Tag Archives: pelaburan bijak

Duit Raya : Apakah Patut Kita Buat?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat saudaraku…

Apa khabar tuan puan semua? Sihat ke? Saya doakan semua sihat sejahtera semuanya. Saya pun alhamdulillah sihat, cuma mood bekerja belum memuncak, mood lebih pada rindukan kampung halaman lagi.

Duit raya bagaimana? Banyak tak dapat? Saya tak dapat duit raya. Tuan Kecik saya banyak la dapat duit raya. Almaklumlah orang pertama kali beraya.

Tuan Kecik, duit raya,

Tuan Kecik nak beraya.

Saya dulu pun zaman sekolah dulu selalu juga dapat duit raya, banyaklah juga iaitu RM30. Tak banyak? Saya dapat RM30 dah cukup banyak. Kalau dapat RM50 dah terasa kaya. Kenapa? Saya nak dapat RM2 pun susah dulu. Tapi sekarang RM2 terlalu kecil.

Saya dulu duit raya saya akan simpan dalam tabung. Dan akan saya korek bila dah terdesak nak pakai duit. Simpan dalam bank, sekali setahun belum tentu saya simpan. Kekadang cemburu juga tengok kawan-kawan beli baju baru, kasut baru guna duit tabung. Tapi apakan daya saya perlu berjimat untuk kepentingan diri saya kelak.

Dulu saya agak cemburu bila kawan-kawan sibuk bercerita yang ayah mereka bukakan mereka akaun ASB, akaun Tabung Haji dan macam-macam akaun lagi. Saya pula, hanya ada tabung anak gajah dan akaun Giro. Sebab itu saja yang senang didapati dibandar tempat saya dahulu.

Sekarang, bila sudah menjadi seorang ayah, pemikiran saya tetap sama. Sama seperti zaman saya sekolah dulu. Duit raya adalah untuk disimpan untuk kegunaan pada masa depan. Jadi, duit raya Tuan Kecik saya simpan dalam akaun bank beliau. Untuk kegunaan beliau juga.

Kenapa saya berbuat demikian? Kerana saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada zaman Tuan Kecik kelak. Saya tak tahu berapakan kadar Inflasi pada tahun 2040. Saya tak tahu berapa yuran Universiti tahun 2040. Saya tak tahu berapa harga sebungkus nasi pada tahun 2040.

Tuan Puan bagaimana? Duit raya buat apa? Menabung atau berbelanja?

Sekian, terima kasih.

Posted with WordPress for BlackBerry.

ASB Loan : Cara Saya

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian.

Kalau dulu saya pernah berbicara tentang ‘loan ASB’. Kali ini saya ingin membicarakan lagi sedikit hal ini dengan lebih terperinci. Harap sudilah membacanya. Dan diingatkan sekali lagi saya bukanlah agen untuk ‘loan ASB’ berminat silalah ke bank yang berdekatan. Bank yang menyediakan khidmat ‘loan ASB’ setahu saya adalah Maybank, CIMB dan RHB Easy. Setakat yang saya tahu.

Hebat sangat kah ‘loan ASB’? Bagi yang tak berduit seperti saya sudah tentu hebat. Dalam masa boleh mendisiplinkan saya yang tidak pandai menabung.

Walaupun saya tahu, adalah berlawanan dengan prinsip ‘Financial Freedom’ iaitu berhutang untuk menabung, saya tetap pilih jalan ini. Kenapa?? Kerana ianya boleh menggandakan wang kita dalam jangka masa yang panjang. 

ASB LOAN

Perihal Pinjaman

Jumlah Pinjaman : RM 30,000.00

Kadar Pembiayaan Asas (KPA) : 6.60% (-1.65%)

Ansuran Bulanan : RM 175.00 selama 25 tahun

Jumlah Keseluruhan yang Dibayar kepada Bank : RM 52,500.00

Keuntungan yang Bank Dapat : RM 22,500.00

 

Banyakkan keuntungan bank dapat iaitu RM22,500.00. Kalau jumlah itu dimasukkan kedalam poket kita lebih bagus dari dimasukkan ke poket Bank. Bukan begitu ke?

Tunggu dulu, tengok ini pula dan ini adalah cara saya buat :

Tabungan dalam ASB : RM 30,000.00

Anggaran Dividen Tahunan ASB (+- 10%) : RM 3,000.00 setahun

Jumlah Pendapatan + Jumlah Pinjaman selepas 25 tahun (sekiranya pendapatan tidak dikeluarkan) : RM 295,491.98*

*Pengiraan terperinci tak dapat saya tunjukkan kerana saya gunakan Excel. Maafkan saya.

Keuntungan pelabur : RM 295,491.98 – RM 52,500.00 = RM 242,991.98

Pendapatan : RM 242,991.98 – RM 30,000.00 = RM 212,991.98

Dalam masa 25 tahun kita telah berjaya menyimpan sebanyak RM 30,000.00 dan mendapat bonus tambahan sebanyak RM 212,991.98 jadi jumlah terkumpul yang kita dapat adalah RM 242,991.98. Banyakkan??

SIMPANAN BIASA (Bukan ASB Loan)

Dan sekiranya kita hanya menyimpan dengan kaedah biasa (bukan loan ASB) dengan jumlah yang sama RM 175 sebulan pula :

Tabungan Kaedah Biasa 

Simpanan Bulanan : RM 175.00

Jumlah Simpanan selepas 25 tahun (Tanpa Pendapatan/Diveden) : RM 175.00 x 12 bulan x 25 tahun = RM 52,500.00

Dan sekiranya pelaburan adalah kedalam akaun ASB 

Jumlah pendapatan (+-10%) selama 25 tahun tanpa dikeluarkan pendapatan : RM 68,250.00

Jumlah tabungan selepas 25 tahun dalam ASB : RM 120,750.00

CARA SAYA

Saya pula tidak memilih untuk memaksimumkan pendapatan seperti pengiraan pertama yang saya tunjukan. Sebabnya saya mahukan menggunakan modal minimum sahaja. Itulah sebabnya

Jumlah Pinjaman : RM 30,000.00

Kadar Pembiayaan Asas (KPA) : 6.60% (-1.65%)

Ansuran Bulanan : RM 175.00 selama 25 tahun

Anggaran Dividen Tahunan (+-10%) : RM 3,000.00

Jumlah perlu dibayar setahun : RM 2,100.00

Saya memilih untuk menggunakan pendapatan tahunan saya untuk membayar balik pijaman ASB saya. Jadi saya hanya akan perlu mengeluarkan duit RM 2,100.oo untuk tahun pertama. Pada tahun kedua saya akan menggunakan hasil dari dividen untuk membayar balik pinjaman saya. Dan begitulah pada tahun berikutnya.

Baki dividen sebanyak RM 900.00 saya kekalkan dalam akaun ASB saya.

Dan sekiranya berjaya :

Selepas 25 tahun saya akan mengumpulkan : RM 109,647.59

Menggunakan modal RM 2,100.00 untuk mengumpulkan RM 109,647,59 selepas 25 tahun sudah cukup lumayan bagi saya.

 

 

KESIMPULANNYA

Semua cara adalah betul dan tidak salah, sama ada anda mahu simpan secara bedisiplin tanpa membuat pinjaman. Atau ingin membuat secara pinjaman ASB dari bank terdekat. Tepuk dada tanyalah hati, buatlah keputusan yang bijak dan tepat demi masa depan kita.

Apa yang saya kongsikan adalah sebahagian dari pengalaman hidup saya. Harap maaf sekiranya maklumat yang saya berikan adalah tidak tepat dan menyinggung perasaan saudara sekalian.

Moganya apa yang saya kongsikan ini bermanafaat bagi semua pembaca blog Daddydee.net.

*Semua pengiraan saya lakukan dengan menggunakan Microsoft Excel dan tidak dapat saya paparkan disini. Maafkan saya.

Sekian, Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...