Jangan Malu Untuk Belajar

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Dating berdua dengan Abang Haiqal
Dating berdua dengan Abang Haiqal

Petang tadi, hanya berdua bermadu cinta, membelai kasih sayang antara papa dan anak sulungnya. Memang sering kali saya bersama Aabang Haiqal meluangkan masa bersama bila mama dan adik Afina tidak dapat bersama.

Tadi kami menuju ke Taman Metropolitan Kepong, saja nak bawa Abang Haiqal merasa main layang-layang. Tiba di bulatan Jalan Ipoh, abang Haiqal yang dari tadi membebel tukar topik perbualan sekejap.

Abang: Tu bas sekolah baru ke?
Papa: Bukan. Tu bukan bas sekolah
Abang : Owh… Bukan ke. Bas sekolah warna kuning. Tu apa?
Papa: Tu bas express la abang.
Abang: owhhhhh…. bas ex….. ahhhh haiqal tak tahu la.

Dengar papa dia gelak je. Abang sambung lagi.

Abang: Haiqal tak tahu la…. jangan la suka je. Nanti Haiqal belajar la.

Jangan Malu Untuk Belajar

Tersenyum apabila mengingatkan teletah Abang Haiqal. Memang itulah antara kerenah dan teletah abang Haiqal yang membuatkan kami sentiasa tertawa dan senyum. Dia dan Adik Afina memang madu dan penawar dalam hidup kami.

Benar cakap orang tua ‘Anak kecil tidak pandai berbohong’. Itulah yang terjadi, Abang Haiqal tanpa malu untuk mengaku dia tidak tahu dan bernjanji untuk belajar.

Tapi tidak bagi sesetengah orang dewasa. Tidak mahu mengaku tidak tahu, tidak pandai. Malah tidak mahu mengaku salah.

Tidak tahu mereka redah juga sudahnya menyusahkan orang lain. Dan lebih parah apabila tidak tahu tapi berlagak pandai. Malu untuk mengaku tidak tahu.

Sebaiknya dalam hidup ini jangan malu untuk belajar. Belajarlah sampai akhir nyawa kita. Belajar dan belajar tanpa jemu. Insyallah kita akan jadi manusia yang lebih baik.

Ingat jangan malu untuk belajar dan jangan malu mengaku tidak tahu.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Kejadian buli di sekolah sebenarnya bukan lagi hal
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Saya bodoh? Ya, saya bodoh sebab itu pada
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku..... Tempoh bulan madu saya dah tamat, pengembaraan dunia
Assalamulaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Zaman yang makin canggih dan maju ini di

Kejadian Buli Di Sekolah

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Kejadian buli di sekolah sebenarnya bukan lagi hal baru sebenarnya, dari zaman saya sekolah malah zaman mak ayah saya pun hal ini sudah ada. Tapi mungkin dulu hal ini tidak jadi sebesar hari ini, setiap kejadian pergaduhan direkodkan dan disebarkan kepada umum di media sosial, dulu tiada semua ini.

Hentikan kejadian buli di sekolah
Hentikan kejadian buli di sekolah

Bukan dulu tiada pergaduhan pada zaman dulu, bukan tiada kejadian buli di sekolah, ada memang ada tapi tidak seberani budak hari ini dan bukan juga budak dulu penakut. Seingat saya dulu nak pukul orang mencuri di sekolah pun ada adabnya – pukul hanya bahagian pinggang ke bawah, pantang pukul kepala. Bukan macam sekarang belasah suka hati, semua jadi senjata. Dan bila bergaduh akan senyap bila da kena sedas dengan rotan dek guru disiplin. Rotan adalah habuan untuk siapa saja yang ingkar peraturan sekolah. Sekali rotan hinggap di punggung atau tangan, selamanya ianya tinggal memori jadi pengajaran sepanjang zaman.

Mungkinkah hukuman rotan perlu dikembalikan? Bukan untuk mendera atau menyakitkan tapi untuk mendidik… Ada yang setuju?

Saya lihat budak sekarang terlebih berani dan kurang rasa hormat kepada guru. Kalau dulu, kita nampak saja guru kita akan lari jejauh kalau tak boleh juga berjalan tunduk dan memberi salam kepada guru. Kenapa? Sebab kami hormat pada guru dan takut pada guru.

Kalau nampak seorsag cikgu bawa rotan nak mengejar berdesup semua pelajar lari. Tak kira apa di depan semua redah saja – pagar dipanjat, sawah diharung, longkang pun kami masuk untuk selamarkan diri. Kami takut ke? Bukan. Tapi sebab kami hormat pada guru. Lari pun bukan tak kantoi semua guru kenal esok kena rotan juga di sekolah. Itu tak oenting yang penting lari dulu. 10 pelajar boleh je nak tumbangkan seorang guru tapi sebab kami hormatkan guru kami lari.

Kerana guru yang mendidik kami di sini kami hari ini. Terima kasih guru kerana kalian di sini kami berada.

Buat adik-adik yang berhasrat untuk membuli, lupakan saja hasrat itu. Membuli, memukul, membelasah adalah satu kesilapan dalam hidup sebenarnya, lupakan ia. Jika adik-adik pernah melakukannya, lupakan ia dan mohon kemaafan dari orang tersebut. Jangan buat kesalahan yang sama. Jangan buat kesilapan yang pernah kami lakukan.

Hidup bukan untuk bermusuh tapi untuk bersaudara

Tukarkan hasrat itu kepada satu impian untuk berjaya dan belajar bersungguh-sungguh. Insyallah kejayaan itu milik kalian.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hujung minggu seperti biasa, rutin harian saya akan
Assalamulaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Zaman yang makin canggih dan maju ini di
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... UPSR sudah berlalu, PMR pula bakal menjelma. Sudah

Kerana Saya Bodoh

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Saya bodoh? Ya, saya bodoh sebab itu pada usia mencecah 3 siri ini saya masih bergelar pelajar. Masih lagi belajar untuk menuntut ilmu.

Ya, saya bodoh.
Ya, saya bodoh.

Siapa yang kenal saya di dunia luar pasti kenal siapa saya sebenarnya? Saya memang pemalas. Saya tidak akan boleh beri fokus dalam kelas, paling lama 30 minit saja. Selepas itu saya akan terawangan, akan terbang ke planet Marikh.

Saya bukan pelajar terbaik. Saya tidak pernah dapat tittle ‘Best Student’, walau saya layak mendapat itu semasa PMR tapi cikgu saya lupa menyebut nama saya. Saya tidak kecewa, kerana cikgu itu pengajar saya. Memang saya tidak glamer sebab itu saya dilupakan, watak picisan siapa akan kenang? Betul tak?

Semasa di Universiti, CGPA saya sekadar cukup makan saja. Anugerah Dekan jangan kata bau, mimpi pun belum tentu. Saya belajar untuk dapat segulung ijazah dan graduasi pada masa. Saya tidak mahu tangguh pengajian walaupun saya pernah cuti sakit sebulan.

Jika ditanya apa yang saya belajar, memang saya tidak tahu kerana saya belajar untuk lulus saja. Setiap fakta dan formula saya hafal dan hadam. Tidak pernah tanya mengapa ia begitu? Apakah puncanya? Kenapa perlu ada pekali? Tidak pernah saya tanya walaupun saya bodoh dan saya tidak tahu.

Belajar jangan pernah jemu belajar
Belajar jangan pernah jemu belajar

Semasa dunia pekerjaan saya mula terdedah kepada cabaran dunia pekerjaan. Benar kata orang dalam kehidupan kita praktis tidak sampai 10 peratus pelajaran yang kita belajar di Universiti di praktis di tapak.

Kerana saya bodoh juga kini saya kembali belajar, kembali bergelar pelajar. Akan cerdikkah saya selepas sambung belajar? Tidak sama sekali. Saya bodoh dan semakin bodoh sebenarnya.

Setiap kali saya memasuki kuliah saya akan berasa semakin bodoh. Semakin banyak yang saya pelajari semakin banyak yang saya tidak tahu. Seolah saya semakin bodoh. Memang benar kata Allah swt ilmu dimuka bumi ini terlalu banyak bagi mereka yang ingin merebutnya.

Carilah ilmu, carilah ilmu. Biar kita tampak bodoh tapi berisi, dari yang tampak bijak tapi lompong.

Buat adik-adik yang masih bergelar pelajar, nikmati dunia student anda sebaiknya. Hargai setiap detik yang dilalui ia amat berharga.

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hujung minggu seperti biasa, rutin harian saya akan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Belajar Sambilan perlu bijak
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Syukur alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan, betul kata
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Keputusan UPSR Tahniah pada semua adik-adik yang telah

Dunia Kampus Kembali

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…..

Tempoh bulan madu saya dah tamat, pengembaraan dunia kampus kini bermula lagi. Memang lepas ini tiada lagi Sabtu Ahad gaya bebas lagi, Sabtu Ahad saya adalah dunia kampus.

Sebarang event atau aktiviti offline hujung minggu terpaksa saya tangguhkan. Sebarang aktiviti ditunda ke bulan 12. Fuhhh…. lama juga tu nak menderita. Sudah tanggungjawab jadi pelajar ini lah jawabnya. Apa boleh buat, tiada pilihan lain.

Dunia kampus kembali lagi dalam hidup saya lepas ini. Memang kalau selepas ini saya banyak update berkenaan kajian earthquake ke landslide ke flood ke atomic disaster ke, jangan di tanya mengapa. Kerana saya dalam disaster.

Harap maklum.

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Boss always right that what's almost of my
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Saya bodoh? Ya, saya bodoh sebab itu pada
Assalamulaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Zaman yang makin canggih dan maju ini di

Salah Siapa Pelajar Jadi Manja

Assalamulaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Zaman yang makin canggih dan maju ini di lihat para pelajar jadi manja, makin manja yang melampau. Kena rotan terus terpampang di dada akhbar, kena denda sikit terus masuk buletin utama dan macam-macam lagi. Saya sendiri kadang kala terdiam.

Salah Siapa Pelajar Jadi Manja
Salah Siapa Pelajar Jadi Manja

Gambar di atas adalah yang saya ambil dari laman sosial muka buku. Dan saya telah bertanya kepada kawan saya yang menjadi guru adalah semua ini betul, jawab mereka betul. Saya tidak pasti.

Tapi dari segi senarai yang saya lihat semua ini adalah antara isu yang keluar di dada akhbar Harian Metro, Berita Harian dan juga Buletin Utama. Mungkin sekarang ini pelajar kita tidak boleh disentuh atau tegur, benarkah begitu? Mengapa para pelajar jadi manja?

Saya boleh katakan lebih 50% dari senarai di atas saya pernah kena buat pada masa saya bersekolah dulu. Ya saya adalah pelajar yang nakal zaman sekolah dulu. Saya pernah kena berdiri atas kerusi, berdiri atas meja, berdiri luar kelas, cabut pokok semalu, cabut rumput, lari kaki ayam, rotan, tarik telinga, cubit, ketuk ketampi, star jump, kena rampas sebelah kasut, kena gunting rambut dan banyak lagi. Ya semua saya pernah kena dengan guru-guru saya dulu.

Saya memang bencikan guru saya semasa saya sekolah dulu. Setiap kali kena denda saya akan menyumpah-nyumpah kerana saya rasa saya tidak salah. Saya tidak pernah mengalah dan muhasabah diri.

Pernah juga saya balik kerumah, cuba mengadu pada abah saya, ini jawapan yang saya terima ‘Nak abah tambah lagi’. Sejak itu saya tidak pernah lagi mengadu apa-apa pada abah.

Itu memang abah saya, dia memang selalu berpesan pada semua guru kepada anaknya, saya sendiri pernah dengar iaitu ‘Cikgu buatlah apa saja, ajarlah anak saya. Pukul tak mengapa jangan mati sudah’.

Mungkin zaman sudah berubah, murid dulu mungkin lebih kental berani tapi takut dan hormat kepada guru. Nampak saja guru pasti kelam kelibut lari terjun parit dan paya, terutama cikgu disiplin. Pelajar kini mungkin mereka lebih sentimental, pelajar jadi manja.

Apapun, saya tetap ingin terima kasih kepada semua guru dulu dan kini, terutama mereka yang pernah mengajar saya dan denda saya. Kerana tanpa mereka semua saya tidak akan ada ditempat sekarang ini. Terima kasih cikgu.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hujung minggu seperti biasa, rutin harian saya akan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... UPSR sudah berlalu, PMR pula bakal menjelma. Sudah