Al Qassam

Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam; sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

al qassam

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984.Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama’ yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam.Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

“Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin,” katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000
orang.

SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH

[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.

Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.

Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana!

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka….Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!

via Dr. Zainur Rashid Zainuddin

(Sumber : facebook)

 

 

PS: Saya amat mengagumi mereka semua. Saya doakan mereka sentiasa dirahmati Allah swt.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat PDRM kerana berjaya memberkas antara penjenayah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) makin dekat, 5
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Ramai yang sibuk melaungkan 'Peace, No War', 'Save

Ayuh Kita Bersatu Berjuang…

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan kempen ‘boikot’. Ramai sangat saya terbaca post sahabat saya yang mengajak ‘boikot’ produk yang dikaitkan dengan Israel antaranya McDonald’s, Starbuck dan lain-lain.

Boikot sepenuhnya. (Sumber : sabasun)
produk israel
Boikot Sebahagian (Sumber: Sabasun)

Saya tidak mahu menyeru untuk kempen ‘boikot’ ini. Saya tidak mahu mengulas perihal setiap produk yang disenaraikan di atas dan yang dikaitkan dengan Israel. Kalau saudaraku berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah ‘google’ saya rasa banyak yang membicarakan tentang topik ini sekarang ini. Bagi saya, ‘boikot’ adalah hak individu, terpulang pada diri masing-masing. Tiada paksaan bagi saya. Sebab mungkin mereka mempunyai alasan masing-masing. Fikir-fikirkan dan pertimbangkan menggunakan akal fikiran kita yang waras kurniaan Allah swt selepas melihat kezaliman dan kekejaman Israel.

Namun begitu, saya sendiri tidak mampu memboikot sepenuhnya. Saya akui ini. Saya tidak mahu hipokrit. Sebab ada barangan yang berjenama yang perlu diboikot masih saya gunakan. Insyallah selepas ini akan saya elakkan untuk membeli produk mereka lagi.

Cuma saya agak kecewa dengan sesetengah individu yangĀ  lantang bersuara menyeru agar mem‘boikot’ semua produk Israel ini, yang terlalu emosional. Ya, saya akui saya juga emosional apabila melihat kekejaman Israel. Tapi tidak perlu untuk terlalu emosional sampaikan bertikam lidah bagai mahu bergaduh dek kerana perbezaan pendapat.

Ingat ramai yang amat seronok apabila melihat kita bertelingkah. Ramai yang akan menangguh di air yang keruh. Kerana di saat kita bertelingkah, lebih senang mereka memecah belahkan kita.

Hanya perlu tambahkan minyak pada pecikan api pertelingkahan itu, pasti kebakaran besar akan terjadi. Dan jika ini terjadi, semakin sukar untuk kita padamkan apinya.

Berbaliklah kita pada ajaran Agama Islam yang kita cintai yang sememangnya menyeru kita kepada perpaduan. Bersatulah kita mempertahankan agama dan bangsa kita. Tiada orang lain akan mempertahankan agama dan bangsa kita kalau bukan bermula dari kita. Usah menyalahkan orang lain jika kita sendiri yang tidak bertindak. Bersatulah kawan, bersatu kita berjuang.

Lebih molek sekiranya, kita semua bersatu hati mendoakan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia terutamanya di bumi Palestin dan menyumbangkan sedikit sedekah seikhlas hati bagi membantu semua umat Islam di dunia. RM1 yang kita sumbangkan insyallah besar buat mereka dan besar ganjarannya.

Unite and Fight.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku....... Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Semalam kita dikejutkan satu lagi post yang hina