Hentikan Nilai Dari Warna Baju

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna baju, terlalu taksub dengan warna baju. Kau baju biru tak boleh geng dengan aku. Kau warna hijau tak boleh geng dengan aku. Kau warna kuning tak boleh geng dengan aku.

We are one walaupun beza warna baju

We are one walaupun beza warna baju

Hentikan menilai ikut warna baju, cukup cukup lah tu. Jangan lagi ada, kau warna hijau aku tidak boleh menolong kau. Jangan lagi ada, bapak kau warna biru kau tak layak duduk sini. Jangan lagi ada, mak kau suka sangat baju hijau kau tak layak terima bantuan. Hentikan semua sentimen seperti ini saya tahu yang mana ramai lagi masih pegang pada semua ini.

Ayuh kita bersatu sebagai umat Islam dan juga bangsa Melayu. Seperti yang diajarkan oleh agama Islam bahawa semua umat Islam adalah bersaudara. Jangan kita cuba memutuskan silaturahim hanya kerana warna baju, hanya kerana berlainan ideologi.

Jangan kita jadi seperti sesetengah orang Palestin, sahabat saya sendiri yang mana mereka ada menyatakan bahawa ‘Fatah and Hamas will never together, never shake hand’, walaupun mereka satu bangsa Arab satu agama iaitu Islam tapi mereka tidak akan bersalaman apatah lagi bersatu dek kerana perbezaan ideologi.

Jangan kita jadi seperti mereka, lupakan warna baju tapi kita bersatu bawah satu agama, bangsa dan negara. jangan kita biarkan tanah air tergadai dek kerana warna baju. Ayuh kita bersatu menuju puncak kejayaan.

 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) saya masih
Menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa politik adalah sesuatu yang kejam. Sesuatu yang tidak patut. Itu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan

PRU 13 : Perang Bendera Sudah Bermula

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) saya masih belum tahu, tidak pasti pula sama ada sudah ada pengumuman atau belum. Tapi ada khabar yang saya dengar yang menyatakan akan ada PRU13 akan berlangsung bulan Mac 2013, tarikh tepat belum pasti lagi.

Perang bendera - Jangan sampai perang saudara

Perang bendera – Jangan sampai perang saudara

Tempat saya tinggal sekarang ini sudah penuh dengan bendera, jika dua minggu sudah hanya bendera timbang saja yang ada. Sekarang ini bendera mata pun sudah kelihatan. Ini bermakna perang bendera sudah bermula ditempat saya. Tidak tahu lah mereka sudah umumkan perang bendera atau belum. Tapi caranya cam dah bersedia untuk berperang.

Kalau dahulu masa remaja saya, kerja gantung bendera ini agak seronok. Almaklumlah dapat upah gantung bendera ini, tak kiralah parti mana. Satu malam dapat RM50 kira besar sudah masa tu. Perang bendera bukan setakat gantung bendera saja, tapi kemuncak perang bendera apabila main bakar motor sambil bawak bendera. Gaya nya cam penyokong tegar padahal sebab kena bayar tu yang buat. Kalau tak jangan harap duit nak isi minyak pun tiada padahal nya.

Apapun, harapnya perang bendera sekadar perang bendera sahaja. Jangan sampai perang saudara, jangan sampai bergaduh jiran tetangga. Bersatulah kita, usah kita bergaduh kerana parti. Tiada apa kepentingan yang kita dapat kecuali jika kita adalah calon parti.

Perang bendera - Kalau nak sangat berperang, pergilah berjuang Syahid di Gaza.

Perang bendera – Kalau nak sangat berperang, pergilah berjuang Syahid di Gaza.

Bagi saya, parti mana pun yang menang saya tidak kisah sangat. Yang penting biarlah pemimpin yang tepat, yang mampu memimpin dan menjaga kepentingan rakyat bukannya kepentingan peribadi. Para wakil rakyat, ingat tugas pemimpin itu berat dan besar tanggungjawabnya. Namapun wakil rakyat, jadi tugas besar anda adalah membela rakyat dikawasan anda. Ingat, pemimpin adalah antara golongan yang pertama akan disoal di akhirat kelak.

Dan kita sebagai rakyat, jalankan tugas kita sebaiknya. Bersatu kita tidak kira parti. Ramai yang diluar sana yang seronok memerhatikan bangsa kita, bangsa Melayu retak dan roboh yang ingin mengaut di air yang keruh.

Perang bendera, perang sekadar suka-suka. Jangan terlalu taksub perang bendera sampai kerja tugasan hakiki kita tinggalkan. Tugas sebagai suami, tugas sebagai isteri, tugas sebagai pekerja, tugas sebagai majikan. Kerja tetap kita kena kerja, kena berusaha memajukan diri. Selamat berusaha dan selamat maju jaya kawan-kawan.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) makin dekat, 5
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... PRU13 semakin hampir, dan entri ini bukan propaganda untuk
Menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa politik adalah sesuatu yang kejam. Sesuatu yang tidak patut. Itu
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah