaja

Ini adalah tahap yang terendah. Hanya membelanjakan harta mereka pada jalan Allah swt adalah hanya untuk zakat sahaja.

Pada zaman ini, tahap ini sudah boleh dikirakan antara yang terbaik.

Ukhwah Islamiah
Ukhwah Islamiah

Jika kita semua menjadi seorang yang berharta ataupun orang kaya pada suatu hari nanti, di manakah tahap kita? Tepuk dada tanya iman.

Semoga kita semua sentiasa tergolong dalam kalangan hamba Allah swt yang sentiasa beryukur dengan nikamat yang diberikan kepada kita. Amin

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Hari Raya bakal menjelma tidak sampai lagi 10
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Buat duit dari rumah dengan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Seorang sahabat telah mengajak saya untuk menyertai satu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Syukur Alhamdulillah, kita sudah hampir ke penghujung bulan