Pengalaman Membeli Barang Menggunakan Shopee… Mudah Dan Cepat Dengan Shopee…

Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar Negara. Ada beberapa web belian atas talian yang saya sering gunakan seperti Mudah, Zalora, Lazada dan Facebook.

Untuk Mudah dan Facebook banyak yang saya deal secara Cash On Delivery (COD) untuk elakkan penipuan (scam), ada juga yang by postage bila saya yakin dengan penjual nya.

Rapid charge
Rapid charge Yang dibeli menggunakan shopee

Tips untuk deal secara postage, adalah penting untuk:

  1. Pastikan penjual itu mempunyai rating yang bagus. Nak dapatkan rating ni senang je kena lah rajin tanya lah ya.
  2. Pastikan nama penjual dengan nama dalam akaun sama. Kalau dia cakap masuk ke akaun bini dia ke, laki dia ke atau abah dia ke. Abaikan lah.
  3. Dapatkan gambar ic atau pengenalan diri untuk kepastian. Kalau dia guna syarikat dapatkan salinan SSM.
  4. Kalau boleh gambar barang yang nak dijual tu ada ‘watermark’. Kalau aku lebih suka ‘watermark’ jenis tulisan tangan atau kad pengenalan dia atau bisnes kad dia.

Continue reading “Pengalaman Membeli Barang Menggunakan Shopee… Mudah Dan Cepat Dengan Shopee…”

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Saya memang minat pada outdoor gear walaupun dah
Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia

Beli Backpack Dari Lazada

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Saya memang minat pada outdoor gear walaupun dah lama tak pergi redah hutan sebab kesibukan jadi pelajar sekarang ini. Tapi ia hanya menghalang saya melakukan aktiviti outdoor bukan untuk kumpul barangan outdoor.

Saya memang telah lama nak beli backpack baru untuk kegunaan harian, dan saya memang minat jenis hiking bagpack dan sasaran saya adalah Karrimor Taurus 20 atau Deuter Speedlite. Di Malaysia brand Deuter lebih senang diperoleh berbanding brand lain. Cari punya cari saya terjumpa Karrimor Taurus 20 ada dijual di Lazada. Jadi saya buat keputusan untuk beli backpack dari Lazada.

Panduan membeli dengan Lazada

1) Buka website Lazada dan pilih produk yang di mahukan.

 photo lazada1_zpsbe576661.jpg
Paparan depan Lazada

2) Detail produk pilihan akan dipaparkan.
 photo lazada2_zps1ab3d80d.jpg3) Confirmkan produk yang kita pilih.

 photo lazada3_zpsf011c86d.jpg4) Last sekali isikan alamat dan buat bayaran. Ada dua cara untuk membuat bayaran iaitu dengan menggunakan kad kreadit atau Paypal.

 photo lazada4_zpsd356b88c.jpg5) Selepas pembayaran di buat pihak Lazada akan menghantar emel notifkasi dan tracking number. Apa yang kita perlu buat adalah tunggu barang sampai ke rumah anda.

 photo 20130923_175916_zps5738fd5a.jpg
Taurus 20 sudah ada dengan saya

Memang mudah beli backpack dari Lazada ni, barang juga sampai dalam kadar segera dengan selamat. Barang saya order mengambil masa 3 hari, saya order hari Khamis petang dan barang sampai ke rumah saya pada hari Isnin. Memang efisien sistem pengurusan order di Lazada.

Nota Kaki: iPhone5c juga sudah boleh ditempah di Lazada.

Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia