Benarkah Pelaburan ASB Loan Merugikan?

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Ramai yang mengeluh sebab Bonus ASB tahun 2015 merundum, paling rendah dalam sejarah ASB sejak dilancarkan. Termasuklah saya sendiri, salah seorang pelanggan ASB dan juga ASB Loan.

Jadual Pendapatan ASB hingga 2015
Jadual Pendapatan ASB hingga 2015

Kalau tengok dari senarai di dalam gambar di atas ini, boleh lah tahu mengapa ramai yang mengeluh kan?

Saudara bagaimana?

Benarkah ASB Loan Merugikan?

Ini pula persoalan kedua yang timbul ‘Benarkah Pelaburan ASB Loan Merugikan?’. Sejujurnya saya katakan TIDAK.

Kenapa tidak? Kerana ASB tetap memberikan pulangan cuma tidak seperti yang kita harapkan. Betul tak?

Jadi masih ada keuntungan disitu.

Ramai yang mengeluh pasal pelaburan ASB merugikan kerana apa yang mereka lihat dari sudut berapa jumlah yang mereka bayar.

Contoh mengikut jadual Loan RHB dibawah:

ASB Loan merugikan?
ASB Loan merugikan?

Katakanlah peminjam meminjam RM 200,000.00 selama 25 tahun.
Bayaran bulanan adalah RM 1,271.00
Jumlah setahun adalah RM 15,252.00
Pendapatan pada 2015 adalah7.25%
Bonus pada 2015 adalah 0.50%
Jumlah pendapatan adalah RM 15,500.00

Saya buat pengiraan ini tanpa bezakan pendapatan dan bonus saya ambil 7.75%. Sepatutnya untuk pendapatan adalah purata simpanan setahun manakala bonus adalah purata simpanan untuk 10 tahun. Boleh rujuk entri lama saya iaitu Cara Pengiraan Bonus ASB.

Biasanya orang yang kata rugi apabila meraka mengharapkan prestasi yang lebih baik tapi bila menghampakan itu yang mereka rugi.

Ingat post saya sebelum ini, beza antara simpanan dan pelaburan. Bila pelaburan ada risikonya. Jadi kita kena hadapi ini.

Untuk pelaburan tolong lihat dalam jangka masa yang panjang.

Itu saja untuk kali ini semoga bermanafaat.

Berminat nak tahu lagi pasal ASB Loan boleh rujuk pada post lama saya:

 

PS: Minat untuk pelaburan unit amanah boleh hubungi saya 0182477971-zaidi

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Ramai yang masih meangangap Pelaburan dan Simpanan adalah
Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Berapakah simpanan kita untuk hari persaraan kelak? Seribu
Jujur je aku mengaku memang aku buta pasal ilmu kereta, terutama bab dalam bahagian enjin.
Sempena ulangtahun ke-50 Big Mac, satu kolabrasi andara McDonald's x G-Shock telah berlaku. Dua syarikat

Cara Pengiraan Dividen ASB

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Entri kali ini adalah bagi menjawab persolan yang dikemukakan oleh ciknaktahu di ruangan komen entri ASB Loan : Cara Saya, soalanya adalah seperti di bawah:

Komen ciknaktahu
Komen ciknaktahu – saya baru ke baru loan asb ni baru setahun saya nak tanya bagaimana nak  guna duit dividen tu blk ek? bagaimana nak tahu berapa banyak dividen kita dapat?

Walaupun saya tidaklah pakar dalam bidang ini, saya cuba berkongsi setakat yang saya tahu. Maaf sekiranya jawapan yang saya berikan ini tidak tepat dan silalah betulkan.

ASB
ASB

Soalan ciknaktau adalah berapa banyak dividen kita dapat?, jadi disini saya ingin kongsikan cara pengiraan dividen ASB adalah:

Contohnya Pengiraan Dividen:

Dividen = (Purata baki minima terendah setahun) x (Pendapatan ASB)

Diveden adalah 7.75 per unit:

Januari : RM 5,100.25

Februari : RM 5,100.25

Mac : RM 5,100.25

April : RM 105,100.25

Mei :  RM 105,100.25

Jun : RM 105,100.25

Julai : RM 105,100.25

Ogos : RM 105,100.25

Sept : RM 105,100.25

Oct : RM 106,650.25

Nov : RM 106,650.25

Dis : RM 106,650.25

Purata bagi minima adalah :RM 965,853.00 / 12 = RM 80,487.75

Jumlah dividen yang diterima adalah = (RM 80,487.75)(7.75%) = RM 6,237.80

Contoh Pengiraan Bonus :

Bonus = (Purata baki minima terendah bagi 10 tahun) x (Bonus ASB)

Bonus adalah 1.15 sen per unit

Katakanlah purata baki minima terendah bagi 10 tahun adalah  RM 100,000.00

Bonus = (RM 100,000.00) x (1.15%) = RM 1,150.00

Jadi jumlah pendapatan ASB boleh dianggarkan dengan mencampurkan jumlah Dividen ditambah dengan jumlah Bonus ASB.

Diharap cara pengiraan dividen ASB yang saya terangkan di atas ini dapat membantu.

Untuk pengeluaran dividen ASB hasil dari pinjaman ASB (loan ASB) boleh dibuat seperti biasa. Jumlah pendapatan yang dipaparkan adalah jumlah simpanan kita dicampur dengan jumlah pinjaman. Cuma jumlah pinjaman itu tidak pernah dipaparkan dalam buku akaun ASB kita.

Diharapkan penerangan saya di atas ini dapat membantu dan menjawab soalan. Saya tidaklah arif tentang ASB ini, masih lagi mempelajari ilmu selok belok ekonomi dan kewangan ni. Masih banyak yang perlu saya pelajari.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dividen ASB 2012 Pengumuman
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tips Pembeli Bijak Ketika
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kirakan setiap sen yang

Pendapatan ASB Anda?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Dividen ASB 2012
Dividen ASB 2012

Pengumuman pengagihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) (pendapatan ASB) pada Jumaat lalu pasti mengembirakan pelabur ASB. Pemgumanan pengagihan pendapatan ASB pada tahun ini adalah 7.75 sen dan bonus ASB adalah 1.15 sen.

Pengagihan pendapatan ASB menunjukkan peningkatan sebanyak 0.10 sen dari tahun 2011. Pengagihan pendapatan ASB pada tahun 2011 adalah 7.65 sen dan bonus 1.15 sen. Manakala pada tahun 2010, pengagihan pendapatan ASB adalah 7.50 sen dan bonus 1.25 sen. Ini menunjukkan kadar pengagihan pendapatan ASB pada tahun 2012 adalah yang tertinggi dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Tapi ianya, hanya yang tetinggi dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini sahaja, bagi yang telah lama memegang saham ASB ini pasti tahu bahawa pengagihan pendapatan ASB adalah lebih tinggi pada tahun 1990 hingga tahun 2000 iaitu melebihi 10 sen per unit. Berikut adalah jumlah pengagihan pendapatan ASB dari tahun 1990 hingga 2011:

Pengagihan Dividen ASB 1990-2011
Pengagihan Dividen ASB 1990-2011 (klik untuk lebih besar)

Bila tengok rekod di atas, rasa rugi pula kerana saya agak lambat melabur. Bukan sahaja dalam ASB malah dalam pelaburan lain juga. Pada saudara yang masih belum memulakan pelaburan mulakan sekarang.

Bagi semua pelabur ASB segala urusniaga ASB akan boleh dilakukan seperti sediakala bermula 2 Januari 2012. Nanti boleh tengok ramai pelabur ASB akan beratur untuk kemaskini dan pengeluaran. Saya mungkin akan jadi salah sorang dari mereka.

Insyallah, pendapatan ASB pada tahun ini akan saya laburkan ke Unit Amanah yang lain pula. Tak salah mencuba dan tak rugi mencuba selagi pelaburan itu adalah pelaburan yang disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara dan menjanjikan pulangan yang lumayan pada jangka panjang. Kalau ada saudara yang berminat bolehlah hubungi saya di daddydee[dot]net[@]gmail[dot]com.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Ramai yang masih meangangap Pelaburan dan Simpanan adalah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Apabila menyebut unit amanah atau unit trust ramai
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Inflasi adalah bermaksud kenaikan tingkat dalam tingkat harga
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Perlukan modal besar atau modal kecil yang diperlukan untuk