Tips Menulis Blog : Berani Menulis

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Kesukaran untuk menulis blog adalah apabila kekeringan idea. Tugas penulis adalah menulis dan berkongsi dengan pembaca, tugas pembaca pula adalah membacanya. Tapi sukar untuk penulis blog untuk mengetahui apa yang pembaca di inginkan. Tapi sebagai penulis kita harus berani menulis.

Untuk memenuhi kehendak pembaca memang amat sukar kerana kita tidak tahu apa yang pembaca mahukan. Mungkin ada pembaca suka baca bahas yang santai dan ada juga yang suka bahasa skema. Ada juga pembaca suka baca gossip tetapi ada juga pembaca mahukan bahan ilmiah dan jenaka. Jadi kita tidak akan dapat memenuhi kehendak semua pembaca, kita tidak tahu apa yang mereka inginkan tapi kita yang kena tahu apa yang ingin kita tulis.

Berani Menulis : Tulis dan berkongsi
Berani Menulis : Tulis dan berkongsi

Berani Menulis dan Tahu Apa Yang Kita Tulis

Sebagai penulis, kita mesti berani menulis dan tahu apa yang kita tulis. Tahu tujuan kita menulis, untuk apa dan untuk siapa. Sebagai penulis kita mesti mejadi pemikir yang hebat dan bersedia berkongsi ilmu.

Sebagai penulis, kita mesti berani menulis mengikut cara kita sendiri. Tidak berlu terikut dengan cara orang lain, tetapi berani menulis mengikut cara kita sendiri. Menjadi diri kita sendiri. Binakan dan ciptakan identiti kita sendiri melalui gaya penulisan kita sendiri. Bak kata Tuan Titan ‘Menulis biar ada jiwa’.

Tidak kisah apa gaya bahasa yang ingin kita gunakan apa yang penting setiap maklumat yang ingin disampaikan itu sampai dan lagi elok jika ianya adalah ilmu yang bermanafaat. Sekurangnya kita dapat juga saham pahala dari ilmu yang bermanafaat yang kita tuliskan.

Menulis dan Lakukan Eksperimen

Berani Menulis : Lakukan eksperimen
Berani Menulis : Lakukan eksperimen

Eksprerimen bukan hanya di dalam makmal tapi juga dalam blog. Tuliskan sesuatu yang segar sesekali untuk melakukan eksperimen, menguji bagaimanakah sambutan pembaca dari eksperimen kita. Apakah respons pembaca?

Saya juga ada membuat beberapa eksperimen penulisan dalam blog ini antaranya ‘Main Dengan Makcik‘ dan ‘Metallica Live In Malaysia‘. Itu adalah antara dua penulisan eksperimen yang saya lakukan dalam blog ini, eksperimen cuba lari dari konsep penulisan skema saya kepada yang lebih santai.

Jujur saya katakan, saya tetap akan kekal dengan gaya penulisan skema ini kerana saya selesa begini dengan daddydee.net, walaupun saya bukanlah manusia skema. Siapa yang kenal saya, mereka tahu siapa saya. I’m not the best but i want be the best.

Tetapkan Matlamat Dalam Penulisan

Akhir sekali adalah tetapkan matlamat apa yang ingin kita capai dalam penulisan kita. Itu yang paling penting, apa yang ingin kita capai dalam jangka pendek dan jangka panjang. Bila ada matlamat inshallah kita tidak akan mudah bosan untuk menulis dan berkongsi.

Yang paling penting dalam menulis, jangan pernah merasa bosan dan putus asa. Malah terus berusaha dan berusaha sampai tercapai matlamat kita.

Untuk penulis blog yang ingin mantapkan trafik blog boleh dapatkan Ebook Teknik SEO Merah Jambu dan Tips Atasi Kekeringan Idea.

'Ah... Nanti aku buat lah', 'Aku tahulah apa aku nak buat', 'Nanti-nantilah'.... Ini antara alasan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Vote for Malaysia Apa
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sejak awal bulan Julai 2013 saya cuba sebaik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Jangan beli ebuku Teknik SEO Merah Jambu, sejujur

Kecapi Kejayaan Dengan Blog Daddydee.net : Pencapaian Terbaik Setakat Ini

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Syukur Alhamdulillah, kita sudah hampir ke penghujung bulan Ramadhan dan tak lama lagi kita akan meraikan kedatangan Syawal yang di nanti. Pasti kita sudah tidak sabar untuk kecapi kejayaan mengharungi bulan Ramadhan yang penuh berkat. Hari ini, pejabat sudah mulai kosong dan jalan raya juga mulai lenggang. Sudah ramai yang telah bersantai di desa bersama keluarga tercinta, saya insyallah esok akan bergerak pulang.

Pada 25 Julai lalu, saya ada menulis entri Mendaki Puncak Alexa Guna Teknik SEO Terhebat, memang ranking blog saya sebelum ini agak teruk. Sedikit demi sedikit puncak alexa saya daki menggunakan teknik SEO Merah Jambu. Masa ini daddydee.net kecapi kejayaan dengan capai ranking bawah 2000 Malaysia.

Hari ini pada 5 Ogos 2013, ranking alexa blog daddydee.net telah berjaya berada di ranking bawah 1000 ranking Malaysia. Syukur alhamdulillah pencapaian terbaik buat saya buat masa ini. Walaupun orang lain telah lama mencapainya, bagi daddydee.net ini kali pertama merasa ranking bawah 1000. Sebelum ini hanya tengok ranking orang lain sahaja.

ranking alexa blog daddyde.net august
ranking alexa blog daddyde.net august

Ranking terkini adalah 178,486 bagi dunia dan 967 bagi Malaysia. Alhamdulillah….semoga kejayaan demi kejayaan akan daddydee.net kecapi.

Bagaimana saya lakukan semua ini adalah:

  • Post entri sekerap yang mungkin
  • Rajin blog walking dan balas comment
  • Cuba mempraktikkan teknik SEO Merah Jambu

Apa itu Teknik SEO Merah Jambu? Bagus sangat ke?

Teknik SEO Merah Jambu adalah satu ebook pendedahan oleh blogger terhebat tentang bagaimana cara beliau mencapai segala yang beliau mahu. Pendedahan rahsia sulit yang diamalkan oleh blogger terhebat ini dalam ebook beliau. Dan yang paling penting adalah The Missing Chapter dalam ebook ini.

Ebook Teknik SEO Merah Jambu, mahal sangat? Nilai RM 100.00 bagi saya tidaklah mahal mana sebenarnya. Bukan sebab saya kaya atau saya bergaji besar dan mampu mebayar nilai itu. Bukan. Saya memang sanggup bayar berapa saja untuk ilmu. Tapi percayalah nilai RM 100.00 untuk ebook Teknik SEO Merah Jambu amat berbaloi untuk ilmu dan rahsia yang dikongsikan di dalamnya.

Ebook semuanya pembohong? Semasa saya mula berblog pada tahun 2007, ebook masih sedikit untuk ebook Berbahasa Malaysia. Kebanyakkan ebook berbahasa English. Saya pun sangkakan ebook adalah pembohong pada mulanya tapi apabila saya membelinya buat kali pertama saya telah ‘Jatuh Cinta’. Ini kerana ebook biasanya satu perkongsian yang lebih tulus ikhlas tidak kira ianya percuma atau berbayar kerana ia ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis. Bak kata orang putih ‘The Real Case Study’.

Teknik SEO MErah Jambu boleh bantu kumpul dana untuk kahwin
Teknik SEO MErah Jambu boleh bantu kumpul dana untuk kahwin

Tak mampu nak beli Ebook Teknik SEO Merah Jambu? Tak mampu beli tak mengapa, orang lain tak rugi kita sendiri yang rugi. Di sini saya nak kongsikan satu cara untuk kumpul duit untuk beli ebook RM 100.00 ini. Caranya adalah dengan membatalkan janji temu dengan awek, biasanya sekali janji temu katakan kita berbelanja RM50.00, jadi kalau kita batalkan dua janji temu maknanya RM100.00 sudah terkumpul. Kan dah mampu beli ebook ini.

Awek lari bila batal temu janji? Apa ada hal, dengan modal RM 100.00 kita mampu jana lebih banyak RInggit Malaysia. Bukan setakat seorang awek, berpuluh awek boleh kita dapat bila dompet sudah tebal. Kalau kena caranya, dengan menggunakan teknik SEO Merah Jambu kita mampu menampung kos perkhawinan, hilang awek dapat isteri. Dapat yang halal lagi.

Dapatkan salinan ebook Teknik SEO MErah Jambu hari ini.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat semua saudaraku... Top 10 bagi Bulan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya berurusan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kejayaan tidak mengenal siapa, tapi siapa yang mahukan